Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Tuesday, 5 July 2016

Airmata Ramadhan 1437

Salam Ramadhan yang terakhir 1437...


MENANGISLAH...

Menangislah..
Sebelum Ramadhan Pergi.....
Kita pernah berjanji akan meng-khatamkan Qur'an..
Setelah Ramadhan di akhir hitungan, kita tak jua beranjak dari juz2 awalan..

Menangislah..
Sebelum Ramadhan Pergi ........
Kita pernah berjanji akan menyempurnakan 'qiyamullayl' yang lompong penuh tampalan..
Setelah Ramadhan di akhir hitungan, kita tak jua menyempurnakan bilangan..

Menangislah..
Sebelum Ramadhan Pergi .......
Kita berdoa sejak Rajab dan Sya'ban agar 'disampaikan' ke Ramadhan..
Setelah Ramadhan di akhir hitungan..
Ternyata masih juga tak bisa menahan dari kesia-siaan..
Ternyata masih juga tak bisa menambah ibadah sunnah..
Bahkan..
Hampir terlewat dari menunaikan yang wajib...

Menangislah... 
wahai saudaraku.......
Biar butir bening itu jadi saksi di yaumil akhir..
Bahwa ada seorang hamba yang bodoh, lalai, sombong lagi terleka..
Sehingga Ramadhan yang mulia pun tersia-sia..

Menangislah..
Dan tuntaskan semuanya malam ini..
Mulai dengan i'tikaf yang belum juga kita kerjakan..
atas lembaran Qur'an yang menunggu dikhatamkan..
atas lembaran mata wang yang menunggu disalurkan..
atas solat sunnah yang menunggu jadi amal tambahan.

Menangislah..
Lebih keras lagi...
Karena Allah tidak menjanjikan apapun untuk *Ramadhan tahun hadapan..
Apakah kita masih disertakan..




MUNAJAT SEBELUM BERPISAH DENGAN RAMADHAN

Sebagai adab berdoa maka awalilah dan akhirilah doa anda dengan puji2an kepada Allah SWT dan selawat kepada Nabi Muhammad saw.

Ya Allah Tuhan kami..
Engkau Maha Tahu banyk perkara tersembunyi pada diri kami maka tolong Engkau perbaiki semuanya.

Ya Hayyu Ya Qayyum..
Engkau Maha Tahu apa yang kami hajatkan. Oleh itu tolong Engkau kabul semua hajat kami.

Ya Zaljalaali Wal Ikraam..
Engkau Maha Tahu sangat banyak dosa dan kesilapan kami, oleh itu tolonglah Engkau ampunkan semua kesalahan dan dosa kami.

Ya Fattah Ya A'liim..
Engkau Maha Tahu akan cacat cela dan keaiban kami, oleh itu tolong Engkau tutupkan segala keburukan dan marwah kami.

Ya Arhamarrohimiin.. 
Engkau Maha Tahu siapa insan yang paling kami sayangi. Oleh itu muliakanlah kami dan mereka dan mudahknlah bagi kami dan mereka jalan jalan untuk menuju kepada Redha dan Syurga-Mu.

Ya Haliim Ya Waduud Janganlah Engkau pergilirkan hari-hari yang kami dan orang-orang yang kami sayangi lalui dengan keburukan kecuali Engkau jauhkanlah kami dan mereka daripada keburukan itu.

Demikian juga tiada kesempitan kecuali Engkau lapangkn, tiada dosa kecuali Engkau ampunkan, tiada keaiban kecuali Engkau tutupkan, dan tiada doa kecuali Engkau kabulkan semuanya.

Ya Saami'ussaut..
Pada hari-hari akhir bulan Ramadhan yang penuh berkah ini kami mohon kiranya Engkau limpahkan kpd kami dan orang-orang yang kami sayangi, Rahmat-Mu, Keampunan-Mu, Kemaafan-Mu.

Ya Mujibussaa'liin..
Kami mohon kiranya janganlah Engkau jadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang terakhir bagi kami. Tapi berilah kami peluang untuk bertemu lagi dengan bebrapa Ramadhan yang akan datang supaya kami dapat menambah bekalan akhirat kami.

Aamiin...ya rabbal'alamin..






