dan Salam Ramadan 1439H...
Begitu cepat sekali masa berlalu dan tak sedar, kita dah pun berada dalam 10 hari terakhir iaitu 20 Ramadan 1439H. Ya Allah, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian yang amat andainya bulan yang penuh rahmat dan barakah ini dibiarkan berlalu pergi tanpa kita mengaut bonus-bonus khas yang telah disediakan demi memberikan keampunan buat hambaNya.
"RAMADAN Won't Slow Down,
You Have To Be Fast In Gaining."
Maka, marilah kita bersama-sama 'grab this opportunity' untuk memohon keampunan dan mencari keredhaanNya di bulan yang mulia ini...
10 Hari Terakhir RAMADAN
Ulangilah 6 Perkataan ini Sebanyak Mungkin dalam 10 hari terakhir Ramadan ini..
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni
Yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.
Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri tercinta beliau, ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)
Doa ni juga ada dlm kitab taklim *Fadhail 'Amal*. Bahagian Fadhilat Ramadhan, bab 2.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga apabila berakhirnya bulan Ramadan ini, dapat diampunkan dosa-dosa kita dan diangkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi.. Aamiin..
Salam Sayang....
No comments:
Post a Comment