Saturday 7 March 2015

Amsterdam - Here I Come - Part 12 (Departure)

Teksi dah pun sampai. Salam diberi oleh driver teksi itu.. alhamdulillah muslim. Kami menaiki teksi terus ke airport yang dipandu oleh Imran, orang Turki. Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak 35 euro, itu pun Imran telah baik hati untuk memberi diskaun pada kami setelah kami borak-borak dengannya. Katanya kebiasaan caj nya ialah 55 euro ke airport. Alhamdulillah.. 



suka tengok ejaan 'visit' nya...  'vizzit'

letih nampak kawanku ini..


Melepasi pihak imigresen... Badan kami di check sepenuhnya oleh pemeriksa wanita dan kasut boot kami harus dibuka juga.



Selamat tinggal Amsterdam! Bandarmu sungguh cantik...
Akan ku merinduinya..

Dengan Bismillah aku melangkah ke perut kapal..






Makanan yang dihidangkan...



Penerbangan balik yang agak membimbangkan juga. Aku hanya berserah padaNYA. 
Sesungguhnya hidupku dan matiku hanya padaMU.


Alhamdulillah telah sampai dengan selamatnya ke Jakarta untuk transit.. Waktu menunggu flight transitnya adalah 20 jam! Wahhh.. gelisah kami dibuatnya apabila diberitahu bahawa kami tidak disediakan dengan coupon lounge percuma seperti waktu nak pergi ke Amsterdam dulu. Ini ialah kerana transit melebihi 8 jam memang tidak disediakan kemudahan itu. Dengan keadaan airport di Jakarta yang tidak selesa untuk kami berehat, maka kami ambik keputusan untuk sewa hotel yang berhampiran dengan airport... Hotel Permata Bandara.. shuttle service free... kira boleh lah.. dan ada basic needs, ok lah..




Lepas check-in, kami terus melepak dalam bilik.. tak keluar dah.. semua kepenatan dan tidur awal. Tambahan pula wifi nya not working pulak.. sabar je lah. Boleh baca review saya tentang hotel transit Permata Bandara ini di sini. Flight kami pukul 8 pagi, so pukul 5.30 pagi nak bergerak ke airport.

Keesokan paginya, setelah solat subuh, kami breakfast jam 5.00 pagi dan tepat jam 5.30 pagi, shuttle service pun datang menjemput kami ke airport.




di Soekarno Hatta Airport, Jakarta







Menunggu... flight delay 1 jam..



Time for boarding... bye Jakarta !


Bismillahi tawakkaltu Allah...






dalam paper cup tu ada indonesian soup... tapi tekak ku tak boleh terima..



Alhamdulillah..telah selamat mendarat di bumi ku tercinta!
Sesungguhnya aku bersyukur padaMU Ya Allah kerana memberiku nikmat ini untuk melihat negara lain dan untuk memuji kebesaran ciptaanMU. 
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar.


Harap anda telah dapat beberapa tips dan info dari perkongsian tulisan saya ini.
Terima kasih kerana sudi membaca  :)


Euro currency 







Friday 6 March 2015

Amsterdam - Here I Come - Part 11 (Sightseeing City Centre)

Pada entri kali ini, saya nak kongsikan gambar-gambar di sekitar Amsterdam city centre. Nama Amsterdam berasal dari Amstelredamme, asalnya bandar ini sebagai empangan sungai Amstel. Amsterdam ialah bandar yang paling mesra penunggang basikal di dunia, terdapat lebih kurang 880,000 buah basikal di bandar Amsterdam ini. wowwww.. banyaknya!




Ok, jom tengok gambar-gambar menarik kami ini..
























Entah camana boleh tiba ke sini.. 'Moulin Rouge' kawasan red light district..
















Dapat kawan baru lagi.. Monia Conte dari Italy












NEMO adalah pusat sains yang terletak bersebelahan dengan kawasan houseboat

















Nak pergi ke I amsterdam ni kena naik tramp dari central station (harga tiket 2.90 euro), berhenti di station museumplein.. 



kami sampai situ pun hari dah gelap..




Macamana.. cantik kan bandar Amsterdam ni ? :)






Popular Posts