Sunday 22 March 2020

Salam Israk Mikraj 1441H

Salam Israk Mikraj 1441H


Assalamualaikum wbt
  Alhamdulillah Syukur
    Salam Rahmat Allah
      Salam Israk Mikraj



Selamat mengingati peristiwa agung Israk Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab setiap tahun.

Israk bermaksud Baginda S.A.W menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Dan Mikraj bermaksud perjalanan Baginda S.A.W dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.

[Tahun Kesedihan Yang Paling Menggembirakan Nabi Muhammad SAW]

Israk Mikraj merupakan satu perjalanan istimewa yang telah diaturkan oleh Allah SWT untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kekuasaan Allah.

Sebelum peristiwa ini berlaku, Baginda SAW telah menghadapi 2 musibah berturut-turut , iaitu pemergian 2 insan yang amat berjasa dan sangat dikasihi. Musibah yang dimaksudkan itu ialah wafatnya Siti Khadijah isteri yang dicintai. Tidak lama kemudian menyusul pula kewafatan bapa saudaranya Abu Talib.

Rasulullah SAW memutuskan untuk berhijrah ke Taif dengan harapan penduduk Taif akan menerima seruan dan membantu perjuangannya. Namun, di luar dugaan mereka bukan sahaja tidak memberikan perlindungan kepada Nabi saw bahkan melemparkan pelbagai cacian dan hinaan.

Dalam keadaan seperti itu, maka Allah SWT memerintahkan kepada malaikat Jibril agar mengisrak mikrajkan Rasullulah SAW bagi memantapkan dan menghiburkan Rasullulah SAW setelah mengalami pelbagai kesedihan dan ujian yang melanda Baginda.

Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’(Ayat:1)

Selamat menyambut Israk dan Mikraj dengan penuh penghayatan.




No comments:

Post a Comment

Popular Posts