Penduduk Morrocco berjumlah 33.8 juta dan dipengaruhi oleh 3 pengaruh budaya iaitu Berber, Arab dan Eropah.
Sebenar-benarnya lah kan.. akak ni rasa terpanggil untuk abadikan Trip Morrocco yang dah dipendam lama ni ke dalam blog apabila seorang kenalan baru mengkabarkan yang dia baru pulang dari Morrocco. Terus lah akak ni terbayang kembali kenangan ketika di sana... Ya, sangat cantik.. begitu juga budaya mereka. Akak patut berterima kasih padanya, kalau tak.. mungkin tak kan di abadikan dalam blog. Maklumlah dah terlampau lama, bayangkanlah.. dah 8 tahun dulu, sampai dah tak ingat beberapa nama tempat, kenalah akak buat research sikit balik...
meh tengok video ni dulu..
Akak berkesempatan melawat ke beberapa negeri di Morrocco seperti.. Rabat, Marrakech, Fes, Meknes, Tangier.. kesemuanya begitu unik dengan budaya mereka manakala Casablanca pula adalah sebuah bandar yang moden dan merupakan bandar yang terbesar di Morrocco... dan Rabat pula adalah ibu negeri Morocco.
Cous Cous adalah makanan yang paling popular di Morocco bagai menggantikan nasi. Ianya adalah bebola semolina yang berbentuk sangat kecil. Tetapi cara menyediakannya agak berlainan sedikit antara satu daerah ke satu daerah.
Manakala Tagine pula adalah stew yang diperbuat daripada daging dan sayur-sayuran yang dimasak secara tradisional dalam periuk tanah liat dengan penutup yang berbentuk kon. Bentuk periuk tagine sedemikian rupa adalah bertujuan untuk membolehkan wap naik, terpeluwap di atas dan menitis balik ke dalam rebusan.
di negara lain. Jadi, ambillah kesempatan itu ye. Minyak argan elok untuk kulit juga digunakan sebagai bahan perubatan.
Jika bernasib baik, anda juga boleh nampak orang tempatan bangsa Berber yang berpakaian tradisional menjual air di kawasan djemaa-el-fna di Marrakesh.
Kambing Panjat Pokok?
Pernah dengar tak ? haaa, bunyinya memang pelik Tapi Benar !
Peliknya, kambing aneh ini ini benar-benar memanjat pokok Argan di Morocco untuk mencari makanan, yang jarang ditemui di rantau ini. Kambing-kambing ini sudah biasa memanjat pokok malah mampu menyesuaikan diri untuk berjalan di atas pokok. Nak tau lebih lanjut misteri ini? Klik sini
Najis kambing mengandungi biji-biji benih yang mereka makan digunakan oleh penduduk tempatan untuk dikisar dan dijadikan minyak. Lebih membimbangkan, minyak ini kemudiannya diproses untuk menghasilkan beberapa kegunaan termasuk kuliner dan kosmetik...
Marrakesh
Ketika grup kami sampai ke Morrocco dah pun tengahari. Jadi kami dibawa terus ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Kami disambut mesra ketika memasuki ke restoran mewah ini dan persembahan tradisional dipersembahkan sebagai mengucapkan selamat datang pada kumpulan kami.
Hotel yang kami stay semasa di Marrakech, Hotel Imperial Borj yang bertaraf 5 bintang.
Marrakesh, juga dikenali sebagai The Pearl of the South. Kami dibawa melawat sekitar bandar Marrakesh antaranya ialah Djema El Fna Square dan Bahia Palace dan juga sebuah masjid lama tapi cantik yang dikenali dengan nama Masjid Kaotouba, juga dikenali sebagai Jami'al-Kutubiyah (Kutubiyya Mosque) yang merupakan masjid yang terbesar di Marrakesh.
Complex D'Artisanat
Masjid Al-Koutoubi, juga dikenali sebagai Jami'al-Kutubiyah adalah sebuah masjid yang terbesar di Marrakesh yang dibina sekitar tahun 1184-1199 di bawah pemerintahan Yaqub al-Mansur.
Seterusnya, kami dibawa melawat ke Tombeaux Saadiens iaitu sebuah makam peninggalan Dinasti Saadin.
Tombeaux Saadiens merupakan makam-makam yang diukir begitu cantik dengan kehalusan dan diperbuat dari batu-batu marmar Itali Carrara yang berwarna-warni di zaman pemerintahan Sultan Ahmad al-Mansur (1578-1603). Makam ini telah ditemui pada tahun 1917 dan telah dipelihara dengan baik.
Di dalamnya ditempatkan makam-makam Sultan beserta keluarganya yang dikatakan berasal dari lembah sungai Draa dan dianggarkan kira-kira 60 anggota Dinasti Saadin yang telah disemadikan di situ. Makam yang terbesar di situ adalah makam Ahmad al-Mansur dan keluarganya.
