Sunday, 1 March 2015

Amsterdam - Here I Come - Part 4 (Zaanse Schans)

Setelah breakfast, sambil ditemani oleh kucing tuan rumah "Sticker" namanya,

 kami pun melangkah keluar rumah untuk ke Windmills di Zaanse Schans


 

Dalam perjalanan ternampak pulak banyak itik di sungai yang berhampiran dengan train station, apa lagi..berhenti sekejap untuk bergambar ler... :))






Kami menyeberang jalan di bawah untuk menaiki train ke station Zaanse Schans (hanya 2 station saja dari rumah Carmila) dengan tiketnya yang berharga 3.20 euro... dekat kan :)



dah pun sampai ke station Zaanse Schans...





Dari station Zaanse Schans, kami berjalan menuju ke perkampungan windmills.


...excited bila nampak windmill yang pertama di bandar...






Oleh kerana cuaca yang sangat sejuk tu, terasa nak minum hot chocolate pulak. Kami singgah di satu kedai dan masing-masing order hot chocolate...







Sambil minum tu, nampak pulak kereta idaman kalbu.. sempat juga lah bergambar :)



..tertarik juga dengan hiasan basikal ini yang berbunga-bunga, bergambar dengan tuan punya basikal yang singgah sebentar untuk membeli makanan, pandai cakap bahasa Indonesia sikit tu :))






Waktu nak beredar, kami disapa oleh seorang lelaki turki. Kami pun mengambil kesempatan bertanya tentang makanan halal di situ dan dia menunjukkan kedai bakeri di sebelah yang mana ada sesetengah pizza nya yang halal...







 lalu kami pun membeli sedikit turkish pizza untuk bekalan di windmills nanti... 








 berjalan-jalan di sekitarnya sambil bergambar di beberapa lokasi menarik...



Cuaca yang teramat-amat sejuk membuatkan pipi saya terasa bagaikan ais tika itu, ditambahkan pulak dengan angin yang kuat, tak tahannn... maka saya terpaksa tutup muka dengan muffler.




Apabila sampai di jambatan ni, nampak pemandangan indah dan ada tempat berehat dibawah, lalu kami pun turun untuk bergambar. 








Subhanallah... Cantiknya pemandangan di sini... apa lagi..sibuk lah kami berposing :))



  


dah puas bergambar di situ, kami sambung perjalanan lagi...


cantik dan simple saja rumah-rumah di sini....





okayyy stop di sini dulu... sambung cerita nak sampai ke windmill di next entri, sabar ye :))

No comments:

Post a Comment

Popular Posts