Assalamualaikum...
Salam Jumaat yang penuh barakah buat pembaca ku yang budiman :)Hmmmm... cepatnya masa berlalu.. Pejam celik pejam celik... sedar tak sedar... kita dah pun berada di bulan Februari 2013. Tak lama lagi dah nak tiba bulan Ramadan pulak :)
Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman ku bersama teman-teman menjelajahi bumi Vietnam di kota Ho Chi Minh selama 5hari 4 malam. Kami berlepas pada tanggal 31 Januari 2013 bersama penerbangan Air Asia, jam 14:55.
Grup kami seramai 8 orang, tapi tak tahu mana silapnya teman yang buat booking flight tu... 2 orang telah dibuat booking dengan tersalah waktu penerbangannya... hmmm...kesian! Terpaksalah mereka berdua berlepas dulu... awal beberapa jam..
Setelah kami check-in, bila tiba giliran kami untuk berlepas, tiba2 ada announcement flight ke Ho Chi Minh Vietnam, delay 1/2 jam lah pulak...
adoooooooiiiii... hmmmm.. nasib baik stengah jam jerrrr..
Alhamdulillah setelah selamat sampai di Tan Son Nhat International Airport kami terpaksa charter 2 teksi dengan bayaran yang dikenakan sebanyak 100K vietnam dong setiap seorang, kira2 RM16 tuuu...
Kami terus ke hotel RUBY RIVER terletak di tengah-tengah bandar Ho Chi Minh untuk check-in.
Setelah selesai, kami dihidangkan dengan 'welcome drink'... juice yang diperah dari limau vietnam yang berwarna hijau... hmmm...manis airnya.
Selepas tu, apa lagi... kami masuk bilik lah untuk berehat, bersolat & menyegarkan badan sebelum keluar merayap ke bandarnya... :)
Biliknya ok...'not bad' agak luas, dengan tub nya yang moden.. maklumlah... hotel ni antara yang agak terbaru jugak di bandar Ho Chi Minh ini.
Dah penat merayap, apalagi.. lapor lerrr...heheheeee... Jom kita dinnerrrrrrr! Bukan main sengih lagi masing2 dengan makanan yang terhidang depan mata...
Fish fillet masak sambal |
Menyelerakan... |
Ben Tanh market....
Sempat jugak tu posing dalam Ben Tanh market ni... heheheee... |
you name it you got it!
oh ye... jangan lupa beli sikat yang diperbuat dari tanduk kerbau tau... ada berbagai corak... katanya elok untuk kulit kepala.. sikat ni hanya terdapat di negara Vietnam ini saja... banyak dijual dalam Ben Tanh market..
Pilihanku... gambar burung merak... |
udang kering di Ben Tanh market |
Dah penat-penat shopping tu, dahagalah pulak... tak pe... Tutti Fruitti ada... hehehee...
Strawberry shake lagi.... :)
Lepas tu, ternampak pulak kedai menjual barangan muslim seperti telekung, baju kurung & tudung di luar dari Ben Tanh market...
memboronglah jawabnyerrr...
Hari ke3... Tempat yang ku nanti-nantikan untuk dilawati...
Mekong Delta trip - 410,000 vietnam dong (kira2 RM55) setiap orang.
Jeti di Mekong |
Trip ke Mekong Delta dalam negara Vietnam ini mengambil masa 1 hari kerana perjalanannya yang agak jauh. Tapi sebenarnya, taklah jauh sangat... cuma kerana jalannya terlalu sesak dengan kenderaan menyebabkan jalannya jem! Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 1 jam... dah jadi sampai 3-4 jam !! Popaleh weeehhh... naik krem kaki dibuatnya dalam van pengangkutan tu...
Dalam perjalan kami dibawa singgah ke rest area iaitu 'Mekong Rest Stop' di Cai Be. Cantiknya tempat ni... begitu relax dibuatnya.. penuh dengan pelancung-pelancung..
[Lonely Planet review for Mekong Rest Stop
About 8km west of town, this complex includes a thatched-roof restaurant and some of the best bathrooms this side of Ho Chi Minh City. While it serves a good assortment of fresh seafood and traditional dishes amid the lush gardens, it does get overrun with tour groups passing through the delta.]
Sebelum masuk ke jeti, aku terlihat beraneka jenis topi yang dijual di sini...
Topi Vietnam |
Dalam perjalanan, aku nampak berbagai jenis bot yang memuatkan barang dagangan mereka seperti bot sayur labu, bot yang menjual bunga dan sebagainyer...
