Pembuka tirai percutian tahun 2016... Kali ini akak nak update post tentang Vietnam. Ada yang bertanya , Vietnam lagi? Apa yang dicari? Hahahaaaa... gelak je lah akak.. Sebenarnya, akak ni baru balik dari Ho Chi Minh, Vietnam 2 hari lepas. Trip santai akak ni selama 4 hari dari 8/1/2016 - 11/1/2016.
Ada antara kawan akak yang cakap akak ni "balik kampung".. hehehee.. iye lah..sebab dah banyak kali pergi Ho Chi Minh ni..
Kami pergi berlima je. Sepatutnya di awal planning trip ni, ramai yang nak join.. tapi bila dah nak last last minit tu, ramai yang cancel.. tak dapat cuti lah, anak tak de orang nak jagalah.. macam-macam lagi...
Baru sampai di Tan Son Nhat Airport, Saigon
Oleh kerana kami sampai masih pagi, maka kami pergi minum kopi vietnam dulu di Du Mien Garden Cafe. Sebelum ni pernah tengok gambar tempat tu, tapi tak pernah sampai lagi dan tak tahu di mana.. Tempat ni tersangatlah cantiknya dan suasananya yang agak sunyi dapat menenangkan fikiran.
harap maaf, cerita vietnam ni akan akak lengkapkan story nya lain kali disebabkan nak up kan dulu story trip Cambodia - Laos akak yg baru akak balik semalam, mungkin juga tak dpt siap penuh kerana mlm esok akak akan berangkat ke India pula selama 2 minggu...penat sungguh rasanya..
*****
(20/3/2016)
yuhooooooooooooooooooo...
ok, I'm back here now... heheee..
baru dapat nak sambung story trip Vietnam yang terbengkalai ni..
Cafe Du Mien Garden ni sangat akak suka, tempatnya cantik dengan suasananya yang damai, sangat sesuai untuk relax kan kepala otak yang sedang serabut... pertama kali akak pergi terus jatuh cinta dengan tempat ni tau... kalau malam, cafe ni lagilah cantiknya.. dengan kerlipan lampu-lampunya.. ada yang lip lap lip lap... :))
hiasan bunga cherry blossom sangat menyerikan lagi suasana di Cafe Du Mien ni..
Cantik kan tempat ni?
eh..tengok apa tu?
wowww...
kami order kopi vietnam..
haaaaa...cara penyediaan kopi ni agak unik sikit tau... nak explain pun lupa dah.. nasib baik ada Ali yang tolong bancuhkan... hehehee..
ini teh vietnam yang diberi percuma...
rasanya macam teh 'o' yang sangat cair gitu.. takde gula..
Address: 7 Phan Văn Trị, phường 10, Hồ Chí Minh, Vietnam
Phone:+84 90 303 09 35
Hours: Open today · 7AM–11PM
Selepas menikmati ketenangan dengan suasana di Cafe Du Mien tu dan dah selesai minum kopi, kami pun beredar... haaa..nak tau ke mana? apa lagi shopping ler... di kawasan luar bandar Ho Chi Minh City.. Akak memang dah tak shopping di pasar Ben Thanh dah sebab harganya lebih mahaiiii...
Ok, dah penat shopping, baru kami menuju ke hotel yang akak dah book awal-awal lagi sebab takut penuh. Maklumlah hotel yang akak selalu book di area pasar Ben Thanh memang selalu penuh..
Trip kali ni akak stay di Hotel Pinky Saigon 2 sebab nakkan kawasan 'kampung malaysia'...hahahaaa... digelar begitu sebab memang dipenuhi dengan pelancong dari mesia dan penjual di situ kebanyakannya muslim dari champa... kat situ keluar pintu hotel je dah ada pasar malam :))
Beginilah keadaan di depan hotel..
Antara tempat makan feberet kami ialah Restaurant Halal Amin Pho Muslim... mee sup, kueyteow sup nya...sedapp! Tak de pulak ambik gambar mee sup tu..hahaaa.. tak sempat snap kot.. sampai je, terus makan...
Sebenarnya makan di Vietnam ni agak mahal harganya.. ialah sebab kebanyakannya lebih suka letak harga dalam usd. Harga di restoran Halal Amin ni boleh tahan.. so, sebab tu suka makan kat sini :)
Oh ye, restoran ni dah berubah wajah semenjak last akak pergi yang tahun lepas...dah buat renovation, siap dengan lampu lip lap lip lap lagi..macam kalubi malam, bak kata arwah P.Ramlee.. (ada sapa tak faham ke?) .. macam night club lah.. hahaha.. :))
Lepas dinner, kami bertumpu ke night market.. peberet place tu..
Dah balik hotel, pekena kopi ais Vietnam pulak lagi.. pergghhh..power!
lepas tu akak tak boleh tidur..padan muka! hikkk..
Ok, sebelum tu, akak nak kongsi sikit tentang bahaya nya kalau pergi Vietnam ni naik transport awam, boleh baca ni...
Dah dah lah tu.. jom balik tidur.. esok nak ke Sungai Mekong.. :))
--> [Next] <--
No comments:
Post a Comment