Sebenarnya, akak hanya menemani ibu akak (tak berapa sihat) yang sudah mendaftar dan bayar untuk mengikuti rombongan Persatuan Ibu Tunggal Lembah Keramat itu ke Batam, Indonesia.. kiranya akak ni tumpang semangkuk je lah, tapi tetap kena bayar okeyyhh :)
Di dalam bas, kami diberi percuma dengan 2 biji muffin setiap orang bagi mengalas perut jika lapar. Terima kasih pada yang telah sponsor tu. Kalau tak silap telinga akak ni dengar lah, yang sponsor tu ialah kakak ipar Datuk Ali Rustam sendiri. Dengarnya, ramai juga daripada ahli grup ini orang Umno gituuu...
Driver bas kami berhenti beberapa kali bagi membolehkan 'makcik-makcik' dan 'kakak-kakak' tu membuang air..
Dah sampai ke check point Johor Bahru. Semua kena turun dan tarik beg masing-masing. Berpeluh jugalah akak sebab kena tarik 2 beg tu.. beg sendiri dan beg mak sekali..
Ada juga yang menukar duit rupiah di situ
Ada seorang ahli yang telah tertinggal paspot nya di rumah. Kecoh jugaklah sikit..
Kesian betul.. sebab dah sampai ke Johor Bharu, baru sedar. Puas dia menggeledah beg baju nya di situ, tetap tak jumpa. Dia kata mungkin dalam beg lagi satu sebab malam semalam nya dia tukar beg. Begitulah..kalau tak ada rezki nak pergi. Terpaksalah dia balik ke rumah aje..
Seterusnya, rombongan kami diberikan hadiah sebuah bagpack oleh Melaka Holidays dan sebuah buku eksklusif "Meniti Keindahan Masjid-Masjid Melaka" yang mempunyai 187 mukasurat yang penuh dengan gambar-gambar masjid bagi seluruh Melaka.
Cenderahati ini adalah dari Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam (Ketua Menteri Melaka). Sebenarnya, tiket feri bagi kesemua ahli grup kami telah di sponsor oleh beliau dengan menggunakan Melaka Holidays Tours. Ini adalah projek pertama beliau bagi Persatuan Ibu Tunggal.
Kata aluan Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam (Ketua Menteri Melaka)
Seterusnya, selepas urusan kastam dan tiket feri selesai, kami pun turun untuk menaiki feri menyeberang ke Batam.
Perjalanan dengan feri ini akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit...
Air minuman diberikan percuma... tapi kalau nak maggi cup, kena belilah dengan harga RM5 satu cup...
Rombongan kami mendapat liputan dari berbagai press serta media eletronik..
Ceh waaahhhh.. akak kita ni posing maut nampak... jangan marah! :))
Subhanallah... Indahnya pemandangan...
Di sebelah kiri adalah pulau Riau dan di sebelah kanan adalah Singapore.
Alhamdulillah, dah sampai ke Sekupang Ferry Terminal, Batam..
Akak ni nampaknya tak sempat nak snap banyak gambar sebab sebok dengan beg-beg dan juga membantu mak ke hulu ke hilir... huhuuuu...
ok, sambung lagi nanti...
nak kena gi clear imigresen/kastam pulak ni...
No comments:
Post a Comment