Friday 13 May 2016

Menjejaki Bunga Sakura di Jepun 2016 (3) - Sightseeing Tokyo

Day 3 (3/4/2016)

Pagi ni bumi Tokyo dibasahi hujan. Akak breakfast kopi 3in1 dengan biskut oatmeal yang dibawak dari mesia jer.. Semalam berjalan sakan tu sampai bengkak kaki akak ni..maklumlah yang empunya badan ni dah senja :)) Jadi, nampak gayanya hari ini akak terpaksa rehatkan kaki belah pagi ni... ku terpaksa relakan je lah dorang keluar dulu... akak akan join petang sikit nanti.. Pagi ni dorang akan sightseeing ke Tokyo Tower dan lain-lain lagi..

Akak lepak je dekat lobi nya yang cozy tu sebab nak gunakan wifi yang cuma ada di kawasan lobi. Sebenarnya kat Tokyo Backpackers ni ada regulation.. kena keluar hostel antara pukul 11am-4pm sebab waktu itu lah dorang nak mengemas dan mencuci semua. Nasib baiklah akak ni dapat stay kat hostel lepas bagi alasan yang akak tak sihat, ditambah pulak dengan buat muka sedih sikit..hahahaa...


Agak petang sikit, akak keluar naik subway untuk ke Hard Rock Cafe Tokyo. Memandangkan member yang lain tu tak minat nak ke HRC macam akak ni yang memang HRC fan..hihihiii.. so akak kena pegi sorang-soranglah jawabnya... sian akak kannnn... hikkkk..

Puas jugak mencari tempat ni... tengok map, jumpa dah area tu..tapi bangunannya tak nampak pun. puas tanya sana-sini kat orang local, tunjuk alamat.. tapi sumer macam tak tau je..blurrr... last-last lepas tanya dalam 5-6 orang, baru lah yang last tu tolong bawakkan ke HRC tu.. memang bangunannya terpencil sikit..  rupanya kena masuk lorong dulu, baru nampak..

Akak sempatlah beli baju HRC tu... yeayyyy.. sukaaaa.. dah penat pilih-pilih baju tu, duk lah minum kejap sambil menikmati muzik di situ.. Selepas tu, akak ke Roppongi Hills untuk join member-member akak yang dah kluar dari pagi tu..







Roppongi Hills

It's over a decade old, but Roppongi Hills remains the gold standard for real-estate developments in Tokyo. The centrepiece of the office, shopping, dining and entertainment complex is the 54-storey Mori Tower, home to the Mori Art Museum and Tokyo City View observatory. Scattered around it is public art such as Louise Bourgeois’ giant, spiny Maman spider sculpture and the benches-cum-sculptures along Keyakizaka-dōri, as well as the re-created Edo-style Mohri Garden. (source)




Cantiknya bunga tulips yang kembang mekar di situ..



TV Asahi ini adalah tempat penggambaran siri cerita Doremon... comelkan? :))


The TV Asahi Corporation headquarters building is recognizable for its main entrance featuring a glassed-in atrium facing a lush green garden. It is open from 9:30 in the morning to 8:30 at night all year round. This is a must-visit place when strolling around Roppongi Hills.

TV Asahi welcomes visitors to take pictures before the program displays, shop for souvenirs, have tea in the café, and bring home a delightful story. 

By train:**
5-6 min. walk from Tokyo Metro Hibiya Line / Toei Oedo Line Roppongi Station
10-11 min. walk from Toei Oedo Line / Tokyo Metro Namboku Line Azabu-juban Station. (source)








Dari atas boleh lihat kawasan taman yang cantik dipenuhi dengan bunga sakura. Kitorang sempat berhanami di situ beberapa jam.. dari suasana petang yang cerah sehinggalah agak malam..dapat menyaksikan keindahan bunga sakura disinari lampu-lampu hiasan... sungguh indah sekali.. 









okeyyyyy.... Dinner time...
Malam ni makan Ramen dekat restoran Ippin...
Upin nya dah hilang... tinggal Ippin je :))




Dikatakan makan ramen ni sedap dicampur dengan yuzu pepper.. 
betul ke idok, kena try test dulu nak rasa betul ke sedap...
hmmm..betul lah.. memang sedap..



Alhamdulillah.. hmmmm..kenyang dan sedap.. kena pulak dengan selera akak yang memang suka makan pedas ni.. hehehee.. Ok, lepas ni nak jalan-jalan sekejap dekat Sumida Park di waktu malam.. cantik sangat pemandangan dengan lampu-lampu neon tu.. jelas kelihatan Tokyo Skytree (tower yang teringgi di dunia pada tahun 2011) dan di bawah bungkahan bunga sakura pula tu.. di tepi Sumida river sebagai background gambar kitorang ni..


Ok lah, kena balik hostel dah ni.. nak packing beg pulak, esok..pagi-pagi buta dah kena check out, nak naik bas ke Kawaguchi untuk sampai ke Mount Fuji pula... 

Selamat malam...

Jumpa lagi !



No comments:

Post a Comment

Popular Posts