Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Tuesday, 10 November 2015

Meredah 4 Negara, IndoChina Trip - Best Backpack Vacation

Assalamualaikum buat pembaca semua...

Kali ni akak nak share kan pengalaman sulung ber backpack. Sebetulnya akak baru balik dari trip IndoChina (30/10/2015-8/11/2015) selama 10 hari yang berakhir pada 2 malam lepas. Alhamdulillah, selamat sampai ke KLIA2 dari destinasi yang terakhir iaitu Bangkok. Terlalu banyak pengalaman yang akak kutip di sepanjang pengembaraan ini. Terima kasih juga diucapkan pada travel partner akak yang sangat best ini, sentiasa memberi sokongan...

Perjalanan trip Indo-china akak adalah seperti berikut..
  • Kuala Lumpur - Changsha, China (flight)
  • Changsha - Zhangjiajie , China (bas 9 jam)
  • Zhangjiajie - Nanning , China (train 16 jam)
  • Nanning - Hanoi, Vietnam (train 10 jam)
  • Hanoi - Ho Chi Minh , Vietnam (flight)
  • Ho Chi Minh - Phnom Penh, Cambodia (bas 8 jam)
  • Phnom Penh - Bangkok , Thailand (bas 15 jam)
  • Bangkok - Kuala Lumpur (flight)

Ini adalah travel partner akak yang best, gadis yang masih muda tetapi berjiwa kental :))
Kami sebenarnya mula-mula bertemu dalam BBM Family Day di Kem Isi Rimba dulu.



Trip ini sebenarnya tidak dirancangkan sepenuhnya. Kami hanya merancangkan untuk permulaan trip ke Changsha, China sahaja. Selepas selesai misi di Changsha nanti, akan tengok ke mana pula arah tujuan. Maklumlah baru belajar menjadi backpackers lah dikatakan.

Sebenarnya waktu mula-mula travel partner akak pelawa untuk travel ke Changsha dulu, akak tertanya-tanya juga.. Changsha? Kat mana tu? Tak pernah dengar pun... Itulah yang bermain di benak fikiran tika itu. Akak bertanya lagi padanya.. apa yang menariknya kat Changsha tu? 


Dia kata nak pergi ke Tianmen Mountain. Akak sedikit terkejut...haaa..nak gi gunung kat China? Nak kena mendaki ke? Kalau nak mendaki gunung, maaflah..akak tak mampu dik.. Itu jawapan akak padanya.

Dengan senyum partner akak menerangkan tentang misi ke Tianmen Mountain tu... dimana terdapat sesuatu yang menarik di atas situ ialah glass skywalk di tebing gunung Tianmen. Tak lama sebenarnya untuk buat keputusan. Akak pun confirm ikut.. Wowww.. tak terfikir langsung akalku yang akak akan mampu lakukannya nanti. Sepatutnya kami bertiga, tetapi oleh kerana seorang rakan tu tak dapat cuti, maka tinggallah kami berdua saja.

Langkah pertama ialah kena apply visa China dulu ye... Pejabatnya di bangunan Hampshire Place Office. Single entry RM88.30



Sambil mengira hari berangkatnya, akak buatlah sedikit preparation dari segi mental dan fizikal.. workout cardio..  supaya lebih bertenaga nanti memandangkan kena banyak berjalan dan memanjat...heheheeeee...


Ok, backpack dan bantal merah menyenggau akak dah siap!!!
Ada yang bertanya akak apasal merah sangat? akak kata supaya akak akan lebih berani menghadapi cabaran nanti..hikkk :))


Ok, start itinerary di next posting ye...



Ni bagi panas dulu..jom tengok video ni :)




Monday, 8 June 2015

Travel lagi ???

Assalamualaikum pembaca semua..

Tahun 2015 ni, banyak betul travel.. tiap-tiap bulan travel ! Sesetengahnya adalah tanpa di plan pun... Penat jugak rasanya... 

Bayangkan...akak travel dari awal tahun 2015 ni...

JANUARI - Siem Reap, Cambodia 2015 (story tentang pengalaman naik Quad Bike)
                                                      (full story dah buat masa trip ke Cambodia 2014)

FEBRUARI - Amsterdam (full story)

MAC - Kuching, Sarawak (rasanya tak habis story lagi.. )

APRIL - Bandung, Indonesia (full story)

MEI - Ho Chi Minh,Vietnam (belum buat lagi)
                                        (full story dah buat masa trip Vietnam 2013)

       - Hatyai-Krabi, Thailand (tak habis story lagi)

JUN - Batam, Indonesia


"Travel lagi?" Ini adalah antara komen teman-teman di facebook bila post status... huhuuu..janganlah marah wahai teman-temanku...

Tak tau macamana nak habiskan cerita-cerita travel akak ni.. Baru siapkan 2-3 post tentang travel akak ke sesuatu destinasi, dah travel lagi... Banyak tips yang nak akak share kan experience akak tu.. tapiiiiii... tak sompek...

Hari tu baru nak siapkan cerita tentang travel Hatyai-Krabi, hmmm..tak siap..baru dalam 20% aje cerita yang sempat post, dah travel ke Batam pulak... dari hari Jumaat lepas, ni baru sampai rumah pukul 3.30 pagi tadi. Terbungkang tidur.. badan lonyai rasanya... !

Eh..apa pulak yang akak buat kat Batam tu ye?







Tungguuuuuuuuu....! :))


Friday, 6 March 2015

Amsterdam - Here I Come - Part 11 (Sightseeing City Centre)

Pada entri kali ini, saya nak kongsikan gambar-gambar di sekitar Amsterdam city centre. Nama Amsterdam berasal dari Amstelredamme, asalnya bandar ini sebagai empangan sungai Amstel. Amsterdam ialah bandar yang paling mesra penunggang basikal di dunia, terdapat lebih kurang 880,000 buah basikal di bandar Amsterdam ini. wowwww.. banyaknya!




Ok, jom tengok gambar-gambar menarik kami ini..
























Entah camana boleh tiba ke sini.. 'Moulin Rouge' kawasan red light district..
















Dapat kawan baru lagi.. Monia Conte dari Italy












NEMO adalah pusat sains yang terletak bersebelahan dengan kawasan houseboat

















Nak pergi ke I amsterdam ni kena naik tramp dari central station (harga tiket 2.90 euro), berhenti di station museumplein.. 



kami sampai situ pun hari dah gelap..




Macamana.. cantik kan bandar Amsterdam ni ? :)






Popular Posts