Friday 27 February 2015

Amsterdam - Here I Come

Assalamualaikum pembaca blog ku yang budiman,

Lama ku tak update entri travel holiday ku ye.. Sebenarnya saya baru balik dari holiday minggu lepas ni. Masih ter mamai-mamai lagi rasanya kepala ni. Ok, kali ini, saya nak share kan pengalaman travel saya ke Amsterdam baru-baru ini dengan flight Garuda (sebab nakkan murah.. hik..) iaitu pada 17/2/2015 yang mana kena transit di Jakarta dulu selama 8 jam.  

Ini adalah kali kedua saya sampai ke negara Amsterdam. Kali pertama pada tahun 2013 dulu, semasa pergi ke London, cuma sempat singgah 2 hari saja...tak puas rasanya. Jadi kali ini, nak puas-puas lah... percutian semata-mata untuk cover di Amsterdam saja :)

Sebenarnya, percutian ini tidak dirancang awal. Seorang kawanku call, saja borak-borak sambil bagi tau yang dia dah book flight ke Amsterdam... murah tiketnya, katanya. Setelah soal siasat, saya pun terus ingin mengikutnya. Saya hanya ada masa 10 hari saja untuk settle apa-apa yang patut sebelum fly.. sibuk jugak lah dibuatnya!



Kali ini saya pergi bersama-sama 2 orang kawan yang sekepala gitu...

Nampak tak muka happy tu, baru ambik boarding pass :)



Dengan Bismillah aku melangkah ke perut kapal...

hmmm... dalam flight sempat selfie lagi sebelum off handfon tu :)


Pertama kali menaiki pesawat Garuda...hatiku tak tenang dari mula lagi. Terasa bagai pilotnya kurang mahir... well..itu lah yang ku rasakan sebenarnya. Hati berdebak-debuk aje.. Take-off pun agak merisaukan...


Alhamdulillah, selamat mendarat di Soekarno Hatta Airport. Sejurus mendarat dan keluar dari kapalterbang, kami memberitahu pegawai di situ bahawa kami transit, lalu terus kami dibawa ke Emerald Sky Lounge di Soekarno Hatta Airport Terminal 2. 



Seronok jugak dapat makan minum serta wifi free ni. Terasa macam ala-ala VIP gitu :))






Ok, it's time untuk boarding ke Amsterdam...



Jumpa lagi di next entri nanti...
Saya akan kongsikan pengalaman semasa di Windmills-Zaanse Schans, Volendam Fishing Village, Cheese Factory-Volendam dan Houseboat di Oosterdok serta pemandangan yang menarik dan mempersonakan di sekitar bandaraya Amsterdam. Tungguuuuuu... :))


Ok..sementara tu, akak belanja video dulu ye :))



Ikuti sambungannya di bawah ini...


No comments:

Post a Comment

Popular Posts