Showing posts with label night market. Show all posts
Showing posts with label night market. Show all posts

Friday, 22 August 2014

Cambodia - Siem Reap (Part 4)

Setelah dijemput oleh Mr.S tepat jam 7.30 pagi, kami pun menghala ke restoran ler untuk breakfast...

hari ni akak breakfast chicken porridge...lupa pulak ambik gambar :)

Selepas itu, akak singgah sebentar di Masjid terbesar di Siem Reap ni..



Rumah Mr.S pun di kawasan ini rupanya, sempat juga bertemu dengan isteri dan anak-anaknya..



Seterusnya kami ke Silk Farm pula..




ini ialah telurnya...


Nampak tak ulat sutera tu?




proses menarik benang dari ulat sutera...


Cara proses untuk dapatkan benang...

 

menenun...
 
 

 kedai menjual barang-barang yang dibuat dari sutera..









Setelah selesai melawat di kilang sutera ini, dalam perjalanan, Mr.S berhenti sekejap untuk beli buah  nona, rupanya..untuk beri kami makan.. pemurahnya Mr.S ni... hmmm.. manis betul buah nona di sini...



setelah itu, kami dibawa pula singgah ke satu tempat untuk minum kopi saja memandangkan masih awal lagi untuk lunch..

tempat ni setting kerusinya ala-ala macam nak tengok wayang aje... :))

     
mak aiiiiii...manisnya kopi dia... 
berdesing kepala akak ni.. terpaksa minta air kosong untuk dilancungkan...

lepas tu, teruskan perjalanan lagi...dibawa ke hadapan kilang membuat sabun serta perfume, tapi dua-dua kami tak nak singgah..

lunch time.. inilah restoran peberet akak... :)


menu istimewa... 'Lembu Naik Bukit..'

amacam nama tu? heeee..
akak teringin sangat dari hari pertama sampai, nak makan hidangan istimewa restoran ini... tapi asyik bertangguh aje..

masak kat depan akak tu... gunakan butter, tak guna minyak..


 

haaa..tu dia...dah siap masak..



ada aneka makanan ringan juga yang dijual di sini...

 
rasanya macam kuih kapit.. USD5 each..



Berposing pula dengan kawan baru kami... 
Kami bersalaman mengucapkan selamat jalan kerana mereka akan ke airport untuk berangkat balik selepas tu...

Selepas lunch, aktiviti seterusnya yang sepatutnya ialah pergi ke The Cultural Village dan tengok cultural show. Tapi disebabkan kami berdua dah berasa pening kepala dan amat letih di dalam cuaca yang sangat panas terik tu, maka kami batalkan saja dan pulang terus ke hotel untuk solat dan berehat...

Ada bekalan kuih pulak untuk kami rupanya... baik betul si Mr.S ni.. alhamdulillah.. suka..suka.. tapi tak ingat dah nama kuih ni :)

 

Dinner malam ni... malam terakhir akak di sini...



 Khmer Sour Soup (Fish) 

aktiviti seterusnya ialah mencari durian...


 

Isinya bukan main tebal lagi... dan manis!
durian mekong ni sedap sangat isinya dan juga besar sangat... 
isinya diisi dalam bekas dan dibawa pulang ke hotel...


satu lagi aktiviti malam yang wajib ialah ke Night Market :))


berpeluh-peluh akak menyoping :)

sedapnya tengok...mmmm..orderlah jawabnya.. mango juice.. lama jugak menunggu giliran tu, ramai sangat yang order.. fughhh...



Kami pun dihantar pulang ke hotel selepas itu untuk berehat...

Nantikan entri terakhir akak ye.. Siem Reap - Cambodia (Part 5)


Thursday, 21 August 2014

Cambodia - Siem Reap (Part 2)

Kami disambut mesra oleh Mr.S  yang telah menunggu di depan pintu hotel..

Beliau berpewatakan yang agak pemalu sikit... 
dan kami pun meneruskan perjalanan ke The Tonle Sap...The Floating Market..



 
Inilah antara pemandangan penempatan mereka... dalam perjalanan ke Tonle Sap... bukannya senang kehidupan mereka...





Di kiri kanan jalan, banyak ditanam pokok teratai... 



buah teratai yang dibeli oleh Mr.S ... tak pernah lagi akak makan...
hmmm.. sedap..lemak je.. 
banyak khasiatnya...



ENTRANCE TONLE SAP





The Tonlé Sap "Large Fresh Water River", but more commonly translated as "Great Lake" is a combined lake and river system of major importance to Cambodia.

