Saturday 28 February 2015

Amsterdam - Here I Come - Part 3 (Zaandam)

Woww..seronoknya shopping kat Primark ni... murah gilerr!!! itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut kawanku :)  Apa taknya... kasut boot yang tinggi pun boleh dapat 5 euro aje! kasut kasual dalam 3-4 euro, cuma saiz nya dah banyak habis, tinggal saiz kecik aje...

Lihatlah hasil shopping kami... issshhh.. issssshhhhhh.... kalau dah perempuan tu, beginilah jadinya! :))










Okayyy... dah puas shopping, it's time to go back... Balik naik train, dah tak larat nak jalan kaki dah... jauh tu sebenarnya..





 Lepas tu apa lagi, semua lepak dalam bilikku sebab agak luas dan mengeluarkan hasil tangkapan masing-masing... hik.hik...  :D


Keesokan paginya kami di 'sound' oleh Carmila yang kami ni kononnya bising sangat... bengang ku dibuatnya.. Pengalaman duduk kat rumah Carmila ni memang agak stres sikit sebab... tuan rumah ni samada kedekut orangnya atau pun nak berjimat sangat. Letrik di rumahnya dicatu. Agak bengang juga bila aku belum tidur lagi, masih bergolek baring sambil online kat handfon, tetiba nampak tangan Carmila buka pintu bilikku sikit dan matikan lampu terus, tanpa tengok samada aku dah tidur atau tidak.. memang bengang betul aku masa tu.. tapi sabor je lah..



Next entry nanti, jom kita ke Windmills ye :)

Amsterdam - Here I Come - Part 2 (Koog-Zaandijk)

Alhamdulillah, setelah 2 kali sesat, naik salah train.. akhirnya kami sampai ke station destinasi yang dituju.. Koog-Zaandijk. Legaaaaa.... Sambil menarik beg-beg berat kami tu sempat juga bergambar lagi :)



Train station Koog-Zaandijk









 Mencari rumah pun satu hal jugak... tanya beberapa orang di situ sambil tunjukkan alamatnya, semuanya tidak pasti... Dalam kepenatan mengusung beg ke sana ke sini, tiba-tiba ada seorang 'uncle' ni yang bertanyakan arah tujuan kami... dari arah bertentangan seberang jalan. Bila diberitahu sambil tunjukkan alamat, dia juga kurang pasti, tapi dia ingin membantu kami lalu dia bertanyakan pula pada orang lain. Haaaa...dah tahu dah :)) Kami sempat pulak interview 'uncle' tu.. rupa-rupanya orang Indonesia! Ingat kan dia tu memang Hollander.. tapi rupa nya bukan. Mukanya tak ubah seperti orang Belanda... adalah tu..suku sakatnya tu.. 






Inilah tuan rumah yang kami sewa biliknya (Breakfast & Bed) ala-ala homestay lah, Carmilla namanya dan baby nya, Elena... cute sangat!





Selepas check-in dan meletakkan beg-beg kami, kawan-kawanku dah tak sabar nak shopping :) kami terus keluar untuk ke Primark, ada winter sales... tempat shopping barang-barang winter yang murah. 





Kami berjalan kaki je sebab diberitahu tempat tu hanya 1 station saja iaitu station Zaandam dan mengambil masa dalam 10 minit aje berjalan kaki dah sampai.... tapiiiiiiiii....











Nampak pulak kucing bulu tebal ni.. lembut sangat bulunya... gerammm...



tapiiiiii.. kami berjalan hampir setengah jam baru sampai! hmmmmmm... agaknya omputih ni tinggi-tinggi semua, so kaki dia orang ni panjang lah.. langkahnya pun besor-besor.. heheheee.. :D . Sejuk gilerrr plak tu sampai ke tulang sambil berjalan tu sebab angin bertiup kuat sangat. Bayangkan.. kami diberitahu oleh pilot masa dalam flight tadi, suhunya adalah 1 degrees!







Ok, dah sampai, kami pi shopping dulu kat Primark ye... Jumpa lagi! :))


Amsterdam - Here I Come - Part 1 (Arrival)

Salam sejahtera semua :) 
Saya sambung entri semasa arrival pula...

Alhamdulillah, telah selamat mendarat. aku bersyukur padaMu Ya Allah. Kau Maha Mendengar rintihanku yang begitu resah di hati ini. Penerbangan yang bagiku sangat membimbangkan dalam beberapa jam di awal penerbangan membuatkan ku berasa takut dan tidak tenteram dibuatnya. Tambah risau ku dibuatnya apabila semua anak kapal diarahkan untuk duduk dan memakai tali pinggang. Serasa bagai gugur jantung ku tika itu. Ku hanya mampu berserah diri padaNYA sambil tak henti-henti berdoa dan berzikir. 

Selama 13 1/2 jam berada dalam perut kapalterbang, amatlah penat, terpaksa duduk melekat di kerusi apatah lagi diikat dengan tali pinggang saja, naik kematu punggung dibuatnya :D





Inilah Schiphol Airport di Amsterdam...


