Wednesday 23 December 2015

Salam Maulidur Rasul 1437-1438



Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
[H.R.Al-Sajary daripada Anas]


Apakah Pengertian Maulidur Rasul ?

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.




Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.”    
(Surah al-Anbia, ayat 107).


Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”



TUJUAN SAMBUTAN

1.    Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
2.    Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
3.    Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
4.    Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
  • Beribadah dan mentaati Allah SWT.
  • Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
  • Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
  • Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
  • Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.




Allah SWT berfirman: 
“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia juga menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang)”   
(Surah al-Ahzab, ayat 21).



AMALAN SUNAT MAULID NABI

Daripada membiarkan hari berlalu begitu sahaja, adalah lebh baik kita melakukan;

1.    Puasa sunat
2.    Mandi sunat
3.    Berziarah ke makam Rasulullah SAW.
4.    Mengerjakan amalan-amalan mulia.
5.    Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW.
6.    Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat.
7.   Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti:
  • Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW
  • Syarahan sirah Nabi
  • Forum agama dan perpaduan
  • Marhaban
  • Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

FADILAT MAULIDUR RASUL

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

1.  Berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

2. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud akan diperolehi oleh orang yang mengadakan majlis dan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.

3.  Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan:
  • Menghindarkan kekeringan dan kemarau.
  • Menghilangkan kecelakaan, bala dan penderitaan,
  • Menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian.
  • Memudahkan menjawab soalan-soalan Mungkar dan Nakir apabila mati kelak.
  • Ditempatkan bersama orang-orang yang benar di sisi Allah Subhanahu Wataala.

4.  Rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan:
  • Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.
  • Malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu.
  • Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu.

5.  Kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

6.  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

7.  Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

8.  Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


[sumber]


Thursday 3 December 2015

7 Tips Bagi Muslimat Memasuki Raudhah, Masjid Nabawi Madinah al-Munawwarah

Menjadi impian bagi setiap umat Islam untuk menunaikan Umrah dan Haji bagi melengkapkan Rukun Islam yang ke5. Namun bagi kaum wanita yang berusia di bawah 45 tahun, kerajaan Saudi (jika tak silap saya, berkuatkuasa dari tahun 2013) telah meletakkan syarat iaitu wanita memerlukan mahram (suami, ayah kandung, adik beradik kandung lelaki sahaja) bagi memasuki kota Madinah dan Mekah. Sebelum itu, boleh saja menumpang mahram orang lain dalam grup. Maka, perbanyakkanlah berdoa agar niat suci anda dipermudahkan Allah swt..

Bagi anda yang ingin berkongsi pengalaman akak ketika mengerjakan haji, boleh klik di sini

Kali ini akak hanya menyentuh tentang Masjid Nabawi. Satu hal yang selalu menjadi masalah bagi kaum wanita ialah untuk dapat memasuki ke kawasan Raudhah di Masjid Nabawi kerana ada waktu yang tertentu sahaja yang dibuka untuk wanita sedangkan bagi lelaki ianya dibuka 24 jam, tiada masalah.



Akak akui, memang bukannya mudah..dengan ditolak, ditarik oleh bangsa arab, Iran, India dan Afrika. Mereka ni sangat kuat dan besar saiz badannya. Akak sendiri, selama beberapa kali menunaikan umrah dan haji, juga berhadapan dengan masalah ini. Pernah sekali, ketika sedang solat di barisan kedua dari depan sekali berhadapan makam nabi di Raudhah, ketika akak sedang rukuk, telah ditolak hingga jatuh tersungkur... pernah juga ketika bersujud, orang duduk atas kepala akak... mmm..akak redha je lah..

Apakah yang dimaksudkan dengan Raudhah ini?

Antara Rumahku Dan Mimbarku Terdapat Raudhah (Taman) Syurga

Terdapat riwayat dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, bahwa beliau bersabda, 
ما بين قبري ومنبري روضة من رياض الجنة (المعجم الأوسط للطبراني، 2/120) 
"Di antara kuburanku dan mimbarku terdapat taman (raudhah) di antara taman surga." 
(Al-Mu'jam Al-Ausath, Thabrani, 2/120) 

Kalau dilihat dari luar masjid Nabawi, kawasan Raudhah ini ditandai dengan sebuah kubah hijau.



