Alhamdulillah, dah sampai ke houseboat yang bernama "HOLLAND" yang kami booking untuk 2 malam dari booking.com . Rasanya ini ialah houseboat yang paling murah yang kawan saya search... kami dapat deal 295 euro untuk 2 bilik for 2 nights (kami bertiga).
Check-in...
Dalam boat ini... saya menginap di bilik no.6 dan 2 orang kawanku itu di bilik sebelah.
Biliknya memanglah sangat sempit, tapi seronok jugaklah... mendapat pengalaman baru. Cuma teramat sejuk. Heaternya tak berapa kuat. Merekot sekali aku tidur kesejukan..
bilik air... sebelah kiri sink ialah tempat memerut dan sebelah kanan sink tu tempat shower.. memang sempit sangat.. kalau orang yang saiz besar lagi dari ku, memang tak muat.. heheheee :))
Couple ini ialah owner houseboat "Holland" ini..
Very friendly owner Alexandr and Rachel
Dia orang beli Houseboat ni dah 3 tahun dan memang tinggal dalam tu.
Setelah masukkan beg dalam bilik, kami lunch sekejap kat sini selepas nasi dimasak... sambil buat air kopi..
owner houseboat tu perhati je.. heheee.. agaknya dalam hati dia orang berkata makan apa lah dia orang ni..sebab ada bau kari dan sewaktu dengannya... :D
Setelah mengisi perut, cuaca pun dah bagus, kami pun keluar untuk berjalan-jalan di bandar Amsterdam, tapi ambil gambar dulu dari atas deck houseboat..
(gambar ni diambil pada keesokan paginya.. cantik sangat scenery nya)
pemandangan di sebelahnya...
Bila dah penat, kami pulang ke Houseboat untuk berehat. Sayangnya wifi tak dapat dalam bilik, Coverage hanya di ruangan bilik rehat saja.. huhuuuu.. leceh jugak tu.. badan pun dah penat sangat, tak payah ber'wifi' sangat.. tidur je lah :D
Esok paginya kami breakfast dalam kapal, ada roti toast, pancake (kita panggil lempeng lah), telur rebus, cereal dan bermacam jenis jem, butter, cheese... tapi yang hanya ku boleh makan ialah cereal dan roti saja.. Maklumlah, was-was dengan minyak masaknya.. Minuman pula, ada coffee, orange juice, hot chocolate. Not bad...
Ini je lah makanan yang ku ambil... Alhamdulillah.. kenyang jugak :)
Oh ye, ini ialah kawan baru ku, berkenalan di atas houseboat ini semasa breakfast tadi, dia datang nak join sekali. Namanya, Naho Kyotani, single traveller dari Jepun. Cute orangnya...
3 orang ni ialah anak pada owner houseboat tu. Saya suka sangat tengok rambut anak lelaki dia yang besar tu :))
Sebelum check-out pada hari yang kedua, sempat lagi berposing :))
On the way naik tangga, sempat kutip sikit discount card ni yang tergantung di dinding sebelah tangga tu.. rupanya kalau nak beli tiket masuk ke tempat-tempat tu, boleh dapat diskaun dengan card ini..
Sedang tunggu teksi ni...
oleh sebab beg masing-masing dah beranak, so kena naik teksi lah jawabnya pergi ke airport, dah tak larat nak jalan kaki ke central station dan nak mengheret banyak beg naik train ke airport dah :))
Bye houseboat.. selamat tinggal !
Seronok juga dapat experience kat sini :)
so, ini ialah alamat tempat houseboat ni..
Sebelum saya menulis tentang departure kami nanti, dalam next entri ni, saya akan abadikan gambar-gambar yang menarik di sekitar bandar Amsterdam ini semasa kami pergi sightseeing selama 2 hari. Tunggu tau ! :))
No comments:
Post a Comment