Friday, 10 June 2016

Bagaimanakah Sunnah Yang Dianjurkan Berbuka Puasa


BERBUKA PUASA




1. Bilakah waktu berbuka ?
- Apabila tenggelam matahari 


2. Menyegerakan berbuka (tidak menangguhkannya)
- Dari Amru bin Maimun Al-Audi, telah berkata :

[ كان أصحاب محمد أسرع الناس إفطارا و أبطأهم سحورا ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya sahabat Muhammad adalah orang yang paling cepat berbuka dan paling lambat bersuhur ” [HR Abdurrazzaq : 7591][1]

Mengapakah perlu segera berbuka ?

a. Dapat menghasilkan kebaikan
Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :
[ لا يزال الناس بخير ما ععجلوا الفطر ]
Maksudnya : ” Manusia tidak akan sunyi dari kebaikan selama mana menyegerakan berbuka puasa ” [HR Al-Bukhari : 1856, Muslim : 1093]

b. Ia merupakan sunnah Rasulullah :

Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :
[ لا تزال أمتي على سنتي ما لم تنتظر بفطرها النجوم ]

Maksudnya : ” Umatku akan sentiasa dalam sunnahku selama mana mereka tidak menunggu bintang untuk berbuka puasa “. [HR Ibnu Hibban : 891][2]

c. Mengelakkan dari menyerupai amalan yahudi dan nasrani

Dari Abu Hurairah, Nabi r  bersabda :
[ لا يزال الدين ظاهرا ما عجل الناس الفطر، لأن اليهود و النصارى يؤخرون ]

Maksudnya : ” Agama ini akan sentiasa menang selama mana manusia menyegerakan berbuka, kerana yahudi dan nasrani mengakhirkannya “. 
[HR Abu Daud : 2353][3]


3. Berbuka sebelum solat maghrib

Dari Anas bin Malik :
[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطرقبل أن يصلي ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka sebelum solat “. [HR Abu Daud : 2356][4]


4. Dengan apa berbuka ?

Dari Anas bin Malik :
[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي ، فإن لم يكن رطبات فتمرات ، فإن لم يكن تمرات ؛ حسا حسوات من ماء ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air “. 
[HR Abu Daud : 2356]


5. Apakah doa berbuka puasa ?

- Berdoalah dengan apa-apa doa pun, cuma alangkah baiknya kita dapat mencontohi doa Rasulullah, kerana Baginda tidak akan melafazkan sesuatu melainkan padanya pasti ada kebaikan. Sesungguhnya doa orang yang berpuasa sebelum berbuka adalah doa yang mustajab insyaAllah, sebagaimana diriwayatkan dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah :

[ ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حين يفطر، و الإمام العادل، و دعوة المظلوم ]

Maksudnya : ” Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa di saat berbuka, imam yang adil, dan orang yang dizalimi “. 
[HR At-Tirmidzi : 2526][5]

- Doa yang thabit serta shahih dari Nabi ketika berbuka adalah :

[ ذهب الظَمَأُ وابتَلَّتِ العُروق، وثَبَتَ الأجر إن شاء الله ]
Maksudnya : ” Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat, dan telah ditetapkan pahala insyaAllah ” [HR Abu Daud : 2357][6]

- Adapun doa :
[ اللهم لك صمت، وعلى رزقك أفطرت ]

Maksudnya : 
” Ya Allah, ya Tuhan kami, kerana-Mu kami berpuasa, dan atas rezeki-Mu kami berbuka”.[HR Abu Daud : 2358]

Hadis yang menyebut tentang doa ini, adalah dari riwayat Mu’az bin Zuhrah. Beliau bukan sahabat sebaliknya beliau adalah tabi’in (generasi selepas sahabat Nabi r). Tetapi beliau telah meriwayatkan hadis ini secara langsung dari Nabi r. Dalam ilmu mustolah, hadis ini dikenali sebagai hadis mursal, kerana tabi’in meriwayatkan dari Nabi r sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan Nabi  r. Hadis mursal mengikut muhaddithin adalah hadis yang lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. 

Syeikh Salim ‘Eid Al-Hilali dalam Nailul Authar Bi Takhrij Ahadisil Azkar[7], menyebut : Sanad hadis ini lemah kerana 3 kecacatan :
Mu’az bin Zuhrah tidak dikenali (مجهول)
Hadis ini mursal, kerana Mu’az adalah tabi’i Perawi dari Mu’az adalah seorang lelaki yang tidak diketahui namanya (مبهم)

Oleh itu, untuk menyandarkan doa ini kepada Nabi adalah salah sama sekali!! Sebaliknya, jika seseorang itu ingin berdoa tanpa menyandarkannya kepada Nabi, maka perkara itu dibolehkan. Tetapi alangkah baiknya, melafazkan kalimah yang dilafazkan oleh manusia yang paling mulia iaitu Rasulullah.