Dibawah inilah terletaknya makam Nabi Muhammad SAW serta 2 orang sahabat karib baginda, Abu Bakar Ash Shiddiq dan Umar bin Khattab iaitu di sebalik pagar besi ini..





Raudhah” bererti taman. Raudhah merupakan salah satu ruangan di Masjid Nabawi yang banyak dimasuki jamaah untuk memanjatkan doa. Ia terletak di antara kamar Nabi dan mimbar untuk berdakwah.  Luas Raudhah dari arah Timur ke Barat sepanjang 22 m dan dari Utara ke Selatan sepanjang 15 m

Satu area di dalam masjid yang dinamakan Raudhah ini ditandai tiang-tiang putih dengan ornamen kaligrafi yang khas dan juga karpet warna hijau yang menutup lantainya. Warna karpet di Raudhah ini berbeza dengan warna karpet lain dalam Masjid Nabawi yang semuanya berwarna merah. Area Raudhah ditandai dengan karpet hijau. Membentang dari rumah Rasulullah SAW (yang kini menjadi makam beliau) hingga ke mimbar. Sekitar 26 x 15 meter.



Selain area Raudhah (karpet hijau), semua area solat dalam masjid Nabawi berkarpet merah. Jadi selama mana anda masih berpijak di karpet merah, maknanya anda belum lagi sampai di kawasan Raudhah, harap anda dapat menunggu dengan penuh kesabaran.




Di bawah ini akak kongsikan 7 Tips untuk masuk ke Raudhah, yang baru akak dapat tadi yang akak kira cukup bagus (dari Kak Pau, akak copy paste terus)

Tips untuk masuk ke Raudah

Waktu Raudah dibuka setiap hari ialah pada pukul  7.15 pagi hingga ke pukul 1 pagi (ditutup waktu solat fardhu..)..ni tempat wanita..tmpt lelaki kakpau tk pasti..jumaat tutup awal utk solat jumaat.

1. mulakan masuk ke pintu 25 masjid Nabawi dgn kaki kanan sambil berdoa..."ya Allah ya Tuhanku..bukakanlah pintu2 rahmat buat ku ya Allah..bukakanlah pintu2 rezeki juga utk ku ya Allah..."..kemudian terus masuk menuju ke Raudah

2. Sebelum masuk Raudah, solat sunat tahyatul masjid dulu di depan Raudah ( carpet merah) dan isikan masa dgn berzikir atau membaca dan cuba hafal doa Raudah sementara menunggu turn utk masuk.( selalunya petugas Raudah akan suruh kita tunggu hingga turn kita..kalau nasib baik dapat terus masuk)

3. Masuk ke Raudah (carpet warna hijau) dan cuba nyelit nyelit hingga ke paling depan sbb jika kita solat di tgh2 Raudah nanti kena himpit atau pijak

4. mulakan dgn memberi Salam pd Nabi dan 2 sahabat Nabi
* assalamualaika Ya Rasulallah, assalamualaika ya Nabi Allah..assalamualaika ya habiballah
* baca selawat atas Nabi (tahiyat akhir) pastu baca fatihah
* pastu baca assalamualaika ya Abu Bakar Siddiq dan Assalamualaika Omar Khattab...(makam Nabi bersebelahan dgn 2 sahabat ini)
barulah mula solat sunat 2 rakaat.

INGAT..!!!!!!!

5. doa sebanyak yg boleh semasa sujud rakaat kedua..minta apa yg kita nak..insyallah dimakbulkan..jgn angkat kepala selagi belum habis berdoa.Jgn angkat tgn dan berdoa selepas solat sbb nanti kena halau dgn jemaah lain atau petugas Raudah..

6. selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam..berdoa dlm hati...ya Allah..jauhkan aku dari api neraka..jauhkan aku dari siksaan kubur..hindarkan aku dari fitnah hidup dan mati dan hindarkan aku dari fitnah Dajjal..barulah bagi salam.Selalunya selepas salam, kakpau sujud semula utk berdoa dlm beberapa minit..

7.Bangun dan bg peluang pd org belakang kita pula utk solat..terus keluar sambil terus berdoa hingga keluar dari karpet hijau..


