Showing posts with label ibadah puasa. Show all posts
Showing posts with label ibadah puasa. Show all posts

Tuesday, 19 June 2018

Puasa Sunat Syawal Atau Utamakan Puasa Qadha Dahulu

MENGUTAMAKAN Puasa Qadha’ Ramadhan 
      atau Puasa Sunat 6 hari di bulan Syawal?




Puasa Qadha Ramadhan merupakan suatu kewajipan, manakala puasa enam hari Syawal hanya puasa sunat, namun kini sering menjadi persoalan apakah boleh jika kita puasa sunat enam hari di bulan Syawal dahulu, kemudian baru kita qadha’ puasa Ramadhan ataupun kita perlu menghabiskan dahulu Qadha puasa Ramadhan kita kemudian baru puasa enam hari bulan Syawal?

Secara umumnya terdapat dua pandangan dan pendapat berkaitan manakah yang lebih diutamakan sama ada menqadha puasa dahulu atau puasa sunat Syawal.

i. Pendapat yang pertama membolehkan mendahulukan puasa sunat Syawal dahulu, kemudian boleh menggantikan puasa Ramadhan kemudian. Pendapat ini merujuk kepada Hadis dari Aisyah;


"كأن يكون علي الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان"

Maksudnya: Kewajipan ke atas ku untuk puasa dari puasa Ramadhan, dan aku tidak menggantikannya sehingga datang bulan Sya’ban. (Riwayat Muslim)

ii. Berdasarkan hadis tersebut, Ulama berpendapat bahawa, sebagai seorang sahabat dan isteri Rasulullah sudah tentu Aisyah tidak meninggalkan puasa-puasa sunat, ini termasuklah puasa enam hari Syawal. Tindakan Aisyah menggantikan puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan bahawa dibolehkan berpuasa enam hari di bulan Syawal walaupun belum menqadha’ puasa Ramadhan.

Pendapat kedua pula, menyatakan lebih utama dan perlu mendahulukan puasa ganti terlebih dahulu sebelum berpuasa enam hari Syawal. Ini kerana dalam hadis yang menyebut tentang puasa di bulan Syawal, Rasulullah menyebut dalam hadis tersebut من صام yang memberi maksud sesiapa yang telah berpuasa, Rasulullah menggunakan perkataan puasa yang merujuk kepada feil madhi iaitu perbuatan yang telah berlaku, ini boleh membawa maksud, sesiapa yang telah melengkapkan puasa Ramadhan, kemudian menyambungnya dengan puasa enam hari di bulan syawal, akan mendapat ganjaran seperti puasa setahun.

Keutamaan menqadhakan dahulu puasa Ramadhan boleh dilihat melalui sebuah hadis qudsi;

"وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه"

Maksudnya: dan tidaklah hampir kepada ku seorang hamba ku dengan apa jua pun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardu / wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepada ku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya. (Riwayat Bukhari)

Jika diteliti pendapat yang kedua adalah lebih kuat, dan ia juga bertepatan dengan hadis puasa sunat Syawal itu sendiri, selain dari itu, ia boleh dikiaskan seperti keutamaan membayar hutang terlebih dahulu daripada memberi sedekah.

Akan tetapi pendapat ini hanya dari sudut keutamaan sahaja, sekiranya dari sudut perlaksanaan ia mungkin berbeza menurut keadaan individu tertentu. Jika diteliti hadis berkaitan Aisyah menggantikan puasanya pada bulan Sya’ban adalah kerana berkemungkinan beliau perlu menggantikan puasa Ramadhannya dengan jumlah hari yang banyak, sekiranya seorang wanita yang datang haid pada bulan Ramadhan dengan jumlah hari yang agak banyak, akan menjadi kesusahan kepadanya untuk menghabiskan kesemua puasa gantinya pada bulan Syawal, kemudian menyambung pula lagi enam hari.