6. Dianjurkan memberi makan untuk orang berbuka puasa

- Nabi bersabda :

[ من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا ]
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun dari pahalanya ” [HR At-Tirmidzi : 804, Ibnu majah : 1746][8]

- Apakah doa untuk orang yang memberi makan kepada kita ?

Antaranya[9] : dari Miqdad, Nabi r bersabda :
[ اللهم أطعم من أطعمني، و اسق من سقاني ]
Maksudnya : ” Ya Allah ya Tuhan kami, berilah makan kepada orang yang memberi makan kepada kami, dan berilah minum kepada orang yang memberi minum kepada kami “. [HR Muslim : 2055].


[1] Sanadnya Shahih, lihat Fathul Bari : 4/199.
[2] Sanadnya Shahih, lihat (صفة صوم النبي) oleh syeikh Salim Al-Hilali dan Syeikh Ali Al-Halabi:mks 63.
[3] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2063.
[4] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani :  2065.  Penyusun telah meringkaskan hadis ini tanpa mengubah maknanya. Perkara seperti ini diperbolehkan dalam ilmu hadis selagimana ia tidak mengubah makna serta tujuan hadis.
Lihat perbahasan ini dalam Manhaju Annaqd Fi ‘Ulumil Hadis, oleh Dr. Nuruddin ‘Itr : mks : 231.
[5] Sanadnya Shahih, lihat Silsilah Asshahihah, oleh Syeikh Al-Albani : 1797.
[6] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2066.
[7] 1/438. Kitab ini bertujuan menilai semula kedudukan hadis-hadis dalam kitab Al-Azkar oleh Imam Annawawi.
[8] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Ibni Majah oleh Syeikh Al-Albani : 1417.
[9] Untuk mengetahui selain dari doa di atas,lihat (حصن المسلم) oleh Syeikh Said bin Ali Al-Qahthani.

sumber




Wednesday, 8 June 2016

Apa itu IMSAK ?


Apa itu IMSAK ?

Imsak hanya dikenal di Asia Tenggara (Khususnya Indonesia), kemungkinan yg Membuat Ajaran Imsak Ini Berniat Baik Agar Kita Ada Waktu Untuk Bersiap Diri Melaksanakan Sholat Dan Mempersiapkan Waktu Terbitnya Fajar.

Namun dia lupa bahwa Islam yang diajarkan Rasulullah SAW...
Sudah sempurna sehingga tidak perlu ditambah atau dikurangi. Akibatnya pada hari ini Banyk umat menganggap batas akhir makan sahur adalah Imsak sehingga menghilangkan Ajaran Rasulullah Saw yg Sesungguhnya.

Dalil:
"Jika salah seorang dari kamu mendengar adzan sedangkan ia masih memegang piring (makanan), Maka Janganlah Ia Meletakkannya Hingga Ia Menyelesaikan Hajatnya (makannya).

[HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, Hakim, dishahihkan oleh Adz Zahabi]
Ibnu Umar berkata, "Alqamah Bin Alatsah Pernah Bersama Rasulullah, Kemudian Datang Bilal akan mengumandangkan adzan, kemudian Rasulullah Saw Bersabda, "Tunggu sebentar wahai bilal..!, Alqamah sedang makan sahur".
[Hadis ini dihasankan oleh Syaikh Al Albani]

"Dan Makan Dan Minumlah Kamu Hingga Terang Bagimu Benang Putih Dan Benang Hitam Yaitu Fajar". 
(QS Al Baqarah 2 : 187)

Jadi sahabatku, batas santap sahur adalah waktu fajar (saat adzan subuh/fajar), *Bukan IMSAK.*

"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah". (QS Al Hasyr 59 : 7)


بَارَكَ اللهُ فِيْك




Monday, 1 June 2015

Salam Nisfu Syaaban 2015


Nisfu Syaaban adalah hari ke 15 atau hari pertengahan dalam bulan Syaaban mengikut Kalendar Hijrah.  

Tarikh Malam Nisfu Syaaban
14 Syaaban 1436 - 1 Jun 2015, Isnin : Sebaik sahaja selepas waktu Maghrib  





MALAM NISFU SYAABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.




Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).


AMALAN BULAN SYAABAN

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


Bertaubat 

Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."  Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.

Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhirKhamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). 

