Keesokan paginya, kami keluar awal untuk menikmati suasana awal pagi di pekan kecil ini. Tak puas rasanya semalam sebab hujan. Berjalan-jalan bergambar sebelum check out.
Cantik kan pemandangan waktu ini?
(Ini ialah gambarku dalam dutch costume yang diambil semasa bercuti ke Amsterdam yang pertama kali pada tahun 2013 dulu)
Cantik kan pemandangan waktu ini?
Kedai pun memang masih belum buka lagi... suasana dah semakin cerah...
(Ini ialah gambarku dalam dutch costume yang diambil semasa bercuti ke Amsterdam yang pertama kali pada tahun 2013 dulu)
Dah cukup rasanya bergambar di sini, baru kami kembali ke hotel untuk check out..
kedai sebelah hotel..
Time to check-out...
Selepas check-out, kami berjalan keluar menuju ke station bas.. Tak sangka pulak ada pasar tani berhampiran dengan hotel yang kami duduk. Kalau tau tadi, awal dah kami singgah sini tanpa membawa beg. Ini baru je beberapa minit sampai, dah hujan. Bergegaslah kami bawa beg-beg semua mencari tempat berteduh.. :(
Kami teruskan perjalanan ke station bas, sempat lagi berposing tu dalam hujan renyai.. Gambar tak sharp sebab tangan sejuk menggigil kena buka sarung tangan.
Bas no.316 sampai, kami pun naik menuju ke Central Station.
Tiketnya berharga 7.50 euro untuk 3 orang.
Alhamdulillah... dah pun sampai central station..
mmm..kena cari jalan ke Houseboat lah pulak.. tempat kami akan stay untuk 2 malam..
Ketika kami turun bas, hujan agak lebat juga. Tapi aku agak hairan juga sebab nampak ada benda-benda putih macam kapas turun dengan hujan tu. Kawanku melintas jalan ke seberang, sibuk memerhati dan mengambil gambar. Tetiba kawanku yang sorang tu menjerit.. "Snow.. Snow!"
Subhanallah... Oh..rupanya snow turun.. happy sangatlah kami :))
Okayyy..dah puas tengok snow tu, kami pun bergerak untuk mencari arah Houseboat kami yang terletak di Oosterdok...
sambung lagi di lain entri...
No comments:
Post a Comment