Thursday, 9 April 2020

Salam Nisfu Sya'ban

Salam Nisfu Sya'ban 1441H




Malam Nisfu Sya'ban adalah pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15 bulan Sya'ban. Pada tahun ini jatuh pada malam ini..iaitu hari rabu (8 April 2020), malam Khamis.

Pada malam Nisfu Sya'ban, Allah Ta'ala menurunkan pengampunan kepada seluruh penduduk bumi terutama kepada hambaNya yang soleh.

Kita digalakkan....
👉 Beristighfar
👉 Bertahmid & Takbir
👉 Selawat & Zikir

Malam ke 13 bulan Sya'ban Allah Ta'ala memberikan 3 Syafaat kepada hambaNya.

Malam ke 14, seluruh Syafaat diberikan secara penuh.

Malam ke 15, umat Islam dapat memiliki banyak sekali kebaikan sebagai penutup catatan amalnya selama satu tahun.

Berdoalah dengan khusyuk.. meminta apa yang tersirat di hati kerana doa di malam Nisfu Sya'ban ini mustajab. Pada malam ini juga, Allah SWT menurunkan pengampunan kepada hambaNya yang soleh.

Abu Musa Al-Asy’ari radiallahu anhu berkata bahawa Nabi sallallaahu alaihi wasallam bersabda,

"Sesungguhnya Allah melihat pada malam Nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhlukNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan."[Hadis Riwayat Ibn Majah]



Marilah kita bersama-sama mengimarahkan rumah dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.




No comments:

Post a Comment

Popular Posts