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.” Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). 

Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi:“Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”. 


PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN

Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.


sumber


Wednesday, 2 July 2014

Salam Ramadhan 2014

Assalamualaikum para pembaca budiman...

Salam 4 Ramadhan...

Baru ini saya berkesempatan untuk mengucapkan salam Ramadhan...

Diharapkan anda semua sihat sejahtera di dalam menjalani ibadah puasa ini.. 

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.” (Bukhari & Muslim)





APAKAH KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Sila klik sini...

dan juga ada saya kongsikan di situ Doa Selepas Tarawih, iaitu MUNAJAT RAMADHAN yang menusuk kalbu yang saya dapat dari seorang sahabat...

Bacalah dengan penuh khusyuk...



Sunday, 1 June 2014

Salam Sya'aban

Assalamualaikum,

Salam Sya'ban.. 

Bulan Sya’ban adalah bulan Nabi, merupakan salah satu bulan yang dirahmati oleh Allah SWT, dimana pada bulan ini terdapat apa yang dinamakan malam nisfu Sya’ban.




Malam Nisfu Sya'ban jatuh pada tanggal 15 Sya’ban 1434 bersamaan dengan 13 Jun 2014 (hari khamis malam jumaat). Jadi jika ingin Puasa Nisfu Sya’ban, pada hari Jumat 13 Jun 2014.

Dalam hadis Ali, Rasulullah bersabda: "Malam nisfu Sya'ban, maka hidupkanlah dengan salat dan puasalah pada siang harinya, sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam itu, lalu Allah bersabda: "Orang yang meminta ampunan akan Aku ampuni, orang yang meminta rizqi akan Aku beri dia rizqi, orang-orang yang mendapatkan cobaan maka aku bebaskan, hingga fajar menyingsing." (H.R. Ibnu Majah dengan sanad lemah). 

Ulama berpendapat bahwa hadis lemah dapat digunakan untuk Fadlail A'mal (keutamaan amal). Walaupun hadis-hadis tersebut tidak sahih, namun melihat dari hadis-hadis lain yang menunjukkan kautamaan bulan Sya'ban, dapat diambil kesimpulan bahwa malam Nisfu Sya'ban jelas mempunyai keuatamana dibandingkan dengan malam-malam lainnya.

Antara Peristiwa di Bulan Sya’ban:

* Malam Nisfu Sya’ban pada 14 Sya’ban. Keagungan malam Nisfu Sya’ban seumpama keagungan Rejab dengan malam Isra’  Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.

* Berlaku penukaran qiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya’ban.

* Berlaku peperangan Bani Mustalik pada bulan Sya’ban tahun kelima hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam


* Perang Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


Sama-samalah kita mengejar keredhaannya di bulan Sya'ban ini...




Monday, 30 July 2012

Ramadan Kareem

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.... 
       Salam Ramadan...
Ramadan Kareem...


Apa kabar semua di dalam menjalani ibadah puasa ini? Harap semua sihat sejahtera hendaknya... 



Terasa cepat betul masa berlalu... 
sedar tak sedar dah masuk 
hari ke 10 Ramadan... 
Syukur Alhamdulillah... 
  
Bila tiba saja bulan Ramadan yang mulia ini, semua pintu-pintu Syurga akan terbuka dan semua pintu-pintu Neraka akan ditutup dan semua syaitan-syaitan akan dibelenggu. 
Out you go !!!
Maka, inilah masanya untuk kita mempertingkatkan 
keimanan & ketaqwaan kita...

Kita telah pun selesai fasa pertama... iaitu awal Ramadan (10 hari pertama bulan Ramadan) dan insyaallah, esok kita akan masuk ke fasa kedua... iaitu pertengahan Ramadan. Maka ayuhlah kita berlumba-lumba mencari keredhaanNya... memohon keampunanNya...


Alangkah seronoknya jika dapat merasai pengalaman tika 
berbuka puasa di tanah suci 
Mekah & Madinah... 
Bila lah agaknya ye?   
Iftar di Madinah


Amalan zikir yang paling mulia 
untuk diamalkan ialah   














 Puasa BUKAN hanya setakat menahan lapar dan dahaga, tetapi JUGA memberi SEDEKAH....

serta.....


Jangan lupa untuk menunaikan SOLAT TERAWIKH... 





Ayuhhhh... 
Sibukkan lah diri kita untuk 
mencari KEBAIKAN dan bukannya mencari KEJAHATAN...


SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA....

Popular Posts