Thursday 23 July 2015

Puasa Sunat Syawal Bagai Puasa Setahun Penuh

Dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, makan juadah-juadah istimewa hari raya, ketupat, rendang, lemang dan lain-lain lagi, dipenuhi dengan undangan-undangan open house lagi, jangan pula lupa untuk berpuasa sunat Syawal nanti ye.. teruskan beramal juga. Dengan kita berpuasa Syawal 6 hari bagaikan kita telah berpuasa setahun penuh.  




Niat Puasa Sunat Syawal...




Boleh ke gabungkan puasa qadha dan puasa sunat syawal?


Ustaz Zaharuddin Abd Rahman mengupas Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi Salla Allahu 'Alaihi wasallam dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan banyak lagi rekaan ibadah secara gabungan yang baru kelak termasuklah gabungan Haji beserta Umrah sekaligus dengan satu niat. 

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :


كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW


من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

Hujjah ulama yang mengharuskannya

Datang dari hadith:-

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini adalah, terdapat IJTIHAD ULAMA yang membolehkan gabung dan wujud juga yang tidak membolehkan, justeru persoalan UTAMA yang tinggal kini boleh BOLEH ATAU TIDAK MENGGABUNGKAN tetapi lebih kepada manakah kaedah yang terbaik untuk DIRI. Jika ditanya kepada saya, jawabnya adalah SANGAT ELOK tidak digabungkan JIKA MAMPU DAN BERKINGINAN GANJARAN TERBESAR, justeru elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai RUKHSAH  "keringanan" bagi mereka yang mempunyai KESUKARAN kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

sumber: www.zaharuddin.net



Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2015

Salam 7 Syawal...

Walau pun dah masuk hari ke 7 kita beraya, dah agak lambat tetapi masih belum terlalu lambat untuk akak mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada pembaca blog akak ini. Sebenarnya akak betul-betul sibuk hingga terlupa langsung nak update blog :))
Dari kesibukan menghidupkan malam-malam terakhir bulan Ramadhan yang lalu hinggalah membuat persiapan juadah untuk menyambut Hari Raya hingga ke tengah malam.... 

Raya pertama, selepas bersembahyang raya, kami sekeluarga bermaaf-maafan dulu sebelum pergi melawat pusara ayahanda. Selepas pulang, rumah bonda mula dipenuhi dengan kunjungan sanak saudara. Maklumlah, bonda akak ni merupakan kakak yang paling tua dalam semua adik beradiknya. Sampai longlailah jawabnya melayan tetamu yang datang dari pagi hingga ke malam.  

Keesokannya, hari Raya ke2.. oleh kerana kami semua tak ada kampung, akak 2 keluarga pergi bercuti ke Melaka dan tinggal di 906 Riverside Hotel yang betul-betul menghadap ke tempat river cruise. 

Sememangnya setiap tahun pada hari raya ke2, kami akan pergi bercuti ke mana-mana destinasi dalam Malaysia membawa kedua orang tua berehat. Pada tahun lepas, kami pergi ke Pulau Pinang dan pada tahun ini, bonda akak nak pergi ke Melaka pulak.Teringat pada arwah ayahanda akak yang suka sangat pergi Cameron Highlands sebab tempat tu sejuk, nyaman dan menyegarkan.

Bagaimana pulak sambutan hari raya di tempat anda semua? Mesti semua dah over dose dengan ketupat, lemang dan rendang kan? :))




Apa-apa pun, di sini akak ingin mengambil kesempatan untuk minta maaf andainya ada tulisan akak yang menyinggung perasaan sesiapa tanpa akak sedari. 


Thursday 9 July 2015

Memburu Lailatul Qadar

 

Salam 22 Ramadhan...
Apakah yang dimaksudkan dengan Malam Lailatul Qadar ?

Di dalam Surah al-Qadr ada menerangkan tentang malam Lailatul Qadar yang hanya ada di dalam bulan Ramadhan....




Marilah kita bersama-sama merebut peluang ini...



 Jika anda berpeluang menemukan malam Lailatul Qadar, maka bacalah doa yang diajar oleh Nabi SAW ini..




What Is Lailatul Qadar?


Indeed, We sent the Qur'an down during the Night of Decree. And what can make you know what is the Night of Decree? The Night of Decree is better than a thousand months. The angels and the Spirit descend therein by permission of their Lord for every matter. Peace it is until the emergence of dawn.
~ Surat Al-Qadr.

Narrated `Aisha رضي الله عنها: Allah’s Messenger ﷺ said, “Search for the Night of Qadr in the odd nights of the last ten days of Ramadan.”
[Sahih Bukhari: Book 32, Hadith 4].

A'isha رضي الله عنها reported that Allah’s Messenger ﷺ used to exert himself in devotion during the last ten nights to a greater extent than at any other time.
[Sahih Muslim: Book 14, Hadith 9].

It was narrated from ‘Aishah رضي الله عنها that she said:
“O Messenger of Allah, what do you think I should say in my supplication, if I come upon Laylatul-Qadr?” He said: “Say: ‘Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul-'afwa, fa'fu 'anni.
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
(O Allah, You are Forgiving and love forgiveness, so forgive me).’”
[Sunan Ibn Majah 3850]





Tuesday 7 July 2015

10 Malam Terakhir Ramadhan

Salam 20 Ramadhan...




Sedar tak sedar dah 20 Ramdhan..begitu cepat rasanya waktu berlalu.. Kita dah tiba pada 10 malam terakhir Ramadhan iaitu hari-hari yang teramat penting untuk beribadat. Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, Baginda Rasullullah SAW menghidupkan malam dengan beribadat, mengejutkan keluarganya untuk bangun beribadat dan bersungguh-sungguh beribadat.



Tibalah masanya bagi kita umat Islam merebut hadiah lumayan yang di 'offer' oleh Allah SWT ini. Hadiah yang tak ternilai ini cuma dapat dikejar pada 1 malam saja iaitu malam ganjil  di antara 10 malam terakhir Ramadhan yang dinamakan Malam Lailatul Qadar.

Seharusnya kita tidak leka dengan urusan dunia semata, rebutlah peluang keemasan ini dengan menambahkan amal ibadat serta berdoalah sebanyak-banyaknya agar kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar yang mana pahalanya bersamaan dengan seribu bulan!



Permulaan Ramadhan itu adalah Rahmat
Pertengahannya adalah Keampunan (maghfirah)
Penghujungnya adalah Kebebasan dari Api Neraka.











Monday 6 July 2015

Salam Nuzul Quran


Salam Nuzul Quran..

Agak terlambat sedikit akak update blog, terlalu sibuk hari semalam dengan Majlis Tadarus Quran. Walau pun begitu, tetap akak nak update juga :)

NUZUL AL-QURAN  

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. 

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.


Kehebatan Al-Quran :

1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88) 

2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala. 

3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. 

4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23). 

5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw. 

6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat. 

7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2  

8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” 


Tuntutan al-Quran: 

Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.


Peringatan: 

Al-Quran untuk dibaca bukan dijadikan perhiasan.
Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.

Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).



What is NUZUL AL-QURAN (REVELATION OF THE QUR’AN) ?

Nuzul Al-Quran commemorates the day when the words of the Qur’an were first revealed to the Prophet Muhammad (PBUH). On the 17th day of the holy month of Ramadan, the Angel Jibrail had come to the Prophet with the first five lines of Surah Al-Alaq as he was sitting in a cave on Mount Hira’.





Popular Posts