Melancong Ke Batam (Part 2)
Rombongan kami dijemput oleh 4 buah van dan terus dihantar ke Hotel Sari Jaya untuk check-in. (boleh baca review hotel ini yang akak dah tulis).
Sebetulnya, hotel kami yang telah dibayar booking sebanyak RM1,000 oleh Persatuan adalah hotel lain. Tapi, memandangkan semua bilik yang akan diberi ialah pada tingkat atas kerana yang di ground floor telah penuh. Maka, pihak persatuan telah pun cancel hotel tersebut memandangkan ahli rombongan kebanyakannya telah berumur belaka (veteran gitu), maka di hotel ini, kami semua diberi bilik di ground level.
Terima kasih kerana mereka perhatin!
Setelah menyimpan semua beg di bilik, kami keluar semula menaiki van untuk lunch.
Wahhhh..tersenyum AJK baju hitam tu sebab dijadikan model turun tangga kejap... :))
Jangan jeling-jeling handbag ye... maklumlah, keluar pintu hotel je terus kedai handbag kat sebelah. Naik juling jugaklah mata dibuatnya! heheheee...
Ok lah, van dah sampai ni... Jauh juga hotel untuk lunch tu. Lama rasanya dalam perjalanan. Sebenarnya hotel Pacific Palace yang sponsor lunch bagi grup kami, agaknya sebab ada media dan press..heheheeee.. tumpang promote le tu..
Haaaaa..... dah pun sampai hotel tu...
(gambar dari google)
Wow..! cantiknya hotel ni kalau dipandang dari jauh... bentuk kapal mewah...
(gambar dari google)
Sup...
cute kan?
Akak terlambat ambik nasi sebab tunggu beg di meja, suruh mak ambil makanan dulu sambil sibuk ambik gambar. Orang beratur pun panjang lagi. Tengok-tengok masa akak nak ambik nasi, lauk dah habis! Kena tunggu kejap, kluarlah ikan masam manis dan sambal kacang di samping keropok. Keropok ni memang femes di Indonesia, makan di mana-mana pun tetap ada keropok ni.. :))
Apa-apa pun... terima je lah.. itu lah rezkiku.
Dah siap makan, kena bergambar grup pula di lobby hotel, permintaan dari press dan media... macam artis gitu.. banyaknya camera dan jurugambar..
Ramai tuuuu... orang persatuan ni...
Duduk berehat sementara menunggu van sampai...
okeyyyy... van dah sampai...
Sekali lagi bergambar kenangan dengan grup di perkarangan luar Hotel Pacific Palace, Batam - Indonesia.
Okeyyyy...selesai sudah sesi bergambar, kami nak ke agenda seterusnya...
iaitu ke panti asuhan...
--> next <--
iaitu ke panti asuhan...
--> next <--
No comments:
Post a Comment