Tuesday 8 September 2015

Backpackers Buddies Malaysia Family Day 2015... Happening Sangat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca sekelian...


Baru-baru ini, Backpackers Buddies Malaysia (BBM) telah pun mengadakan BBM Family Day 2015 iaitu pada pada 5 & 6 September 2015 bertempat di Kem Isi Rimba, Kemensah. Buat julung kalinya, akak join aktiviti dengan grup BBM ini dan ini juga merupakan aktiviti grup camping yang pertama sekali mereka adakan... kiranya kami grup pioneer lah.. 

Walau pun tidak ramai yang dapat hadir untuk aktiviti ini kerana mereka telah pun membuat perancangan awal untuk percutian mereka, namun mereka yang mana dapat menghadirkan diri sangatlah sporting dan menjadikan ianya sebuah aktiviti yang happening sekali.

Berada dalam kem isi rimba ini adalah amat merehatkan minda serta stress dari berbagai permasalahan hidup... bak kata Mr.'S'... yang saya petik statusnya di fb (sori bro ambik tanpa izin :))  "Sometimes we just need to take a break...."  woww.. Lihatlah..betapa relax nya dia..


Berada di Kem Isi Rimba bagai berada dalam situasi Back to Nature...
menghirup udara segar di pinggir kota

Ini ialah entrance ke Kem Isi Rimba...

(gambar dari mr.google)


dan ini ialah pemilik Kem Isi Rimba... En. Yaacob Roselan 


Tak sangka, kem ni besar kawasannya.. ada waterfall /river tracking, jungle tracking, bamboo painting, paintball game dan lain-lain lagi. Lihat aje lah pada flyers mereka ini.



Okeyyy.. meh akak bawak ronda kawasan-kawasan dalam kem isi rimba ini ye...     
Selepas daftar masuk, akak dibawa ke cafe untuk breakfast. 


Nyaman tempat ni.. dengan langsir nya.. ala-ala rasa tempat spa pulak gitu..





haaaaaa... dah ramai yang datang.. boleh lah bergambau ! :))




entrance ke lobi kem isi rimba...












 tempat santai.. lepak tengok tv.. karaoke... banyak CD tu..


 jom kita tinjau di luar pulak...











cantikkan chalet ni...


ini ialah pondok wakaf di tepi sungai...



arah ke kem...






Hammock 'chef'.... bestnya tidor berbuai-buai lagi... siap berlagu lagi.. ooppsss.. sori chef, jangan marah...heheee..




akak tertarik pulak tengok tunggul kayu ni.. unik pulak shape nya..



hmmmmmmm....  menarik kan tempat ni ?
ok, nanti akak sambung lagi di next entri  :))


[next] -



4 comments:

  1. Menarik sekali bila dapat beraktiviti dengan alam semulajadi kan satu aktiviti bermanfaat bersama yang boleh mengeratkan Silaturrahim :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu eyfa...
      dan kawan-kawan yang join tu memang best semuanya.. :))

      Delete
  2. fuiyoo... memang back tuh nature betul nih sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn...
      tempat ni memang best sangat Supernifz untuk rehatkan minda, jauh dari hiruk pikuk bandar yg sentiasa belitkan kepala otak kita :))

      Delete

Popular Posts