Showing posts with label Jiranakorn Hatyai Stadiums. Show all posts
Showing posts with label Jiranakorn Hatyai Stadiums. Show all posts

Friday, 5 June 2015

Hat Yai (Part 3)

Thailand - Hat Yai (Part 3) - 
Pendaftaran Hatyai International Marathon

Yeayyyy...stop stop...
kita dah sampai ke pintu masuk Stadium, tempat pendaftaran untuk hatyai marathon... mendaftar pada 23/5/2015 dan acara Marathon ini akan berlangsung keesokannya iaitu 24/5/2015.



Welcome.. welcome...




Jom masuk... haaaa.. jeng jenggg... Anda nampak tak apa yang ditulis di meja itu? Mataku terbeliak seketika. Ada sesuatu yang agak memeranjatkan kami semua, menjadi tanda tanya pula... kenapa harus bagi benda tu pulak? Apa kena mengenanya dengan marathon? hmmm.. last last kami semua tergelak je lah..



hmmm.. pedulikan lah.. jom masuk ke dalam..







Kena isi borang dulu, lepas tu baru buat payment...



Lepas tu, baru beratur untuk ambik T-shirt dan nombor







yeayyy...



Okeyyyy... happy nya semua.. kami dah dapat nombor dan T-shirt :))









ehhh.. ada trophy.. boleh eksen bergambar ni...



Dah settle daftar, jom keluar.. tinjau apa yang ada di luar sana tu...

Ini ialah pentas untuk penerimaan hadiah nanti.



Banyaknya gerai... macam-macam adaaaa...



Ada pulak yang nak beli seluar track lah, ada yang nak cari kasut sukan lah masa ni.. termasuklah akak sendiri..heheee...







Okeyyyy... dah dapat apa yang dicari..


Sementara tu, akak juga ada menjenguk-jenguk ke tempat orang buat persediaan makanan untuk hari esoknya tu.. waahhh.. macam-macam ada...










Dah penat... nak duduklah. Tapi kalau nak ambik makanan free tu kena beratur lah...




Tekak pun dah terasa haus ni... jom minum... makan free pun ada... tapi sebab kami semua ni masih kenyang, so minum air mineral aje lah. 

Ada 2 orang je yang rasa makanan free tu.. Akak pulak dah terrr..suka dengan air energy ni... dok ulang berapa kali dah.. nakai hang ! :D





Wahhh...siap ada massage kaki free lagi. Bolehlah nak betulkan urat-urat yang bersimpul kat kaki tu.. So, apa lagi...rebutlah peluang keemasan ini! Bestnya rasa kaki akak lepas diurut.. :))



Ok..dah settle semua.. jom balik hotel naik tup tup... best jugak berimpit-impit ni.. :))



Jumpa lagi nanti....


-next-




Saturday, 30 May 2015

Hatyai Marathon - Krabi Trip 2015 Fantastic!

Assalamualaikum...

Sebetulnya akak ni baru 3 hari balik dari Hatyai-Krabi, Thailand. Agenda sebenarnya untuk trip itu ialah menyertai Hatyai Marathon. Selepas itu, pandai-pandailah buat agenda tambahan sendiri untuk menjadikan trip itu happening kannnn... :))

Grup kami seramai 13 orang berlepas ke Hatyai dengan menaiki bas dari Puduraya pada 22/5/2015 jam 10.30 malam. Wahhh... selesa betul bas ni dengan kerusinya yang luas. Sewaktu bas keluar dari puduraya, jalan masih lagi jem di sana sini. Sepanjang perjalanan tu apa lagi..tidurlah..dah memang waktu tidur pun :)  Lagi pun, ramai yang keletihan kerana siangnya masih kena bekerja.. 

Dalam perjalanan, banyak kali juga bas berhenti untuk rehat dan makan. Alhamdulillah, kami sampai di Hatyai lebih kurang jam 9 pagi 23/5/2015 dan terus breakfast. Selepas itu, check-in di Grand Plaza Hotel yang terletak di tengah bandar Hatyai, dikelilingi tempat shopping gitu...


Sawadikaaapp...

Pendaftaran peserta marathon dilakukan pada sebelah petang 23/5/2015. Akak ni sekadar suka-suka aje menemankan anak dara akak (dia run lerrr..) join Fun Run pada 24/5/2015 tu.. berjalan sejauh 4km.. jauh jugak tu bagi akak.. heheheee... tak ada maknanya nak berlari.. takut pancit tengah jalan pulak nanti ;) Hatyai Marathon diadakan di Jiranakorn Hatyai Stadiums.  Pada entri kali ini, akak hanya bagi pemanas je dulu ye... cerita lanjut serta gambar-gambar menariknya akan menyusul kemudian nanti. 





Pada hari ke3 kami di Hatyai, kami sempat melawat ke Klonghae Floating Market. Menarik juga tempat tu dan memang penuh dikunjungi pelawat baik dalam atau pun luar negeri. Berbagai makanan dijual dari dalam perahu.





Pada hari ke4, grup kami telah berkurangan seramai 3 orang kerana harus pulang cepat, mereka ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Kami bertolak ke Krabi pula dengan menaiki van yang disewa. Van itu juga sangat selesa dan luas tempat duduknya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Krabi. Terima kasih pada pemandu itu kerana memandu dengan berhati-hati serta berhemah.



Alhamdulillah, kami tiba dengan selamatnya ke Krabi dan terus check-in ke Heritage Hotel. hmmm... cantik hotel ni.. akak suka.. :))



Keesokan harinya, iaitu hari ke2 kami di Krabi  (hari ke5 kami berada di Thailand), kami meneruskan agenda lawatan dengan mengambil pakej Island Hopping (4 islands). Memang best sangat, di samping singgah ke beberapa buah pulau yang cantik, kami juga sempat snorkeling. Begitu indah ciptaan Tuhan semesta alam.



Pada hari ke3 kami di Krabi pula (hari ke6 di Thailand), grup kami semakin mengecil kerana 2 orang lagi telah pun berangkat balik. Agenda diteruskan dengan mengambil pakej untuk melakukan beberapa aktiviti menarik dan ada juga yang agak lasak sikit seperti ATV, Water Rafting, Flying Fox, Elephant Ride. Akhir sekali ke Waterfall di Tonpariwat Wildlife Sanctuary. Memang enjoy dan best sangat-sangat!











Ok... setakat ini dulu pengenalan trip menarik Hatyai-Krabi ini, jumpa lagi di lain entri nanti.. akak jalan dulu ye ;)

vrrommm.. vrrroooooommmmmmmmm....




Popular Posts