Oh ye... 1 tips dari akak... yang baru akak praktikkan pada tahun 2014 iaitu pakai purdah hitam serta jubah hitam seperti orang arab ketika pergi ke Masjid Nabawi, in shaa Allah mudah sedikit kerana petugas-petugas di situ memberi 'proriti' ketika kita masuk melalui pintu masjid bahagian wanita serta bila queue, tika dah hampir memasuki ke Raudhah, penjaga di situ menyuruh kita masuk cepat sebab ingat kita ni orang arab :))



Semoga anda mendapat serba sedikit info bagi membantu anda sebelum sampai ke Raudhah nanti dan semoga perjalanan anda dipermudahkan ..amiin...


Tuesday 1 December 2015

Bersantai di Air Terjun Sungai Pasu Dalam Hutan Simpan Behrang-Slim River

Pagi ni kami perangatkan makanan dari BBQ semalam yang banyak lagi tu untuk breakfast...  dan ditambah pula dengan nasi lemak lagi serta karipap dan popia goreng yang baru dibawa untuk kami pagi ini sambil menikmati pemandangan hijau di Diamond Creek ini.






Ooohhhh..lupa plak nak cerita..tentang mamat 2 orang ni yang sampai ke homestay ni subuh-subuh pukul 4 pagi... masa tu manalah ada kami berjaga lagi kan.. hmmmm... jawabnya mereka ni kena tidur luar rumah lah... pandai cari port ye...pegi tidur kat pondok di depan banglo ni.. kebetulan memang ada 2 buah pondok... satu sorang ler... hahahaaaa... kesian tengok, bengkok kaki.. bergolek tidur :)

Lebih kurang pukul 5.15 pagi akak terjaga, kawan sekatil pun terjaga juga waktu itu dan saja godek-godek online data handfon..terus terbaca yang dua orang ni dah sampai tapi tak lepas masuk, pintu berkunci...heheheee..


Lapar ye ? heheheee :))




Tak sabar menunggu jeep dan tour guide orang asli sampai...


haaa.. dah sampai pun.. tapi kita bagi dia breakfast dulu ye..


Ini ialah tour guide kami, orang asli...namanya abang Nawi..


dan ini pula ialah tuan punya bungalow  yang kami tinggal ini.. En. Azlan, seorang profesor dalam bidang multimedia sedang memberi taklimat tentang Diamond Creek. Menurutnya, projek asal kawasan ini adalah untuk dijadikan sebuah Golf Resort, setanding dengan bukit Rahman Putra... namun ianya telah terbengkalai terus.


Berkemas dan bawa bekalan untuk ke air terjun..
gerenti kelaparan lepas lama berendam nanti


Jeep disewa dengan harga RM100 beserta dengan tour guide sekali. 
Kami menggunakan khidmat jeep ini kerana terdapat kanak-kanak sekali yang mengikuti kami. 

Masing-masing excited nak naik jeep ni.. :))

tak muat nak sumbat semua orang sekali dalam jeep tu, so kena bawa sebiji kereta dan park setengah jalan ke air terjun nanti, ganti naik jeep pula lepas tu..


Subhanallah! Cantiknya pemandangan...






Melalui pintu gerbang proton city


Sejuk mata memandang sambil menyerap oksigen sebanyak mungkin


Ok, first trip dihantar dulu...
Perjalanan dengan jeep ke dalam selama lebih kurang 10 minit dan selepas itu kami harus mendaki bukit hingga sampai ke air terjun lebih kurang 20 minit


Jalan masuk ke track air terjun ni lecak..




berehat di pondok ni sekejap sementara trip kedua sampai..




Start mendaki bukit


Alhamdulillah, dah sampai.. :))
Air terjun sg. pasu ni 3 tingkat jumlahnya..










 Seronoknya anak-anak ini makan, mandi manda dan berkelah..












Ok... hari dah nak hujan. Kami disuruh siap untuk beredar...  






separuh berjalan kaki keluar..




Kami nak balik dah..







Muka-muka yang tersenyum puas selepas berendam di air terjum Sungai Pasu dalam hutan simpan Behrang ini. Hari pun dah start hujan ni.. Ok, jom kita balik ye..


Sampai jumpa lagi di lain kali !


Popular Posts