Showing posts with label Berbuka Puasa. Show all posts
Showing posts with label Berbuka Puasa. Show all posts

Friday, 19 June 2015

Amalan Kesukaan Nabi Muhammad SAW Di Bulan Ramadhan




Amalan Kesukaan Nabi Muhammad SAW Di Bulan Ramadhan

AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” 
(Hadis riwayat Bukhari)


Membaca al-Quran

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” 
(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”


Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” 
(Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)


Qiamullail

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)


Solat tarawih

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.


Mengerjakan Umrah

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” 
(Hadis riwayat Bukhari)


Zakat Fitrah

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.



Thursday, 3 July 2014

Mee Rebus

Assalamualaikum...

Apa hal lah pulak akak tertengok gambar Mee Rebus ni tadi? Meleleh air liur lah pulak rasanya pulak pagi2 ni.. :D

terus tengok resepi dan rasa nak kongsikan bersama...


Mi Rebus Keledek

Mee Rebus

BAHAN-BAHAN:
160gm mi kuning | dicelur
3 hiris tauhu | digoreng
½ biji telur rebus
3 hiris cucur goreng
2 sudu makan tauge |dicelur
1 biji limau kasturi
1 ekor udang goreng tepung

Bahan Kuah:
1kg ubi keledek |direbus dan dikisar halus
1 liter air
30gm cili kering | dikisar
3 sudu udang kering | dikisar
3 biji bawang besar | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik baunya.
2. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
3. Setelah mendidih, masukkan ubi keledek yang telah dikisar halus. Kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula kemudian biarkan mendidih dan sehingga kuahnya menjadi pekat.
5. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan bersama mi kuning serta bahan hiasan lain.


Rasa macam nak buat je hari ni... :))



Monday, 30 July 2012

Ramadan Kareem

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.... 
       Salam Ramadan...
Ramadan Kareem...


Apa kabar semua di dalam menjalani ibadah puasa ini? Harap semua sihat sejahtera hendaknya... 



Terasa cepat betul masa berlalu... 
sedar tak sedar dah masuk 
hari ke 10 Ramadan... 
Syukur Alhamdulillah... 
  
Bila tiba saja bulan Ramadan yang mulia ini, semua pintu-pintu Syurga akan terbuka dan semua pintu-pintu Neraka akan ditutup dan semua syaitan-syaitan akan dibelenggu. 
Out you go !!!
Maka, inilah masanya untuk kita mempertingkatkan 
keimanan & ketaqwaan kita...

Kita telah pun selesai fasa pertama... iaitu awal Ramadan (10 hari pertama bulan Ramadan) dan insyaallah, esok kita akan masuk ke fasa kedua... iaitu pertengahan Ramadan. Maka ayuhlah kita berlumba-lumba mencari keredhaanNya... memohon keampunanNya...


Alangkah seronoknya jika dapat merasai pengalaman tika 
berbuka puasa di tanah suci 
Mekah & Madinah... 
Bila lah agaknya ye?   
Iftar di Madinah


Amalan zikir yang paling mulia 
untuk diamalkan ialah   














 Puasa BUKAN hanya setakat menahan lapar dan dahaga, tetapi JUGA memberi SEDEKAH....

serta.....


Jangan lupa untuk menunaikan SOLAT TERAWIKH... 





Ayuhhhh... 
Sibukkan lah diri kita untuk 
mencari KEBAIKAN dan bukannya mencari KEJAHATAN...


SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA....

Popular Posts