Sunday 31 May 2015

'Open Your Eyes Dinner' (OYED)


Pertama kali menghadiri majlis 'Open Your Eyes Dinner' di De Palma Hotel for non-muslim malam tadi sebenarnya telah membuatkan akak pun turut sama 'membuka mata hati'. Banyak perkara baru yang dapat akak pelajari tadi. Majlis ini dikendalikan oleh Hidayah Centre Foundation bertujuan untuk convey the message to the non-muslim for the misunderstood religion. 

Mereka sangat mengalu-alukan jika ada sesiapa yang ingin membawa orang yang non-muslim yang berminat untuk mengetahui tentang Islam sebenarnya. Peserta yang datang malam tadi ramainya adalah bangsa cina dan ada seorang wanita dari France yang turut hadir.



Majlis bermula selepas waktu maghrib dengan para peserta dijemput untuk dinner dahulu. Setelah selesai makan, sesi pengenalan tentang Islam dimulakan oleh penceramah jemputan dan telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. 




Akak merasa teruja apabila mendengar kata-kata yang keluar dari penceramah hebat itu tadi iaitu Shah Kirit Kakulal Govindji (President Global Unity Network). Begitu hafalnya beliau memberikan rujukan ayat2 al-Quran serta surah dan nombor ayatnya sekali. Beliau asalnya adalah beragama hindu dan telah memeluk agama Islam 19 tahun yang lalu setelah mendapat jawapan dari pencariannya tentang kebenaran agama... 'the truth'.

Apa yang menarik perhatian akak ialah, beliau memberitahu bahawa tidak ada disebutkan dalam al-Quran bahawa apabila seseorang non-muslim telah masuk Islam, maka nama bapa mereka harus diganti kepada Abdullah. 

Menurut katanya lagi, tidak ada tercatit pun di dalam al-Quran mengenainya dan Rasulullah SAW juga tidak ada menyuruh berbuat demikian. 

Setelah beliau buat research dan yakin akan hal itu, beliau telah pun memohon untuk memakai kembali nama bapanya dan proses itu telah mengambil masa yang lama, iaitu 6 bulan, baru diluluskan permohonannya.



Tajuk ceramah nya ialah "Islam: The Misunderstood Religion".
Banyak juga kupasan yang diberikan kepada beberapa perkara yang lazim ditanya oleh non-muslim... Maaflah, gambar yang tidak bagus kerana saya duduk di bahagian banyak cahaya...















 Selesai sesi ceramah, majlis dibuka untuk soal jawab...

Antara soalan yang ditanya oleh seorang yang berbangsa cina ialah...
- Mengapa perlu ada AZAN? sedangkan sudah ada waktu yang ditetapkan untuk sembahyang.
- Kenapa non-muslim mudah prosesnya untuk masuk Islam tapi, tidak dibenarkan untuk keluar dari Islam?



Majlis bersurai pada jam 11.15 malam...


Tajuk-tajuk isi kandungan buku ini..





**Jika anda ada rakan yang non-muslim yang sedang mencari kebenaran dan ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang Islam, boleh hubungi saya di 016-9964515

" Barang siapa yang mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya (yakni orang yang di ajak berbuat kebaikan)."
-Hadis Riwayat Muslim




Saksikan Video Program Open Your Eyes Dinner - OYED di Hotel De Palma Ampang dengan tajuk 'Islam The Misunderstood Religion' bersama Xifu Nasir pada 27 September 2014.





In Shaa Allah, dengan ada program Open Your Eyes Dinner ini dapat membantu dan memberi hidayah kepada yang non-muslim. Sesungguhnya, saya bersyukur kerana dapat menghadiri program seperti ini bagi menambah ilmu akhirat. Jazakallah khoiran...







Saturday 30 May 2015

Hatyai Marathon - Krabi Trip 2015 Fantastic!

Assalamualaikum...

Sebetulnya akak ni baru 3 hari balik dari Hatyai-Krabi, Thailand. Agenda sebenarnya untuk trip itu ialah menyertai Hatyai Marathon. Selepas itu, pandai-pandailah buat agenda tambahan sendiri untuk menjadikan trip itu happening kannnn... :))

Grup kami seramai 13 orang berlepas ke Hatyai dengan menaiki bas dari Puduraya pada 22/5/2015 jam 10.30 malam. Wahhh... selesa betul bas ni dengan kerusinya yang luas. Sewaktu bas keluar dari puduraya, jalan masih lagi jem di sana sini. Sepanjang perjalanan tu apa lagi..tidurlah..dah memang waktu tidur pun :)  Lagi pun, ramai yang keletihan kerana siangnya masih kena bekerja.. 

Dalam perjalanan, banyak kali juga bas berhenti untuk rehat dan makan. Alhamdulillah, kami sampai di Hatyai lebih kurang jam 9 pagi 23/5/2015 dan terus breakfast. Selepas itu, check-in di Grand Plaza Hotel yang terletak di tengah bandar Hatyai, dikelilingi tempat shopping gitu...


Sawadikaaapp...

Pendaftaran peserta marathon dilakukan pada sebelah petang 23/5/2015. Akak ni sekadar suka-suka aje menemankan anak dara akak (dia run lerrr..) join Fun Run pada 24/5/2015 tu.. berjalan sejauh 4km.. jauh jugak tu bagi akak.. heheheee... tak ada maknanya nak berlari.. takut pancit tengah jalan pulak nanti ;) Hatyai Marathon diadakan di Jiranakorn Hatyai Stadiums.  Pada entri kali ini, akak hanya bagi pemanas je dulu ye... cerita lanjut serta gambar-gambar menariknya akan menyusul kemudian nanti. 





