Showing posts with label china. Show all posts
Showing posts with label china. Show all posts

Saturday, 14 November 2015

Trip Indochina - Journey To Hanoi, Vietnam

Trip Indo-China

Day #5 

Nanning, China - Hanoi, Vietnam

Dari train station Nanning bahagian arrival, kami kena keluar untuk mencari kaunter menjual tiket, nak beli tiket ke Hanoi pulak. Signboard tak faham, tanya orang pun cakap ayam itik... dalam kebingungan, partner akak beli map.











nasib baik ternampak tourist information centre ni..


hmmm... sebelum masuk ke dalam railway station pun kena lalui check point polis nya dulu.. tunjuk paspot.


beratur di kaunter tiket train..




 punyalah happy nampak ada kaunter yang english speaking :))


Alhamdulillah dah dapat tiket soft sleeper ke Hanoi atau pun digelar oleh mereka "Gla Lam" berharga 430 yuan untuk 2 tiket




Pernah tengok tak buah hijau tu yg bentuk spt patung buddha? Unik betul... Ternampak dalam satu kedai yang jual buah selepas beli tiket di railway station Nanning.



entrance masuk ke tempat departure...






ketika masuk ke ruangan tempat duduk, mata akak terpaku pada seorang wanita tempatan yang memakai perhiasan di kepala.. dia ialah dari kaum tudjia..


eh..eh.. ada air panas.. teruja masa nampak ada kat korner tu. Perut kami memang sebenarnya lapar, nasib baik masih ada bekalan maggi. Apa lagi.. merendam maggi lah jawabnya.




sambil tu kami mengecas handfon...


Masa untuk meninggalkan Nanning dah tiba... 
kali ni menaiki train lagi ke Hanoi pula dengan 10 jam perjalanan!


Alhamdulillah, masa naik tu lega tengok katil... hmmm 1 bilik ada 4 katil...


Ini ialah jiran katil akak.. dia tiga beranak dengan suaminya, bangsa cina... nasib baik boleh cakap english sikit-sikit. Anaknya keletah sekali kami melayannya. Selesa tempat tidur ni maklumlah dapat soft sleeper.. dalam bilik pulak tu..


partner akak yang kecik molek ni of course akak suruh dia naik atas ler :D



Sedang lena kami tidur diulit mimpi, tiba-tiba kami dikejutkan oleh petugas train tu, mukanya serius je.. dia bercakap dengan kami dalam bahasa cina.. manalah kami faham. Akak jawablah kat dia don't understand. Last-last dia jawab kat akak.. "you get down now!" terkejut akak dibuatnya. Akak cakap kat dia sambil geleng kepala, No, we want to go Hanoi. Dia bentak lagi "get down now!

Akak pun tanya pada suami perempuan yang tidur sebilik dengan kami tu, nasib baik dia boleh explain.. rupa-rupanya kena turun di border bahagian China, nak check paspot di imigresen! adoiiiiiiiii...napelah jadi macam tu. Kan senang kalau petugas tu bagi tau sepatah je pun cukup "Immigration".. fahamlah kami terus.. ni macam dia paksa je kami turun. berderau jugaklah darah akak ni.. mikirkan kat mana pulak dia nak campak kami..hehehe.. tu lah masalah communication...

Masa akak berhadapan dengan pegawai imigresen tu, dia tunjuk-tunjuk pada tudung akak. Akak rasa dia suruh bukak. Akak geleng-geleng kepala sambil pegang tudung akak cakap.. "muslim.. muslim... malaysia". Dia tenung je akak..aduhh..ketaq juga hati rasanya berhadapan dengan komunis ni.. Lepas tu dia bercakap-cakap dengan kawan dia sambil pandang akak. Alhamdulillah..lepas.. isshhh..agaknuya tak pernah nampak perempuan pakai tudung kat situ kot..

