Tuesday, 2 June 2015

Perjalanan Ke Hatyai, Thailand

Seperti yang akak janjikan dalam entri yang terdahulu, akak akan update kisah trip dengan berbagai cerita dan gambar. 

Grup kami yang seramai 13 orang telah bertolak ke Hatyai pada hari Jumaat 22/5/2015 di sebelah malam dengan menaiki bas Sri Maju di puduraya pada jam 10.30 malam. 

Harga tiket bas ke Hatyai tak mahal, cuma RM55 saja. Nasib baik bas tu sangat selesa dengan kerusi nya yang luas serta tempat letak kaki, amat merehatkan.

Kenapa tak naik flight aje? hmmm..mesti ada yang tertanya-tanya kan? :) Sebenarnya, flight schedule tiada yang bersesuaian untuk menepati masa kami bagi urusan pendaftaran marathon.

Akak hanya mengenali 2 orang saja dalam grup itu, iaitu Azri & Lily, merekalah yang organize trip itu. Tak ape.. lepas tu akan dapat kawan-kawan baru pulak. Sebenarnya, trip ini adalah untuk menyertai International Hatyai Marathon pada 24/5/2015.



Ada muka yang excited, ada yang letih dan ada juga yang mengantuk. Keadaan jalan agak sesak jugak pada malam itu, maklumlah..hari Jumaat. Apabila dah masuk ke highway, barulah lega dan aman sebab keadaan sunyi dan gelap... apa lagi, tidurlah jawabnya semua orang. Pada awalnya akak tengok juga movie yang dipasang oleh driver bas itu, tapi tak sedar pula bila movie tu pulak yang tengok akak...hehehee...




 Sepanjang perjalanan, driver bas ada beberapa kali berhenti di kawasan rehat, bagi membolehkan mereka yang ada berbagai 'hajat' :))  Apabila tiba di tempat rehat terakhir ini, paspot kami dikumpulkan oleh driver bas itu untuk dibuat insurans untuk memasuki Thailand dengan bayaran RM5 seorang. 

Sementara menunggu itu, kami digalakkan turun untuk minum atau makan kerana masa menunggu agak lama. hhmmm.. Ada juga kedai bebas cukai di situ... nak masuk intai jap.. wahhh..bekas-bekas cokelat nya.. wowww.. memang tertarik dan menarik :))





Setelah sampai di Bukit Kayu Hitam... check point border, kami harus turun dan beratur di Imigresen untuk cop passport. Lepas tu, kena angkut luggage semua untuk scan di bahagian kastam pula. Memanglah memenatkan, tapi akak anggap ianya sebagai suatu pengalaman.



Sebelum menaiki bas semula, kontingen marathon kami sempat bergambar grup di tempat bas menunggu sambil mengibarkan bendera Malaysia....



Selepas itu kami meneruskan perjalanan untuk memasuki bandar Thailand dan akan berhenti di stesen bas yang terakhir.



Alhamdulillah, dah sampai ke Hatyai lebih kurang jam 9 pagi... Sawadikaaappp... 
kami pun turun dan terus berjalan mencari restoran muslim untuk bersarapan pagi.


Roti canai nya tak berapa lah nak sedap, tapi murtabaknya boleh tahan...


Selepas itu, ada di antara kami yang merayap sekejap sebab ada yang nak beli simkad lah, nak beli selipar lah... :) sementara chief kami survey pakej-pakej yang ada...







Apa yang menarik perhatian akak pada gambar di bawah ini ialah patungnya yang sedang tergelak besooorrr.. hehee.. comey pulak nampak :))




Ok lah... penat dah akak bercerita buat entri kali ini, akak nak pergi check-in ke hotel pulak ye... nak mandi dan berehat sebab tengahari nanti nak kena pergi mendaftar untuk marathon esok... jumpa lagi nanti..!


7 comments:

  1. As-Salam, menarik cara penulisan :) TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. terima kasih Si Ketam Batu :))

      Delete
  2. Insurans kereta motosikal van ke Thailand

    http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

    ReplyDelete
  3. salam... nk tanya... dkt hatyai bas berhenti dekat mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... bas akan berhenti di depan pejabat syarikat bas yang kita naik tu, bermakna ianya bergantung pada bas dari syarikat yang mana..

      Delete
  4. salam sis..... sy bercadang nk ke krabi.... sy Dari kl... bole ke sy ambk bas kl- hatyai??? Dan Ade transport ke DRI hatyai ke krabi???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      ye, ada bas dari KL ke Hatyai. Untuk ke Krabi pula, boleh naik van.. tanya di ofis tour

      Delete

Popular Posts