Apabila dikira secara rambang, jika menurut mazhab Syafie, haid wanita boleh berlangsung sehingga 15 hari, dan jika wanita haid utamakan dahulu puasa gantinya dalam bulan Syawal maka dalam bulan Syawal wanita haid perlu berpuasa sehingga 21 hari. Seperti yang diketahui bulan Syawal disunatkan kepada umat Islam untuk menziarahi keluarga dan rakan-rakan, dan ini pasti akan memberi kesusahan kepada para wanita.

Jadi sekiranya wanita yang datang haid pada bulan Ramadhan dengan jumlah hari yang banyak, maka dibolehkan untuk berpuasa seperti Aisyah, iaitu mengutamakan puasa enam hari Syawal, kemudian menggantikan puasa Ramadhan pada hari-hari yang lain.

Kepada golongan yang lain, seperti orang yang bermusafir dan sakit, perlu menggantikan dahulu puasa Ramadhannya, kemudian baru diteruskan dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal.

sumber




Tuesday, 5 June 2018

Salam Ramadan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
      dan Salam Ramadan 1439H...



Begitu cepat sekali masa berlalu dan tak sedar, kita dah pun berada dalam 10 hari terakhir iaitu 20 Ramadan 1439H. Ya Allah, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian yang amat andainya bulan yang penuh rahmat dan barakah ini dibiarkan berlalu pergi tanpa kita mengaut bonus-bonus khas yang telah disediakan demi memberikan keampunan buat hambaNya.



"RAMADAN Won't Slow Down, 
You Have To Be Fast In Gaining."


Maka, marilah kita bersama-sama 'grab this opportunity' untuk memohon keampunan dan mencari keredhaanNya di bulan yang mulia ini...

10 Hari Terakhir RAMADAN

Ulangilah 6 Perkataan ini Sebanyak Mungkin dalam 10 hari terakhir Ramadan ini.. 


اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni

Yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.

Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri tercinta beliau, ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:


اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)


Doa ni juga ada dlm kitab taklim *Fadhail 'Amal*. Bahagian Fadhilat Ramadhan, bab 2.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga apabila berakhirnya bulan Ramadan ini, dapat diampunkan dosa-dosa kita dan diangkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi.. Aamiin..

Salam Sayang....



Wednesday, 13 July 2016

HUKUM PUASA ENAM

Assalamualaikum di pagi 8 Syawal 1437. 
Maaf kerana terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua pembaca blog ini samada yang mengenali saya personally atau pun cuma di alam maya saja. Setelah seminggu kita beraya, marilah kita sama-sama menunaikan puasa enam pula bagi mendapatkan pahala berpuasa setahun.


HUKUM PUASA ENAM

SUNAT dan digalakkan kita bersegera melaksanakan ‘Puasa Enam Syawal’.





FADILAT PUASA ENAM 

Ibadat puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan. 

Dalilnya:
- Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Selain itu, terdapat fadilat lain bagi Puasa Enam Syawal. Ia adalah seperti berikut: 

1. Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan. 

2. Mendekatkan diri kepada Allah SWT setelah Ramadhan.

3. Puasa Syawal sebagai tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan. 

4. Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda. 

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: “Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti dia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” 
(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)


KAEDAH PUASA ENAM

Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada hari-hari sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli. 

1. Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua 
(2 Syawal) hingga 7 Syawal.

2. Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.


HIKMAH PUASA ENAM

1- Mendidik kesabaran insan daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah terbuka. 

2- Memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. 

3- Allah SWT sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadhan walaupun hanya enam hari. 

4- Penyempurna daripada kekurangan. Ini kerana pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat. 

5- Memberi peluang kepada wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, menggantikan puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat. 

6- Mengelakkan budaya suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya agar bersegera kembali melaksanakan puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira.


GABUNG NIAT QADA’ DAN PUASA ENAM

Harus menggabungkan dua puasa tersebut. Walau bagaimanapun, para ulama mempunyai beberapa pandangan dlm isu ini seperti berikut;

1. Berpuasa qada’ terlebih dahulu kerana ia merupakan puasa wajib ke atas semua.

2. Berpuasa sunat enam Syawal terlebih dahulu kerana tempohnya sangat terhad. Kemudian susulilah dgn puasa qada' yg tempoh menggantinya agak panjang berbanding Syawal.

3. Berpuasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal sekali gus. Namun, org itu mestilah mendahulukan niat puasa qada’ terlebih dahulu dan kemudian disusuli dengan niat puasa enam.

Namun, ingin ditekankan bahawa kebanyakan ulama berpendapat jika seseorang itu melakukan kedua-dua puasa secara berasingan, maka ia adalah lebih mulia berbanding menggabungkannya dalam satu niat.

[sumber: Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff]




Friday, 10 June 2016

Bagaimanakah Sunnah Yang Dianjurkan Berbuka Puasa


BERBUKA PUASA




1. Bilakah waktu berbuka ?
- Apabila tenggelam matahari 


2. Menyegerakan berbuka (tidak menangguhkannya)
- Dari Amru bin Maimun Al-Audi, telah berkata :

[ كان أصحاب محمد أسرع الناس إفطارا و أبطأهم سحورا ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya sahabat Muhammad adalah orang yang paling cepat berbuka dan paling lambat bersuhur ” [HR Abdurrazzaq : 7591][1]

Mengapakah perlu segera berbuka ?

a. Dapat menghasilkan kebaikan
Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :
[ لا يزال الناس بخير ما ععجلوا الفطر ]
Maksudnya : ” Manusia tidak akan sunyi dari kebaikan selama mana menyegerakan berbuka puasa ” [HR Al-Bukhari : 1856, Muslim : 1093]

b. Ia merupakan sunnah Rasulullah :

Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :
[ لا تزال أمتي على سنتي ما لم تنتظر بفطرها النجوم ]

Maksudnya : ” Umatku akan sentiasa dalam sunnahku selama mana mereka tidak menunggu bintang untuk berbuka puasa “. [HR Ibnu Hibban : 891][2]

c. Mengelakkan dari menyerupai amalan yahudi dan nasrani

Dari Abu Hurairah, Nabi r  bersabda :
[ لا يزال الدين ظاهرا ما عجل الناس الفطر، لأن اليهود و النصارى يؤخرون ]

Maksudnya : ” Agama ini akan sentiasa menang selama mana manusia menyegerakan berbuka, kerana yahudi dan nasrani mengakhirkannya “. 
[HR Abu Daud : 2353][3]


3. Berbuka sebelum solat maghrib

Dari Anas bin Malik :
[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطرقبل أن يصلي ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka sebelum solat “. [HR Abu Daud : 2356][4]


4. Dengan apa berbuka ?

Dari Anas bin Malik :
[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي ، فإن لم يكن رطبات فتمرات ، فإن لم يكن تمرات ؛ حسا حسوات من ماء ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air “. 
[HR Abu Daud : 2356]


5. Apakah doa berbuka puasa ?

- Berdoalah dengan apa-apa doa pun, cuma alangkah baiknya kita dapat mencontohi doa Rasulullah, kerana Baginda tidak akan melafazkan sesuatu melainkan padanya pasti ada kebaikan. Sesungguhnya doa orang yang berpuasa sebelum berbuka adalah doa yang mustajab insyaAllah, sebagaimana diriwayatkan dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah :

[ ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حين يفطر، و الإمام العادل، و دعوة المظلوم ]

Maksudnya : ” Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa di saat berbuka, imam yang adil, dan orang yang dizalimi “. 
[HR At-Tirmidzi : 2526][5]

- Doa yang thabit serta shahih dari Nabi ketika berbuka adalah :

[ ذهب الظَمَأُ وابتَلَّتِ العُروق، وثَبَتَ الأجر إن شاء الله ]
Maksudnya : ” Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat, dan telah ditetapkan pahala insyaAllah ” [HR Abu Daud : 2357][6]

- Adapun doa :
[ اللهم لك صمت، وعلى رزقك أفطرت ]

