Day #4
Zhangjiajie - Nanning, China
Selamat pagi dari hotel Hunan Pipaxi yang terletak dalam kawasan Zhangjiajie National Forest Park Hunan China. Sejuk mata memandang mengadap pokok sambil menyedut sebanyak mungkin oksigen segar dari lobi hotel... Akak baru tau yang di negara China ni, media sosial facebook dan instagram di block...yang boleh hanyalah whatsapp, we chat etc..
Pagi ni akak duduk berehat aje di ruang lobi dengan cuaca yang sangat sejuk, menggigil dibuatnya sebab masih nak merehatkan kaki yang amat penat pada semalamnya memanjat tangga dan bukit di Tianmen Mountain dan juga di Glass Skywalk. Sementara partner akak tu merayap ke forest park di sebelah hotel.
Selepas dah book tiket tu, akak pun bertanya lagi kat mana nak beli 'hot oil' maksud akak tu minyak panas untuk sapu dan urut tempat bengkak. Mr. Zhu Kaijiu terkejut. Hot oil? dia bertanya balik. Puas akak cuba explain kat dia...then dia kata "hot oil don't have but cold oil got" sambil tersengih.. akak pun cakap kat dia boleh lah... Dengan tak disangka dia bagi hadiah minyak dan balm ni pada kami. Akak suka sangat sebab minyak sapu akak tu memang dah habis dan tak tau mana nak beli... alhamdulillah.. :))
Ni gambar Mr.Zhu Kaijiu yang akak ambik dari fb nya
nampak smart je pakaian, walaupun penyapu sampah...
ok, bas dah sampai...
Dah sampai ke entrance railway station di Zhangjiajie.
Nanning..here I come! Journey to Nanning begins... 16 hours tu !
masa nak naik train ni di pintu tadi, kami diberi tiket lain dan tiket asal kami diambik oleh petugas tu, mukanya tak boleh nak cakap lah..masam mencuka, memanglah penghuni negara komunis bentak dalam hati ini..
Tengok dekat tiket tu no. 7 & 8. Bila naik je atas tengok-tengok katil 3 tingkat... dan tak ramai orang, Akak pun bercakap sendiri.. ooohhh tak ramai orang rupanya.. Kami pun ke hulu ke hilir, terpinga-pinga sebab tak tau mana satu katil kami. Ternampak 2 orang bangsa cina yang dah duduk di atas katil tengah no. 7 dan juga di no.8 . Akak pun cuba bertanya pada seorang tu...macam biasa..dia tak faham sepatah haram..huhuu.. Lepas tu akak tunjukkan tiket kami... tak pahamlah pulak dia cakap apa dalam bahasa cina tu sambil tangannya tunjuk sana sini. Last-last apa yang kami faham ialah, boleh tidur di katil mana-mana aje.
hard sleeper... katil 3 tingkat !
Bila di tanya lagi pada orang lain, rupa-rupanya katil kami yang di atas sekali! tingkat 3 ! termenung jugak akak mikirkan nak panjat tinggi tu. Buat partner akak yang badan kecik molek tu memang tak ada masalah nak panjat tinggi. Tapi bagi akak ni, yang badan besar bagak...oiiiii.. termenung lama jugak pikir macamana nak panjat. Akak duduk lepak kat kerusi dulu..masa tu ramai yang duduk lepak di tepi jalan. Bila makin larut malam, semua orang dah masuk ke sarang masing-masing, akak pun terpaksalah memanjat.. dengan berbagai aksi kuak lentang dan kepayahan untuk memanjat, dahlah sempit ruangan atas tu... akak ni sebenarnya memang tak biasa panjat-panjat terkangkang kiat gitu...sabor je lah kak oiiii..
ni gambar partner akak snap curi ok..
akak tgh tidur nyenyak lepas penat panjat katil 3 tingkat..hahahaaa..
Selamat pagiiiii... masih dalam perjalanan lagi... tak sampai-sampai.. huhuuu..
Masa ni train berhenti dalam sejam di satu station besar (tak ingat nama) sebelum sampai Nanning. Punyalah tak sabar rasanya... ialah.. orang kata... ibarat dekat tapi jauh !
Apa yang akak fikirkan masa ni ialah.. alangkah tenangnya jika selalu dapat begini.. jauh berjalan luas pandangan... hilang stress kehidupan..
yeayyy..one more station to go!
Alhamdulillah... akhirnya dah sampai... I am in Nanning, China now ! :))
Ok, jumpa lagi di lain posting ye!
No comments:
Post a Comment