Selepas tu naik tren balik. Selang lebih kurang sejam rasanya, kena turun lagi..kat border Vietnam pulak..cop imigresen. Kali ni fahamlah bila petugas train ketuk bilik dan cakap suruh turun...hehehee... :))


 sempat snap curi gambar Kaunter imigresen di border Vietnam 
(jadi berani sebab tak ada nampak gambar 'no camera')

Cara di sini ialah mereka akan kutip semua paspot dan mereka akan check/chop. Kemudian baru dipulangkan dengan memanggil nama sorang..sorang..



ok, dah siap tu, kami naik semula ke train meneruskan perjalanan ke Hanoi. 
Jumpa lagi di lain entri! :)



Friday, 13 November 2015

Trip Indochina - Journey To Nanning, China

Trip Indo-China

Day #4 

Zhangjiajie - Nanning, China

Selamat pagi dari hotel Hunan Pipaxi yang terletak dalam kawasan Zhangjiajie National Forest Park Hunan China. Sejuk mata memandang mengadap pokok sambil menyedut sebanyak mungkin oksigen segar dari lobi hotel... Akak baru tau yang di negara China ni, media sosial facebook dan instagram di block...yang boleh hanyalah whatsapp, we chat etc.. 

Pagi ni akak duduk berehat aje di ruang lobi dengan cuaca yang sangat sejuk, menggigil dibuatnya sebab masih nak merehatkan kaki yang amat penat pada semalamnya memanjat tangga dan bukit di Tianmen Mountain dan juga di Glass Skywalk. Sementara partner akak tu merayap ke forest park di sebelah hotel.


Dari malam tadi kami dok discuss tentang destinasi mana yang kami nak pergi hari ni. Last-last decide nak pergi ke Nanning sebab lepas tu boleh connect train ke Hanoi pula. Sebelum check-out hotel hari ni, kami pegi berjumpa dengan Sales Director hotel, minta tolong book kan tiket train sleeper ke Nanning. Dengan dibantu oleh Mr. Zhu Kaijiu...settle :)  Alhamdulillah, dapat sleeper train walaupun hard sleeper. Sebetulnya kami meminta yang soft sleeper, tapi apabila confirmation di print, yang ditulis di situ ialah hard sleeper. Apa nak kata lagi..terima je lah.. 



Selepas dah book tiket tu, akak pun bertanya lagi kat mana nak beli 'hot oil' maksud akak tu minyak panas untuk sapu dan urut tempat bengkak. Mr. Zhu Kaijiu terkejut. Hot oil? dia bertanya balik. Puas akak cuba explain kat dia...then dia kata "hot oil don't have but cold oil got" sambil tersengih.. akak pun cakap kat dia boleh lah... Dengan tak disangka dia bagi hadiah minyak  dan balm ni pada kami. Akak suka sangat sebab minyak sapu akak tu memang dah habis dan tak tau mana nak beli... alhamdulillah.. :))


Ni gambar Mr.Zhu Kaijiu yang akak ambik dari fb nya


Setelah tu, kami pun bersiap-siap dan check out, menunggu bas di depan hotel untuk ke central station. Harga tiket bas ialah 10 yuan.



Uniknya penyapu sampah ni... Akak perhati je perempuan tu menyapu daun-daun kering tu semasa tunggu bas di depan hotel. Penyapu tu dibuat dengan ranting-ranting kayu je.. bagus idea mereka, dpd terbuang je.


nampak smart je pakaian, walaupun penyapu sampah...


ok, bas dah sampai...


Dah sampai ke entrance railway station di Zhangjiajie.





Harga tiket train dari Zhangjiajie ke Nanning ialah 193 yuan. Print out tu harus dibawa ke kaunter di train station untuk dapatkan tiket nya seperti di bawah ni.


Nanning..here I come! Journey to Nanning begins... 16 hours tu !


Ada cerita lucu sikit akak yang nak share ni... hahahaaaa..
masa nak naik train ni di pintu tadi, kami diberi tiket lain dan tiket asal kami diambik oleh petugas tu, mukanya tak boleh nak cakap lah..masam mencuka, memanglah penghuni negara komunis bentak dalam hati ini.. 

