Showing posts with label israk mikraj. Show all posts
Showing posts with label israk mikraj. Show all posts

Sunday, 22 March 2020

Salam Israk Mikraj 1441H

Salam Israk Mikraj 1441H


Assalamualaikum wbt
  Alhamdulillah Syukur
    Salam Rahmat Allah
      Salam Israk Mikraj



Selamat mengingati peristiwa agung Israk Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab setiap tahun.

Israk bermaksud Baginda S.A.W menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Dan Mikraj bermaksud perjalanan Baginda S.A.W dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.

[Tahun Kesedihan Yang Paling Menggembirakan Nabi Muhammad SAW]

Israk Mikraj merupakan satu perjalanan istimewa yang telah diaturkan oleh Allah SWT untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kekuasaan Allah.

Sebelum peristiwa ini berlaku, Baginda SAW telah menghadapi 2 musibah berturut-turut , iaitu pemergian 2 insan yang amat berjasa dan sangat dikasihi. Musibah yang dimaksudkan itu ialah wafatnya Siti Khadijah isteri yang dicintai. Tidak lama kemudian menyusul pula kewafatan bapa saudaranya Abu Talib.

Rasulullah SAW memutuskan untuk berhijrah ke Taif dengan harapan penduduk Taif akan menerima seruan dan membantu perjuangannya. Namun, di luar dugaan mereka bukan sahaja tidak memberikan perlindungan kepada Nabi saw bahkan melemparkan pelbagai cacian dan hinaan.

Dalam keadaan seperti itu, maka Allah SWT memerintahkan kepada malaikat Jibril agar mengisrak mikrajkan Rasullulah SAW bagi memantapkan dan menghiburkan Rasullulah SAW setelah mengalami pelbagai kesedihan dan ujian yang melanda Baginda.

Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’(Ayat:1)

Selamat menyambut Israk dan Mikraj dengan penuh penghayatan.




Thursday, 5 May 2016

Salam Israk Mikraj 2016

Mengikut Kalendar Islam 2016, Israk & Mikraj akan jatuh pada hari Khamis, 5 Mei 2016 bersamaan dengan 27 Rejab 1437H.



Peristiwa Israk wal mikraj merupakan suatu Mukjizat Agung kurniaan Allah kepada junjungan besar kita Rasulullah S.A.W, melalui peristiwa ini lah baginda menerima pensyariatan solat lima waktu setelah diangkat ke langit oleh Malaikat Jibril serta malaikat Israfil dan melalui peristiwa ini juga baginda Rasulullah S.A.W ditunjukkan gambaran umat manusia yang berada didalam neraka yang sungguh dahsyat dan baginda juga ditunjukkan gambaran golongan yang dimasukkan ke syurga oleh Allah S.W.T.  Marilah sama-sama kita menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa Israk wal Mikraj ini agar kita dapat menjadi mukmin yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.
Aamiin... 

Antara perkara yang digalakkan oleh Rasulullah SAW..adalah berpuasa sunat.
Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain..

Akak telah bercerita dengan panjang lebar tentang Israk Mikraj ini dalam post pada tahun lepas. Kalau nak baca, sila klik sini..



Saturday, 16 May 2015

Salam Israk Mikraj 2015







Salam Israk Mikraj...

Muhasabah Buat Wanita

Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui. Jibril menjawab: “Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.” Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun olehseluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.

Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.

1. Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

2. Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

3. Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

4. Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

5. Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

6. Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya. Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

7. Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Dan banyak lagi peristiwa yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW.


Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.








Tuesday, 27 May 2014

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 2014

Salam Israk Mikraj buat pembaca budiman...




Fahamilah hikmah dari Peristiwa Israk Mikraj ini untuk panduan kita bersama.. Semoga kita akan mendapat pelajaran darinya. 


Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat.. baca seterusnya...







Alhamdulillah... Seharian semalam saya menghadiri Majlis Israk Mikraj bersama Pertubuhan UmmiWorld (sebuah Badan NGO). 

Berbagai agenda yang terlaksana sempena menyambut Israk Mikraj ini sambil kami bersilaturrahim.

Agendanya ialah :

* Membaca 30 juzuk Al-Quran, sehingga khatam
* Berbuka Puasa
* Solat Fardhu Asar/Maghrib/Isyak berjemaah
* Tazkirah
* Jamuan
* Solat Sunat Taubat/Hajat/Tasbih



Majlis dimulakan pada pukul 3.00 petang oleh Pengerusi UmmiWorld, Pn. Hajjah Zaharah dengan agenda pertama kami iaitu membaca 30 juzuk al-Quran hingga khatam.

Seramai 22 orang yang telah mengambil bahagian untuk membaca al-Quran.

 


Kami berhenti seketika untuk bersolat asar berjemaah memandangkan telah pun masuk waktu asar tika itu.
  
selepas itu, sambung balik membaca al-Quran...









Senarai nama 22 orang yang mengambil bahagian...



Alhamdulillah majlis tamat betul-betul dekat nak masuk waktu maghrib.

Sweet kan warna Bunga Paha untuk Khatam Quran ni?




Sambil tu...
Haaaaa...ni dia ahli UmmiWorld yang terror masak... Semasa ahli lain sedang sibuk membaca al-Quran, 'Kak Yang' ni  menumis bahan-bahan untuk masak nasi minyak/tomato di dapur pejabat UmmiWorld...  ouuuuiiiii.. wanginya bau.... terus lapar :))





Setelah berkumandang azan maghrib, kami pun berbuka puasa. Seronoknya.. berbuka berjamaah :)

Antara kuih muih yang dibawa oleh para ahli untuk berbuka puasa.... karipap, pulut panggang, kuih bakar, kuih koci, popia basah, pulut kuning, bubur lambuk (alahai Izan, lupa plak akak nak snap gambar bubur lambuk tadi :) rojak buah dan buah-buahan).

 





Setelah perut diisi, kami pun menunaikan solat maghrib berjemaah, diikuti dengan tazkirah oleh ustaz Profesor Razak. Selepas itu, disambung terus dengan solat Isyak berjamaah...




Setelah itu, kami pun menjamu selera dengan nasi minyak/tomato yang dimasak tadi.. memang sedap sangat nasi nya... :)

Selepas berehat dalam 1 jam untuk menjamu selera tadi, kami teruskan dengan Agenda seterusnya iaitu mendirikan Solat Sunat Taubat / Hajat / Tasbih.

Alhamdulillah, majlis tamat pada pukul 11 lebih malam dan kami amat gembira kerana segalanya berjalan dengan lancar.

Segala puji-pujian bagiMu Ya Allah...

Popular Posts