Friday, 12 June 2015

Melancong Ke Batam Kepulauan Riau (Part 5)

Melancong Ke Batam (Part 5 - Akhir)

Dah puas shopping semua dan sudah pun menghabiskan duit rupiah, tibalah masanya untuk kami dihantar ke Pelabuhan Sekupang untuk pulang ke seberang dengan menaiki ferry. 



Masih ingat tak lagi tentang 2 orang yang hilang, tidak dijumpai walau pun telah rata puas dicari? Kalau tak ingat, klik siniSewaktu van kami tiba di perkarangan Sekupang Ferry Terminal, Alhamdulillah... nampak 2 orang yang hilang tadi berada di situ. Rupa-rupanya, mereka telah pergi bersolat dan berehat di masjid yang berhampiran di kawasan itu kerana mereka tidak ada barang yang hendak dibeli. 

Mereka telah pergi ke tempat parking van pada waktu yang dijanjikan iaitu selepas 2 jam, tapi tidak menemui van kami. Nasib baik, ada orang di kawasan itu memberitahu yang mereka dicari oleh grup kami dan sungguh baik hati mereka menghantar 2 orang itu ke terminal ferry. Syukur Alhamdulillah...

Maka, kenalah kami mengangkut beg-beg semua untuk proses kastam dan imigresen. Berpoloh ketiak dibuatnya ngangkut beg yang dah beranak pinak tu! huhuuuuu.... Akak terpaksa jadi 'superwoman' lah nampaknya...

Ada lagi satu insiden yang berlaku dalam grup akak ni. Kali ini, ada seorang ahli grup yang paspot nya tertukar pulak. Dia tidak menyedarinya sehinggalah waktu nak chop paspot nya... mungkin dia tidak check sewaktu paspotnya dikembalikan. Panik jugaklah dia mencari orang yang dah tertukar paspotnya. Issshhhh... sesak napas akak mikirnya kalau macam tu terjadi pada akak... 







nanti akak habiskan cerita ye, sedang tunggu gambar ni... 
tak tau bila boleh dapat :)





No comments:

Post a Comment

Popular Posts