Maksudnya : 
” Ya Allah, ya Tuhan kami, kerana-Mu kami berpuasa, dan atas rezeki-Mu kami berbuka”.[HR Abu Daud : 2358]

Hadis yang menyebut tentang doa ini, adalah dari riwayat Mu’az bin Zuhrah. Beliau bukan sahabat sebaliknya beliau adalah tabi’in (generasi selepas sahabat Nabi r). Tetapi beliau telah meriwayatkan hadis ini secara langsung dari Nabi r. Dalam ilmu mustolah, hadis ini dikenali sebagai hadis mursal, kerana tabi’in meriwayatkan dari Nabi r sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan Nabi  r. Hadis mursal mengikut muhaddithin adalah hadis yang lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. 

Syeikh Salim ‘Eid Al-Hilali dalam Nailul Authar Bi Takhrij Ahadisil Azkar[7], menyebut : Sanad hadis ini lemah kerana 3 kecacatan :
Mu’az bin Zuhrah tidak dikenali (مجهول)
Hadis ini mursal, kerana Mu’az adalah tabi’i Perawi dari Mu’az adalah seorang lelaki yang tidak diketahui namanya (مبهم)

Oleh itu, untuk menyandarkan doa ini kepada Nabi adalah salah sama sekali!! Sebaliknya, jika seseorang itu ingin berdoa tanpa menyandarkannya kepada Nabi, maka perkara itu dibolehkan. Tetapi alangkah baiknya, melafazkan kalimah yang dilafazkan oleh manusia yang paling mulia iaitu Rasulullah.


6. Dianjurkan memberi makan untuk orang berbuka puasa

- Nabi bersabda :

[ من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا ]
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun dari pahalanya ” [HR At-Tirmidzi : 804, Ibnu majah : 1746][8]

- Apakah doa untuk orang yang memberi makan kepada kita ?

Antaranya[9] : dari Miqdad, Nabi r bersabda :
[ اللهم أطعم من أطعمني، و اسق من سقاني ]
Maksudnya : ” Ya Allah ya Tuhan kami, berilah makan kepada orang yang memberi makan kepada kami, dan berilah minum kepada orang yang memberi minum kepada kami “. [HR Muslim : 2055].


[1] Sanadnya Shahih, lihat Fathul Bari : 4/199.
[2] Sanadnya Shahih, lihat (صفة صوم النبي) oleh syeikh Salim Al-Hilali dan Syeikh Ali Al-Halabi:mks 63.
[3] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2063.
[4] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani :  2065.  Penyusun telah meringkaskan hadis ini tanpa mengubah maknanya. Perkara seperti ini diperbolehkan dalam ilmu hadis selagimana ia tidak mengubah makna serta tujuan hadis.
Lihat perbahasan ini dalam Manhaju Annaqd Fi ‘Ulumil Hadis, oleh Dr. Nuruddin ‘Itr : mks : 231.
[5] Sanadnya Shahih, lihat Silsilah Asshahihah, oleh Syeikh Al-Albani : 1797.
[6] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2066.
[7] 1/438. Kitab ini bertujuan menilai semula kedudukan hadis-hadis dalam kitab Al-Azkar oleh Imam Annawawi.
[8] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Ibni Majah oleh Syeikh Al-Albani : 1417.
[9] Untuk mengetahui selain dari doa di atas,lihat (حصن المسلم) oleh Syeikh Said bin Ali Al-Qahthani.

sumber




Wednesday, 2 July 2014

Salam Ramadhan 2014

Assalamualaikum para pembaca budiman...

Salam 4 Ramadhan...

Baru ini saya berkesempatan untuk mengucapkan salam Ramadhan...

Diharapkan anda semua sihat sejahtera di dalam menjalani ibadah puasa ini.. 

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.” (Bukhari & Muslim)





APAKAH KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Sila klik sini...

dan juga ada saya kongsikan di situ Doa Selepas Tarawih, iaitu MUNAJAT RAMADHAN yang menusuk kalbu yang saya dapat dari seorang sahabat...

Bacalah dengan penuh khusyuk...



Popular Posts