Bangunan ini didirikan dengan 3 buah bilik dan yang paling terkenal adalah bilik yang mempunyai 12 tiang di mana jasad putera Sultan Ahmad al-Mansur disemadikan.
Manakala di bahagian luar bangunan ini pula terdapat kawasan pemakaman yang indah. Di sinilah kubur-kubur askar dan hamba sahaya yang dihiasi dengan pelbagai pokok bunga dan pokok buah-buahan.
Makam-makam Diraja dari Dinasti Saadin beserta keluarganya
Fes
Fes terletak di timur laut Morrocco dan sering dirujuk sebagai pusat budaya di negara ini. Fes terkenal sebagai Fes El Bali dengan dinding medina yang mempunyai senibina Marinid dan pasar-pasar yang meriah dengan suasana zaman dulu.
Medina ini merupakan pusat kepada sekolah-sekolah agama seperti Bou Inania dan Al Attarine di abad ke-14, kedua-duanya dihiasi dengan ukiran kayu yang rumit dan kerja-kerja jubin hiasan.
Di Fes, kami stay di Hotel Menzeh Zalagh ini..
The Royal Palace (Dar el-Makhzen), Fez Morocco
The Bab Boujloud (Blue Gate)—so named for the blue Fassi tiles on the outside—was constructed in 1913 by the French in a Mauresque-Andalusian style; the original 12th century entrance to the medieval medina sits beside it. The swirls-and-stars-patterned tiles switch to green on the inside, but from either direction it’s an impressive and bustling entry to the historic area’s 9,500 streets and alleys.
Bab Boujloud
“Artisanal” may be an overused word these days, but in Fez it actually means something. In the weaver's souk in the medina, a man works at a large wooden loom to create colorful bedspreads, robes, and scarves from silk and cactus threads. The medina is believed to be the world’s largest car-free urban area, so donkeys and mules are piled high with goods; shouts of “balak” will warn you to get out of the way.
Bou Inania Madrasa
The Madrasa Bou Inania is a madrasa in Fes, Morocco, founded in AD 1351–56 by Abu Inan Faris. It is widely acknowledged as an excellent example of Marinid architecture. The name Bou Inania comes from the first part of the sultan's name Abou Inan.
The Madrasa Bou Inania is a madrasa in Fes, Morocco, founded in AD 1351–56 by Abu Inan Faris. It is widely acknowledged as an excellent example of Marinid architecture. The name Bou Inania comes from the first part of the sultan's name Abou Inan.
Nejjarine Fountain, Medina of Fez in Fes
Casablanca
Casablanca merupakan bandar yang terbesar di Morocco, terletak di bahagian barat tengah di Lautan Atlantik.
Bila sebut saja perkataan Casablanca ini, apa yang terbayang di kepala akak ialah lagu popular Casablanca, bagai terngiang-ngiang di cuping telinga :)
Casablanca juga merupakan tajuk sebuah filem romantik amerika yang sangat popular pada tahun 1942r. Woww.. lamanya dah, akak pun belum lahir lagi.
Di Casablanca, kami stay di Ramada Hotel Les Almohades
Seterusnya melawat ke Palace Mohamed V tetapi pelawat tidak dibenarkan masuk. Cukuplah dengan terpegun melihat keunikan dan kecantikan ukiran pada pintu besarnya saja.
Selepas itu, kami berehat dan minum sambil bersantai berhampiran pantai dengan deruan angin yang bertiup halus ke muka. Ketika bergambar berlatarbelakang pantai yang indah di Casablanca pada tahun 2008, saya bagaikan terasa sekali romantik nya lokasi ini kerana terbayangkan lagu Casablanca tu. Siapa tak pernah dengar lagi lagu tu, silalah gugel youtube ye :)
persoalannya : kenapa semua gambar akak tu blur?
jawapannya : sebab masa itu belum berhijab lagi... :)
Tangier
Bergambar bersama 3 lelaki Morrocco iaitu tour guide dan driver bas kami..
Sekianlah dulu perkongsian pengalaman di Morrocco. Itu pun tak dapat nak tulis yang lebih detail, sebab memang tak ingat dan tiada catitan. Haaa.. yang lagi 2 negara tu, tak tau lah pulak bila boleh diabadikan.. ye lah .. trip ni kan 3 serangkai.. Spain-Morrocco-Egypt ..hmmm.. ntah ler..
ooohhh.. lagi satu, akak terkompius dan tak ingat ni.. samada naik ferry cross selat Gibraltar dari Tariffa(Spain) atau pun macam mana ni.. heheheee.. nanti bila free free akak survey balik.. :)) Apa-apa pun, Morrocco ialah sebuah negara yang sangat unik... authentic.. jika ada rezeki lagi, memang akak teringin untuk ke sana lagi.. InsyaAllah..
Selamat tinggal Maghribi...
Keunikanmu tetap abadi dalam memoriku..
No comments:
Post a Comment