Tengok dekat tiket tu no. 7 & 8. Bila naik je atas tengok-tengok katil 3 tingkat... dan tak ramai orang, Akak pun bercakap sendiri.. ooohhh tak ramai orang rupanya.. Kami pun ke hulu ke hilir, terpinga-pinga sebab tak tau mana satu katil kami. Ternampak 2 orang bangsa cina yang dah duduk di atas katil tengah no. 7 dan juga di no.8  . Akak pun cuba bertanya pada seorang tu...macam biasa..dia tak faham sepatah haram..huhuu.. Lepas tu akak tunjukkan tiket kami... tak pahamlah pulak dia cakap apa dalam bahasa cina tu sambil tangannya tunjuk sana sini. Last-last apa yang kami faham ialah, boleh tidur di katil mana-mana aje.

hard sleeper... katil 3 tingkat !

So, dengan senang hati kami pun pegi ke ruangan di sebelah, katil bawah sekali no. 9 & no.10 ... selfie selfie dulu dan kemudian dengan berselimut kapus tidur dengan lenanya.


Mungkin dalam sejam atau dua jam kemudian, akak terkejut dengar bunyi bising. Rupa-rupanya penumpang yang baru naik, dari station lain yang akak tak ingat nama stationnya. Kami jadi terpinga-pinga bila seorang lelaki tua dan seorang perempuan tua tunjukkan tiket mereka pada kami. Hahahhaaaaa... rupa-rupanya dekat tiket tu dah ada tulis katil tingkat brapa, cuma kami tak faham bahasa cina... manyak susah woooo! Terpaksalah bangun pindah dalam keadaan kemamaian tu... Yang lelaki tua tu terus baring di katil akak tidur tadi sambil terus selimut. Akak pun terkebil-kebil je lah tengok... :))

Bila di tanya lagi pada orang lain, rupa-rupanya katil kami yang di atas sekali! tingkat 3 ! termenung jugak akak mikirkan nak panjat tinggi tu. Buat partner akak yang badan kecik molek tu memang tak ada masalah nak panjat tinggi. Tapi bagi akak ni, yang badan besar bagak...oiiiii.. termenung lama jugak pikir macamana nak panjat. Akak duduk lepak kat kerusi dulu..masa tu ramai yang duduk lepak di tepi jalan. Bila makin larut malam, semua orang dah masuk ke sarang masing-masing, akak pun terpaksalah memanjat.. dengan berbagai aksi kuak lentang dan kepayahan untuk memanjat, dahlah sempit ruangan atas tu... akak ni sebenarnya memang tak biasa panjat-panjat terkangkang kiat gitu...sabor je lah kak oiiii..

ni gambar partner akak snap curi ok..
akak tgh tidur nyenyak lepas penat panjat katil 3 tingkat..hahahaaa..


Selamat pagiiiii... masih dalam perjalanan lagi... tak sampai-sampai.. huhuuu..
Masa ni train berhenti dalam sejam di satu station besar (tak ingat nama) sebelum sampai Nanning. Punyalah tak sabar rasanya... ialah.. orang kata... ibarat dekat tapi jauh !


Apa yang akak fikirkan masa ni ialah.. alangkah tenangnya jika selalu dapat begini.. jauh berjalan luas pandangan... hilang stress kehidupan..


yeayyy..one more station to go!


Alhamdulillah... akhirnya dah sampai... I am in Nanning, China now ! :))


Ok, jumpa lagi di lain posting ye!





Thursday, 12 November 2015

Trip IndoChina - Glass Skywalk-Cable Car-Tianmen Mountain, Zhangjiajie, China

Trip Indo-China

Day #3 (Part 2)

Tianmen Mountain - Zhangjiajie, China. - Glass Skywalk & Cable Car

Selepas memanjat 999 anak tangga Tianmen Mountain, kami terpaksa panjat bukit dan tangga lagi.. mengah bukan main dibuatnya... masa tu hati berkata.. ingatkan habis dah panjat2 ni..boleh terus je ke tempat glass skywalk tu, adoiii.. rupa2nya... hmmm..kena jugak panjat lagi..Kaki dah mula menggeletar ni.. dah sudah panjat-panjat tu, baru sampai ke jambatan gantung dan glass skywalk tapi sangat berbaloi... Subhanallah!