2 orang kawanku tu sibuk membeli starter pack mobile sana... 
Penjualnya adalah orang Pakistan yang dah menetap lama di Amsterdam (lupa plak snap gambar dia) Tapi yang gambar 'Lycamobile' dibawah ini, kami dapat free setiap seorang, namun mengikut kata si penjual tadi bahawa ianya akan mengambil masa 3-4 hari untuk mengaktifkannya.


Dah siap beli, mintak tolong dia snap kan gambar kami bertiga pula :))





Lepas ni, kena beli tiket train pulak nak ke Koog-Zandijk... destinasi untuk bermalam kami yang pertama..



Kaunter tiket train...



 Ini tiket train kelas 2 dari Schiphol Airport ke Koog-Zaandijk yang berharga 5.90 euro one way...



lorong sebelah kanan tu naik escalator ke train station...


Dalam train...


Tiba-tiba kawanku baru perasan yang kami naik salah train. Nama-nama station nya lebih kurang je, so itu yang confuse nya. Maka, terpaksalah kami turun.
Naik pulak train satu lagi...

hahahahahaaaaa.... jeng jengggg...



Train Supervisor datang check tiket. Aku terlupa mana selitkan tiket tadi. Menggelabah ku mencari tiket dibuatnya dengan cara supervisor tu menenung padaku. Mana pulak ku simpan ye.. meraba-raba di poket kedua-dua jaket yang ku pakai. Panic jugak mencarinya... ok, last-last jumpa.. legaaa... TAPI.. rupanya kami salah direction naik train lagiiii... adoiiii.. kena turun, hangkut lah dengan beg berat-berat tu.. sabor je lah... dia kata tiket tadi dah tak boleh pakai. Maka kami slow talk sikit dengan dia, buat muka mintak simpati :P  nasib baik lepas.. hehehee.. tak payah beli tiket baru...


Sementara menunggu train yang betul nya (kali ketiga ni), kami berkenalan pula tourist yang juga dari Malaysia (pasangan suami isteri yang duduk tu) yang datang ke Amsterdam menjenguk anak perempuannya (berdiri) yang sedang study di sana.


Borak punya borak, diberitahu pulak tempat shopping yang murah oleh anaknya itu... iaitu di Primark. hmmm... kawan-kawanku tersengih je.. nampaknya dah tak sabar nak pergi shopping tu.. Apa-apa pun kena check-in dulu dan letakkan beg-beg berat kami tu...


Okeyy..dah sampai ke station Koog-Zaandijk.. Kami turun dulu..

Jumpa lagi nanti.. :))



Friday 27 February 2015

Amsterdam - Here I Come

Assalamualaikum pembaca blog ku yang budiman,

Lama ku tak update entri travel holiday ku ye.. Sebenarnya saya baru balik dari holiday minggu lepas ni. Masih ter mamai-mamai lagi rasanya kepala ni. Ok, kali ini, saya nak share kan pengalaman travel saya ke Amsterdam baru-baru ini dengan flight Garuda (sebab nakkan murah.. hik..) iaitu pada 17/2/2015 yang mana kena transit di Jakarta dulu selama 8 jam.  

Ini adalah kali kedua saya sampai ke negara Amsterdam. Kali pertama pada tahun 2013 dulu, semasa pergi ke London, cuma sempat singgah 2 hari saja...tak puas rasanya. Jadi kali ini, nak puas-puas lah... percutian semata-mata untuk cover di Amsterdam saja :)

Sebenarnya, percutian ini tidak dirancang awal. Seorang kawanku call, saja borak-borak sambil bagi tau yang dia dah book flight ke Amsterdam... murah tiketnya, katanya. Setelah soal siasat, saya pun terus ingin mengikutnya. Saya hanya ada masa 10 hari saja untuk settle apa-apa yang patut sebelum fly.. sibuk jugak lah dibuatnya!



Kali ini saya pergi bersama-sama 2 orang kawan yang sekepala gitu...

Nampak tak muka happy tu, baru ambik boarding pass :)



Dengan Bismillah aku melangkah ke perut kapal...

hmmm... dalam flight sempat selfie lagi sebelum off handfon tu :)


Pertama kali menaiki pesawat Garuda...hatiku tak tenang dari mula lagi. Terasa bagai pilotnya kurang mahir... well..itu lah yang ku rasakan sebenarnya. Hati berdebak-debuk aje.. Take-off pun agak merisaukan...


Alhamdulillah, selamat mendarat di Soekarno Hatta Airport. Sejurus mendarat dan keluar dari kapalterbang, kami memberitahu pegawai di situ bahawa kami transit, lalu terus kami dibawa ke Emerald Sky Lounge di Soekarno Hatta Airport Terminal 2. 



Seronok jugak dapat makan minum serta wifi free ni. Terasa macam ala-ala VIP gitu :))






Ok, it's time untuk boarding ke Amsterdam...



Jumpa lagi di next entri nanti...
Saya akan kongsikan pengalaman semasa di Windmills-Zaanse Schans, Volendam Fishing Village, Cheese Factory-Volendam dan Houseboat di Oosterdok serta pemandangan yang menarik dan mempersonakan di sekitar bandaraya Amsterdam. Tungguuuuuu... :))


Ok..sementara tu, akak belanja video dulu ye :))



Ikuti sambungannya di bawah ini...


Popular Posts