Tuesday 8 September 2015

Hat Yai (Part 7)

Thailand - Hat Yai (Part 7) - Depart to Krabi
Keesokan paginya, selepas breakfast, kami pun berangkat ke Krabi dengan menaiki van yang telah pun ditempah awal.

Ini lah van yang akan membawa kami ke Krabi nanti..


hmmmm...kerusinya.. sangat selesa...







Dah tengahari, perut pun dah berbunyi...
Kami berhenti untuk makan tengahari di restoran halal ini.








Setelah kenyang, kami keluar ke bahagian hadapan yang mana ada dijual dengan berbagai kudapan dan juga kek serta muffin...













Di sebelah luar kedai ini juga ada dijual dengan berbagai street food...








Wahhh.. cik adik ni sedang menikmati aiskrim nya...



terdapat juga berbagai barangan souvenirs yang dijual di sini...






Setelah selesai membeli apa yang teringin, kami pun meneruskan perjalanan lagi.



Ini ialah driver van yang 'cool' yang telah membawa kami dari Hatyai ke Krabi.



Alhamdulillah.. kami dah sampai dengan selamatnya...
Di Krabi ini, kami akan tinggal di Hotel Krabi Heritage


Suasana di sekitar hotel ini amat mendamaikan. 
Jika anda nak baca review akak tentang hotel ini, klik sini.


Okeyyy... akak nak check-in hotel dulu.. jumpa lagi nanti.. :))


- [next] -






2 comments:

  1. Menarik baca trip ke HatYai dan Krabi tu. Saya plan untuk bawa keluarga pada hujung tahun ini, naik bas dari KL. Kalau boleh, mohon share camna nak arrange groud trip kat sana. Plan asal nak ke Hatyai jer, tapi jika boleh pergi lebih jauh, menarik juga. harun.ahmad@ymail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sebenarnya main redah je ground tu.. cuma hotel tu booking awal di online. Van boleh cari di kedai yang jual tour pakej di sana.

      Delete

Popular Posts