Dah sampai pun ke Central Station. Posing kejap... :))
Puas kami mencari jalan keluar ke station bas dari station keretapi tu, tak jumpa. Dah tanya pada 2 orang.. mereka tunjukkan arah je.. kami naik turun escalator dah 3 kali, masih sesat lagi... huhuuu.. dengan bawak beg berat lagi tu.. Last-last jumpa balik orang yang first kami tanya. Dia tersenyum, terus bawa kami ke jalan yang betul..heheheee.. legaaa.. Dari situ, kami menaiki bas no. 316 pula untuk ke Volendam.
Cantik pemandangan di station bas ni... tapi tak sempat nak meninjau lebih-lebih sebab bas pun dah sampai...
Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit. Alhamdulillah, dah pun sampai ke Volendam...
Dah turun tu, mencari tempat nya lah pulak... bukak file.. :D
Oleh kerana kami sampai awal lagi, so tak boleh nak check-in hotel. Tapi, nasib baik kami boleh letakkan beg kami di receptionnya. Selepas itu, kami pun berjalan menuju ke fisherman's village.
Tekak kami rasa nakkan hot chocolate, maklumlah sejuk gilerrr masa tu. Pilih punya pilih, maka kami masuk ke Lennon's Cafe...hmmm... Unik sungguh Lennon's Cafe ini kerana dipenuhi dengan gambar-gambar The Beatles dan John Lennon.
mmmmm...sedapnya hot chocolat nya...
Wowww... Lihatlah hiasan di bahagian dinding atas di cafe ini, dipenuhi dengan records atau piring hitam lama yang dah menjadi antik, siap dengan gitar tergantung lagi kat atas tu.
Kebetulan pulak kawanku ini adalah peminat tegar John Lennon & The Beatles. Apa lagi, bergambar sakan lah dia bila tuan kedai menunjukkan poster-poster besar yang ditampal di tingkat bawah cafe itu... Seronok betul dia.. menyengih je.. sebab dapat banyak poster free :))
Tenung... jangan tak tenung.. :))
Ini ialah owner cafe ni... lupa pulak nak tanya apa kaitannya dengan John Lennon..
Pemandangan luar dari dalam cafe
Selesai minum dan bayar dan dah puas bergambar kat dalam tu, kami pun beredar keluar...
"Open 8 days a week"...mmm...ada jugak tanya pada owner kedai, dia senyum jer..
Ini ke bunga bawang ?
bersama pakwe gelap ku :))
Dah pukul 1pm, so kami pergi check-in hotel dulu... hotel Dolce Vita.
Not bad, cantik jugak biliknya.. cuma terlupa nak ambik gambar bilik masa mula masuk tadi. Bila teringat, tapi katil masing-masing dah bersepah barang.. tak jadi lah :))
dan bilik air...
Ok, kami berehat sekejap dulu di hotel sambil lunch dengan makanan yang dibawa sendiri. Oh ye.. jangan tak tau kami ni travel dengan membawa lauk peket Brahim serta beras lagi dan periuk nasi letrik sekali... :))
maklumlah.. nak cari makanan halal bukannya senang...
Jumpa lagi nanti ! Next...
No comments:
Post a Comment