Showing posts with label Bulan Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Bulan Ramadan. Show all posts

Tuesday, 5 June 2018

Salam Ramadan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
      dan Salam Ramadan 1439H...



Begitu cepat sekali masa berlalu dan tak sedar, kita dah pun berada dalam 10 hari terakhir iaitu 20 Ramadan 1439H. Ya Allah, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian yang amat andainya bulan yang penuh rahmat dan barakah ini dibiarkan berlalu pergi tanpa kita mengaut bonus-bonus khas yang telah disediakan demi memberikan keampunan buat hambaNya.



"RAMADAN Won't Slow Down, 
You Have To Be Fast In Gaining."


Maka, marilah kita bersama-sama 'grab this opportunity' untuk memohon keampunan dan mencari keredhaanNya di bulan yang mulia ini...

10 Hari Terakhir RAMADAN

Ulangilah 6 Perkataan ini Sebanyak Mungkin dalam 10 hari terakhir Ramadan ini.. 


اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni

Yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.

Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri tercinta beliau, ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:


اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)


Doa ni juga ada dlm kitab taklim *Fadhail 'Amal*. Bahagian Fadhilat Ramadhan, bab 2.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga apabila berakhirnya bulan Ramadan ini, dapat diampunkan dosa-dosa kita dan diangkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi.. Aamiin..

Salam Sayang....



Friday, 19 June 2015

Amalan Kesukaan Nabi Muhammad SAW Di Bulan Ramadhan




Amalan Kesukaan Nabi Muhammad SAW Di Bulan Ramadhan

AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” 
(Hadis riwayat Bukhari)


Membaca al-Quran

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” 
(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”


Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” 
(Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)


Qiamullail

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)


Solat tarawih

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.


Mengerjakan Umrah

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” 
(Hadis riwayat Bukhari)


Zakat Fitrah

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.



Wednesday, 17 June 2015

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Dua tiga hari lepas, tidak sabar rasanya menunggu kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadhan... bulan yang penuh keberkatan dengan rahmat Allah. Akhirnya.... masa yang ditunggu telah tiba. Selamat datang bulan Ramadhan. Ahlan wasahlan ya Ramadhan...



"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dr api neraka" - Al Hadis.


Apa yang penting ialah persediaan daripada segi kerohanian, bersihkan hati dan jiwa untuk memohon dan mendapat pengampunan Allah swt. Jangan kedekut, banyakkanlah bersedekah amal jariah. Pahalanya berlipat-lipat kali ganda di bulan Ramadhan.


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: Puasa Ramadhan ke Ramadhan akan menghapuskan dosa-dosa diantara jarak-jarak tersebut sekiranya dijauhkan daripada dosa-dosa besar" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang mati tidak sempat menqadha'kan puasanya hendaklah keluarganya (walinya) menggantikan puasa tersebut" 
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim) 








Berikut adalah jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 2015 bagi negeri Selangor.






Popular Posts