Kedai yang menjual perabut... teruknyalah bawak turun dalam bot... |
Membalut candy yang siap |
Kami dibawa pula singgah ke kilang membuat candy yang diperbuat dari kelapa.
sempat test bakat terpendam... jangan mare..! |
Disebelahnya pula ialah tempat membuat 'kulit popiah basah Vietnam' yang transparent tu..
eeeeiiiiii... Ada jugak ular belaan di sini!
Yang ini pulak kiranya macam ubat sen-seh lah... dalam botol besar tu ada macam2 jenis binatang termasuklah ular, burung, serangga dsb nya... dalam botol kecik tu pulak ada ular kecik.... eeeeeeeeeiiiiiiiii..... geli geleman nengoknya!
Setelah itu, kami berjalan kembali semula ke tempat bot besar berlabuh...
Sempat posing lagi dalam bot... waaahhh... letih ke orang tu? seronoknya berbuai.... jelezzz I you! heheheeee...
Setelah penat dibawa melawat, sedar-sedar je perut dah berbunyi.. kruk..krukkk... kami dibawa singgah untuk lunch (aku membawa bekalan ku sendiri... sandwic tuna... kerana tempat yang dibawa ini bukanlah halal)
sambil menikmati pertunjukan tradisionalnya...
Setelah itu, kami diberi peluang untuk menaiki sampan kecil... waaahhhh seronoknya dapat pakai topi yang ku panggil 'topi tudung saji' ni. Sampai terpejam-pejam mata dibuatnya.. heheheeee...
Ooowwwwhhhhh letihnya...
ehhh...orang lain yang mendayung, dia pulak yang letih... :)
hmmmmm.... waktu telah merangkak ke penghujung petang, tiba masa untuk pulang kembali ke bandar Ho Chi Minh. Semua orang begitu kepenatan... Dalam bas, semua kelihatan terbongkang tidur!
Hari seterusnya, kami menghabiskan masa untuk apa lagi... kalau tak bershopping! heheheeeee....!
Buah ciku Vietnam... mak datoookkk... besau nyer! dan teramatlah manisnya... sedapnyerrrr... |
Pejabat Pos |
Notre Dame yang sama terdapat di Paris |
Art Museum |
Pintu Masjid |
Restoran Makanan halal pula senang didapati di bandar
Ho Chi Minh ini...
Jalan2 cari makan.... |
Untuk berbelanja di negara Vietnam ni tak perlu risau jika tak cukup duit dong yang dah ditukar kerana di situ juga mereka terima duit kita, Ringgit Malaysia disamping US dollar...
Duit Vietnam Dong...
Ok lah...puas dah kami berada di bandar Ho Chi Minh, Vietnam ini, kini tibalah masa untuk check out hotel...
seterusnya panggil teksi...
seterusnya panggil teksi...
Kami tercenggang apabila diberitau oleh front desk yang harga untuk sebuah teksi ke airport ialah cuma 170K vietnam dong! Oh tidaaaakkk... Kami tertipu rupanya waktu kami mula-mula sampai ke sini...100K bagi setiap orang! huhhhh... saborrr je lah.. sambil mengurut dada...
Di airport Vietnam....
Alhamdulillah... syukur Ya Allah...
Selamat sampai ke negara ku tercinta...
Jika ada yang berkenan.... Kain Jubah ekslusif untuk dijual...
Sekianlah saja perkongsian pengalaman ku selama berada di bandar Ho Chi Minh city, Vietnam. Semoga ada sedikit tips yang dapat diambil di sini bagi mereka yang merancangkan percutian ke Vietnam nanti...
Assalamualaikum.
***********************************************************
Berminat untuk melihat slideshow percutianku samada di luar negara atau dalam negara?
Jom tengok sambil bersantai....
klik...
******************************************************
hi, best baca pengalaman puan..Guna khidmat travel agent ke??
ReplyDeleteAssalamualaikum, hi Mieda...tq kerana sudi baca..pergi sendiri dgn kawan2 & sedara :)
Deletenak tanye, klw trip mekong delta yg seharian tu, kat mane nak beli pakej tu ye ? di area hotel ke ?
ReplyDeletedi hotel2 selalunya memang ada brochure pakej delta ni Zaizue.. :)
DeleteHotel booking siap ke? Berapa?
ReplyDeleteYe, kami booking dari KL, tapi maaf.. dah tak ingat brapa harganya..
Delete