Tuesday 10 May 2016

Menjejaki Bunga Sakura di Jepun 2016

Salam Sakura...

tak tau lah kenapa akak ni susah benar nat buat up story trip Jepun ni.. setiap kali paksa diri nak start story, mood tak mari..adoiii lah.. bayangkan lah dari posting intro tempohari pada 13 april, sampai lah hari ni, baru nak start.. akak dah pegi trip ke Bandung dan Hatyai pulak lagi lepas balik dari Jepun tu..hehehee.. sabor je lah ye... terima kasih pada yang setia menanti.. :))

Trip 11 Hari Di Jepun... 
Tokyo, Kyoto, Osaka, Kobe, Nara

Day 1 (1/4/2016)

Sampai awal ke KLIA..mereput 4 jam! Flight kul 2.30pm tapi kul 10.45 pagi dah sampai... ingatkan jem tadi.. akak dah siap ambik kira tu lah.. Malam semalam dah lah tak lena tidur, hmmm..macam biasalah..kalau flight awal pagi tu.. takut terlepas flight! hehehee... 

Tiba di airport, akak pun berkenalan dengan team member lain yang akan sama-sama dengan trip tu nanti yang berada di depan pintu P6. Alhamdulillah, kami sempat solat dulu sebelum boarding kul 1.30 petang. Flight D7255 ni besar.. sampaikan akak nak simpan beg kat compartment atas pun terpaksa bertenjet kaki, tinggi betul.. terpikir jugak..ke aku ni yang dah semakin pendek mengecut? ngeeeeee...



Pagi-pagi tadi lagi akak dah breakfast nasi lemak lauk sambal sotong kat rumah. Kononnya budget nak kenyang sampai touch down kat Hanieda airport nanti...hmmm.. jangan harap! Dah lah tak beli 'add on' meals..budget kenyang lah tu konon.. Boarding aje, terhidu bau dorang perangatkan makanan. hadoooiiiii.. tergugat iman perut ni.. hehehee...



So, tak tahan... akak intai-intailah menu yang ada kat depan seat tu... haaa.. ada special menu nampak.. Chicken Curry with Japanese Rice..hmmm.. ingatkan nak cuba lah.. tapi hampeh betul tekak ni.. bila trolley dah sampai kat sebelah, akak order nasi dagang pulak! hmmm...memang tekak melayu betul akak ni! Terbang RM20! tu lah.. tak nak order online lagik..




Tengah akak baru nak makan, mata ni tertumpu pulak kat seat seberang akak tu... wahh..siap bentang sprah kecik lah minah jepun tu.. sikit punya lengkap dia bawak kelengkapan untuk makan.. siap bawak chopstick dia, sudu dia..eh..ehhh.. dia makan nasi lemak ler..ceh..cehhh.. :) oohhh..ada lagi yang dibawaknya ni.. bantal lah, selimutlah... hmmm..tak kuasalah akakkk..



Perjalanan sejauh 5,600 km itu mengambil masa selama lebih kurang 6 jam 20 minit dan akan mendarat di Hanieda Airport, Tokyo. Lama kan? So, akak ada banyak masa untuk menulis...




Lebih kurang jam 7.30 malam waktu Malaysia, 8.30pm waktu di Jepun, sekali lagi staf AA bawak troli serve makan. Mikirkan kul brapa nanti sampai ke hostel..mesti dah tengah malam kann.. sekali lagi akak beli meals, kali ini tak banyak choice...last last ambik je lah nasi goreng...issshhh...isshh.. akak bayor RM20 untuk nasi goreng sempoi tu!.. tapi ada lah ketul-ketul kecik ayam tu. Mak aiiiii..bila kira balik.. meals hari ni je dah patpluh hengget untuk seco'ek nasi dagang dan nasi goreng! hmmm...hentam je lah labuuuu..

Pilot announce cuaca di Hanieda 10C...huhuuu...sejuknya.. dah lah tak bawak jeket tebal..hadoiii...sebenarnya dapat wrong info dari tour guide..

Sebelum mendarat, akak mengisi borang 'declaration' dan 'embarkation card'. Sebelum tu, member akak dah bagi tau, kalau ada bawak food macam serunding daging atau lauk yang berasaskan daging/ayam... nak kena declare..



Alhamdulillah... akhirnya selamat sampai ke Hanieda Airport, Tokyo pada jam 10.20pm local time... haaaa...dekat sinilah akak mencari tour guide akak tu iaitu 'backpacker busuk' nama gelarannya, yang janjinya berjumpa di information counter.



Bila dah berjumpa dengan tour guide, kami pun bergegas untuk naik train, kena tukar 3 kali train pulak tu.. di subway, kena berkejar pulak sebab dah last train untuk malam tu. Nasib baik sempat.. 

  



Keluar dari metro, kena menapak jauh jugak nak ke hostel Tokyo Backpackers malam-malam buta tu. Dah check in, kitorang diberi satu set cadar dan selimut, kena pasang sendiri tu.. Dah settle semua... memasing yang kepenatan, apa lagi... pengsan tidur ler!


--> [Next] <--




No comments:

Post a Comment

Popular Posts