The Cliff-Hanging Walkway

Tianmen mountain walk along the sheer cliff

The walkway was built along the edges of this mountain's summits, clinging to the vertical cliffs. The walkway is about 1.6 kilometers long, about 1,400 meters high. The cliff side loop takes about 1½ hours. At the end of the walkway, there is a hanging bridge linking two peaks.












Kita org ni sebenarnya berdua je.. Tapi masa ambik gambar dengan bendera malaysia ni.. tourist-tourist cina2 tu jadi teruja plak.. Terus menyelit2 kat kita org nak enter frame.. Akak pun suruh lah mereka jerit... Malaysia boleh! So, dia org pun sebutlah malai shia :))





The Glass Skywalk — "the Walk of Faith"

The glass walkway (or "the Walk of Faith") is part of the cliff-hanging walkway, and is the highest section. The skywalk is 60 meters long, with a width of 1.6 meters. On a clear day, walking on it, a sheer drop of thousands of feet below can be clearly seen.

It gives a thrilling feeling like walking in the sky. It is definitely not suitable for the faint hearted. It is interesting to see people (scared of the height) leaning against the cliff as they cross it.



Berjalan di atas glass skywalk di Tianmen Mountain ni kena pakai sarung kasut kerana dikhuatiri glass tu akan tercalar..







Berbagai perasaan timbul ketika melihat ke bawah kaca tu. Hati berkata.."kalaulah..." sila sambung sendiri ye :))



















woooo...letih... nak rehat jap..sambil makan bekalan yang dibawa dari hotel tadi..



seterusnya berjalan lagi..
bergambar di sini  sekejap...




Tiba-tiba terjumpa seorang wanita chinese muslim yang menegur kami memberi salam..


dan baiknya hati memberi kami makanan iaitu sekeping roti nan... 
kami pun memang tak menolak langsunglah :))



nampak tu...menyengih je kita orang.. maklumlah tak dapat cari makanan halal kat situ..



The World's Longest Cable Car Ride up to the Mountain Top

The mountain is best reached by cable car. The aerial tramway ride is the longest in the world, taking about 30 minutes for over 7.5 kilometers. The last part of the cable way is very steep, going up at 37 degrees over sheer cliffs to one of the mountain peaks.

The scenery viewed from the cable car is fantastic: lush mountain peaks, the 99 Bends (99 sharp curves on a road up to the mountain peak), and deep valleys. One cable car holding eight people. The cable way may close when there are thunder storms, high winds, or heavy snowfalls.

Ingatkan lepas tu, dah boleh sampai terus ke tempat cable car. Laaaa...belum lagi rupanya! Kena panjat tangga-tangga dan bukit sikit lagi, baru sampai ke terowong tempat escalator dulu untuk sampai ke tempat cable car. Ingatkan 1 tingkat je.. rupanya sampai 7 tingkat escalator (setiap tingkat ada 2 escalator, 1 naik 1 turun) Setiap escalator tersangatlah panjangnya dan tinggi...woww... layan je lah.. 










Ni tingkat yang last sekali..










nak selfie jap..




ok, jom ikuti beratur pi beli tiket..





Kalau nak tau.. Inilah Tagline Tianmen Mountain agaknya... "He who fails to climb need not have come to Zhangjiajie"  :)) ..nampak poster ni di tempat queue cable car td..masa nak turun ke bawah.. Nasib baiklah akak dah gagahkan juga... 







Moh naik cable car... harga tiketnya 40 yuan




Turun dengan cable car dgn jaraknya 7.5km.. seram jugak pandang ke bawah..












ok, dah sampai bawah...
nak balik dulu... kaki dah nak tercabut ni...
penatnyaaaaaaaa....
tapi sangat puas hati! :))


Sempat beli buah bawak balik hotel..



Jumpa lagi nanti!



Popular Posts