The Tonlé Sap is the largest freshwater lake in Southeast Asia and is an ecological hot spot that was designated as a UNESCO biosphere in 1997.

The Tonlé Sap is unusual for two reasons: its flow changes direction twice a year, and the portion that forms the lake expands and shrinks dramatically with the seasons. From November to May, Cambodia's dry season, the Tonlé Sap drains into the Mekong River at Phnom Penh. However, when the year's heavy rains begin in June, the Tonlé Sap backs up to form an enormous lake.

The Tonlé Sap Lake is linked to the sea via the Tonlé Sap River, which converges with the massive Mekong River in Phnom Penh. Water has always been an important resource for Cambodia, as it is the origin of its creation. According to legend, the Khmer people were colonized in the first centuries by peaceful neighbors from India, and the combination of the two cultures eventually formed the kingdom of Cambodia. Researches have found drawings of fish etched on temple walls in such elaborate details that they could be classified as well as etchings of men with nets. To further highlight the importance of water, Cambodia’s capital city, Phnom Penh, was built at the convergence of the Tonlé Sap River and the Mekong River. Still today, the harbor resembles the descriptions recorded by first explorers, and a boat adventure from Phnom Penh is reported to be the best way to explore the river and experience Cambodian culture.

 

Jeti

Bot kami disediakan dengan seorang juru kemudi dan seorang tour guide, seorang anak muda (tak ingat nama dah) yang masih belajar di sekolah tinggi di bandar Siem Reap. Beliau kerja sambilan sebagai tour guide untuk menampung kos pembelajaran.

Beliau memulakan bicara tanpa perlu di minta dan menceritakan sejarah Siem Reap, kehidupan harian penduduk di Floating Village, bagaimana penduduk mencari rezeki setiap hari dan keadaan rumah terapung yang akan sentiasa berubah kedudukan setiap kali banjir dan setiap kali air surut. 


Kami juga ditanya oleh anak muda ini untuk membeli beras...
Mr.S  dah pesan sebelum kami naik bot tadi...nanti kalau diorang suruh beli beras untuk sedekah kepada komuniti yang ada kat situ, jangan beli...sebabnya ianya menipu aje.. beras tu akan dihantar balik ke taukeh kedai setelah kita balik. Dahsyat betul menipu dia orang ni!


 

 


kami singgah d crocodile farm ini sebentar untuk menunggu sunset..



Hasil kraf dari kulit buaya asli...

 

 

Banyaknya buaya..eiii..serem!


apa yang dia makan ni, tak tau lah...


 
  
di samping tu ada juga dijual t-shirt, table runner dan lain-lain lagi di sini...



Hampir nak sunset.. 
kami menaiki tangga ke tempat yang tinggi ini untuk menikmati pemandangan sunset nanti...



Subhanallah... indahnya!



Setelah itu, kami pun turun dan naik balik bot untuk pulang...

Kami dibawa juga ke pusat komuniti tu dan disuruh beli beras, dalam erti kata lain..macam memaksa. Tapi, kami tak mahu beli sebab Mr.S dah pesan dari awal lagi..
nampaklah muka mereka yang agak marah.. terus tak nak layan kami borak dah.. dia buat hal dia je...

On the way balik, mereka ni singgah ke kedai runcit sekejap...


Di luar kawasan entrance ke Tonle Sap, kami ditunjukan foto yang telah di snap oleh mereka ketika kami nak memasuki pintu awal tadi..tujuan untuk menjual... tapi, mak aiii..mahalnya! USD10 untuk cam ini aje!


Setelah itu, kami dibawa oleh Mr.S untuk dinner di Restoran Muslim Family Kitchen..

cantik restorannya...

 

disediakan bilik solat juga..


   lapar ni.. :)

 

Fresh Spring Roll 

 Khmer Spicy Soup 
         

Alhamdulillah... kami diberikan dengan FREE desert..buah tembikai..
     Inilah tuan punya restoran Muslim Family Kitchen, En. Mat Nor...


Dah kenyang, sebelum balik hotel...kami singgah sekejap  ke night market...
ninjau-ninjau sikit je :))



Dah penat meninjau, kami pun balik ke hotel untuk berehat... 

Selepas mandi, solat dan berehat... kami bersedia untuk tidur...
Tapi, mengapalah susah sangat nak melelapkan mata ni.. 
banyak faktor dalam bilik hotel ni yang tidak memuaskan hati kami... 
akak jugak rasa tertipu..

Lalu setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk mencari hotel lain di keesokan harinya...

Nantikan sambungan ke entri Cambodia - Siem Reap (Part 3) pulak.. ke Angkor Wat
Selamat Malam!


Popular Posts