Friday 22 August 2014

R.I.P #MH17

Assalamualaikum, Salam Jumaat dan Salam Takziah buat keluarga mangsa tragedi MH17.




Begitu sebak dada ini ketika menyaksikan siaran langsung di TV1, 
Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17
yang baru berakhir sebentar tadi.







Yang DiPeruan Agung turut sama menyaksikan istiada ini..


Semoga roh mereka yang beragama Islam ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...amin..





Gambar-gambar kesedihan ahli keluarga mangsa nahas MH17...






Kata-kata terakhir arwah Ahmad Hakimi Hanafi kepada isterinya sebelum berlepas dengan penerbangan MH17 adalah betapa dia rindukan anak lelakinya yang kini telah berusia sembilan bulan.



"Buka La Sikit, Adik Nak Cium Pipi Mama"
Anak MAstura


Allah SWT telah tarik nyawa mreka pada 17/7/2014, pada hari Jumaat dan dalam bulan yang mulia... bulan Ramadhan, iaitu penghulu segala hari dan penghulu segala bulan.

Pada hari ini jenazah pula tiba di Malaysia pun pada hari Jumaat yang penuh barakah, MasyaAllah.. Semoga mereka yang beragama Islam berbahagialah di dalam syurga Allah.

#MH17 dalam kenangan...






Cambodia - Siem Reap (Part 5)

Awal-awal lagi akak dah bangun untuk tunaikan solat Subuh... kul 4.30 pagi, selepas tu terus bersiap-siap untuk check-out hotel dan seterusnya ke airport. Flight akak pukul 8.20 pagi...

mmm...Dah pun sampai airport Siem Reap..




Sebelum masuk ke dalam, bergambar kenangan dulu dengan Mr.S
Terima kasih ye kerana bagi servis yang baik pada kami :)


kelihatan wajah Mr.S agak sedih sikit sewaktu menghantar kami ke airport

     dalam airport.. check-in terus



lepas tu baru pusing-pusing.. tak besar mana pun..




tibalah masa untuk Boarding...
Selamat Tinggal Siem Reap...


In Shaa Allah, jika ada rezki...akan datang lagi...

   


tak sempat breakfast tadi... huhuuuu...
terpaksa beli dalam flight AirAsia ni...

Nasi Lemak - RM15
Kopi - RM6



Alhamdulillah... selepas terbang hampir 2 jam, akhirnya mendarat dengan selamatnya di KLIA 2.

Selepas collect luggage, sempat singgah sekejap  di Bobby's Deli, makan satay perisa ayam yang dibuat 100% dari sayur.. sedappp! Rasa macam daging ayam betul :)



  gelang batu permata yang diikat dengan perak ini adalah antara souvenirs yang akak beli... disamping fridge magnet, table cloth, silk scarf dll..              



Di Cambodia ini, mereka lebih suka gunakan USD berbanding dengan duit mereka sendiri, mungkin sebab nilainya yang lebih tinggi...

Cambodian currency...
Cambodian Riel



4000 KHR = 1 USD


Oh ya.. sebelum akak pergi, akak cuba cari cambodian currency ni di masjid india, tapi tak ada langsung.. so semua tukar USD je lah... masa tu dapat tukar dengan kadar 3.21

Ok lah, semoga dengan perkongsian pengalaman akak ini dapat membantu sedikit pada sesiapa yang ingin ke sana nanti ye..

Jumpa lagi! :)

Cambodia - Siem Reap (Part 4)

Setelah dijemput oleh Mr.S tepat jam 7.30 pagi, kami pun menghala ke restoran ler untuk breakfast...

hari ni akak breakfast chicken porridge...lupa pulak ambik gambar :)

Selepas itu, akak singgah sebentar di Masjid terbesar di Siem Reap ni..



Rumah Mr.S pun di kawasan ini rupanya, sempat juga bertemu dengan isteri dan anak-anaknya..



Seterusnya kami ke Silk Farm pula..




ini ialah telurnya...


Nampak tak ulat sutera tu?




proses menarik benang dari ulat sutera...


Cara proses untuk dapatkan benang...

 

menenun...
 
 

 kedai menjual barang-barang yang dibuat dari sutera..









Setelah selesai melawat di kilang sutera ini, dalam perjalanan, Mr.S berhenti sekejap untuk beli buah  nona, rupanya..untuk beri kami makan.. pemurahnya Mr.S ni... hmmm.. manis betul buah nona di sini...



setelah itu, kami dibawa pula singgah ke satu tempat untuk minum kopi saja memandangkan masih awal lagi untuk lunch..

tempat ni setting kerusinya ala-ala macam nak tengok wayang aje... :))

     
mak aiiiiii...manisnya kopi dia... 
berdesing kepala akak ni.. terpaksa minta air kosong untuk dilancungkan...

lepas tu, teruskan perjalanan lagi...dibawa ke hadapan kilang membuat sabun serta perfume, tapi dua-dua kami tak nak singgah..

lunch time.. inilah restoran peberet akak... :)


menu istimewa... 'Lembu Naik Bukit..'

amacam nama tu? heeee..
akak teringin sangat dari hari pertama sampai, nak makan hidangan istimewa restoran ini... tapi asyik bertangguh aje..

masak kat depan akak tu... gunakan butter, tak guna minyak..


 

haaa..tu dia...dah siap masak..



ada aneka makanan ringan juga yang dijual di sini...

 
rasanya macam kuih kapit.. USD5 each..



Berposing pula dengan kawan baru kami... 
Kami bersalaman mengucapkan selamat jalan kerana mereka akan ke airport untuk berangkat balik selepas tu...

Selepas lunch, aktiviti seterusnya yang sepatutnya ialah pergi ke The Cultural Village dan tengok cultural show. Tapi disebabkan kami berdua dah berasa pening kepala dan amat letih di dalam cuaca yang sangat panas terik tu, maka kami batalkan saja dan pulang terus ke hotel untuk solat dan berehat...

Ada bekalan kuih pulak untuk kami rupanya... baik betul si Mr.S ni.. alhamdulillah.. suka..suka.. tapi tak ingat dah nama kuih ni :)

 

Dinner malam ni... malam terakhir akak di sini...



 Khmer Sour Soup (Fish) 

aktiviti seterusnya ialah mencari durian...


 

Isinya bukan main tebal lagi... dan manis!
durian mekong ni sedap sangat isinya dan juga besar sangat... 
isinya diisi dalam bekas dan dibawa pulang ke hotel...


satu lagi aktiviti malam yang wajib ialah ke Night Market :))


berpeluh-peluh akak menyoping :)

sedapnya tengok...mmmm..orderlah jawabnya.. mango juice.. lama jugak menunggu giliran tu, ramai sangat yang order.. fughhh...



Kami pun dihantar pulang ke hotel selepas itu untuk berehat...

Nantikan entri terakhir akak ye.. Siem Reap - Cambodia (Part 5)


Popular Posts