Pada hari ke3 kami di Hatyai, kami sempat melawat ke Klonghae Floating Market. Menarik juga tempat tu dan memang penuh dikunjungi pelawat baik dalam atau pun luar negeri. Berbagai makanan dijual dari dalam perahu.





Pada hari ke4, grup kami telah berkurangan seramai 3 orang kerana harus pulang cepat, mereka ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Kami bertolak ke Krabi pula dengan menaiki van yang disewa. Van itu juga sangat selesa dan luas tempat duduknya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Krabi. Terima kasih pada pemandu itu kerana memandu dengan berhati-hati serta berhemah.



Alhamdulillah, kami tiba dengan selamatnya ke Krabi dan terus check-in ke Heritage Hotel. hmmm... cantik hotel ni.. akak suka.. :))



Keesokan harinya, iaitu hari ke2 kami di Krabi  (hari ke5 kami berada di Thailand), kami meneruskan agenda lawatan dengan mengambil pakej Island Hopping (4 islands). Memang best sangat, di samping singgah ke beberapa buah pulau yang cantik, kami juga sempat snorkeling. Begitu indah ciptaan Tuhan semesta alam.



Pada hari ke3 kami di Krabi pula (hari ke6 di Thailand), grup kami semakin mengecil kerana 2 orang lagi telah pun berangkat balik. Agenda diteruskan dengan mengambil pakej untuk melakukan beberapa aktiviti menarik dan ada juga yang agak lasak sikit seperti ATV, Water Rafting, Flying Fox, Elephant Ride. Akhir sekali ke Waterfall di Tonpariwat Wildlife Sanctuary. Memang enjoy dan best sangat-sangat!











Ok... setakat ini dulu pengenalan trip menarik Hatyai-Krabi ini, jumpa lagi di lain entri nanti.. akak jalan dulu ye ;)

vrrommm.. vrrroooooommmmmmmmm....




Pertemuan Nostalgia Di Rumbia, De Palma Hotel

Tanggal 2 Mei 2015... pertemuan nostalgia diadakan di restoran Rumbia, De Palma Hotel. Reunion ini adalah atas usaha Ina..Tapi malangnya, hanya beberapa orang saja yang dapat hadir... Ina, Emie, Lin, Imah, Fizah, Fid, Liza dan Zam. Walau apa pun, terima kasih kami ucapkan atas susah payah Ina mengaturkannya serta sanggup belanja kami semua. Semoga dimurahkan lagi rezeki Ina. Amin.

Kami semua ni belajar di Uitm pada tahun (alamak.. tak ingatlah..huhuuu..) Selepas tu, ada yang melanjutkan pelajaran ke luar negara pula. Sekarang semua dah jadi mak orang dan ada yang dah jadi nenek pun.. Alhamdulillah.. syukur rezki dan nikmat yang Allah swt berikan.



Masing-masing sibuk bercerita. Banyak memori lama keluar kembali. Bagai nak ghak lah kedengaran ketawa sana sini :))








2 orang sahabat ini nampak garang sikit.... heheheee.. jangan marah aaa.. nanti kena jual.. ;)



 Kegembiraan jelas terbayang di wajah kami. Seronok sangat.. at last dapat juga buat Reunion... 
we all still look young and sweet, kan? :))






Semoga lain kali, lebih ramai yang dapat hadir ketika buat reunion lagi.

In Shaa Allah...


Friday 22 May 2015

How A Child Is Born? Proses Kehamilan

Petang tadi, akak terbaca 1 article penuh dengan gambar-gambar mengenai proses kehamilan. Subhanallah! Speechless akak jadinya. Akak telah pun post article tu dalam blog yang lain.. Walaubagaimanapun, akak mahukan ramai pembaca mengetahui mengenainya... so, share di sini juga.


Swedish photographer Lennart Nilsson spent 12 years of his life taking pictures of the foetus developing in the womb. These incredible photographs were taken with conventional cameras with macro lenses, an endoscope and scanning electron microscope. Nilsson used a magnification of hundreds of thousands and “worked” right in the womb. His first photo of the human foetus was taken in 1965.

Sperm in the fallopian tube



Will they have a date?



The fallopian tube



The winning sperm




Haaaaa... nak tau proses selanjutnya?

Ada 22 gambar proses kehamilan ini.

Jom, Klik sini (click to continue)







Thursday 21 May 2015

Salam Sya'ban 2015

Walaupun dah terlewat 2 hari, tetapi masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Salam.. 


اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان


Berikut adalah 2 hadith yang boleh diamalkan untuk bulan Sya'ban:



عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ: وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَامًا فِي شَعْبَانَ

Dari Aisyah R.A berkata: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW melakukan puasa satu bulan penuh kecuali puasa bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat beliau lebih banyak berpuasa sunah melebihi (puasa sunah) di bulan Sya’ban.” (HR. Bukhari no. 1969 dan Muslim no. 1156)


كَانَ أَحَبُّ الشُّهُورِ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَصُومَهُ شَعْبَانَ، ثُمَّ يَصِلُهُ بِرَمَضَانَ

“Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW untuk berpuasa sunah adalah bulan Sya’ban, kemudian beliau menyambungnya dengan puasa Ramadhan.” (HR. Abu Daud no. 2431 dan Ibnu Majah no. 1649)


Sama-samalah kita memperbanyakkan amalan pada malam Nisfu Sya'ban nanti...






Popular Posts