Tuesday, 25 February 2020

SALAM 1 REJAB 1441H

SALAM 1 REJAB 1441H



Sangat digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar di dalam bulan Rejab dan mula bersiapkan diri untuk tibanya bulan Ramadhan.

Antara istighfar yang digalakkan adalah
رب اغفر لي وارحمني وتب علي
Robbigh firli warhamni watub 'alayya 70x selepas solat isyak.

Disunnahkan juga untuk membaca doa
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Allahumma baariklanaa fii rajabi wa sya'baani wa ballighnaa romadhoon

Para ulama' muktabar mengatakan bahawasanya ada lima malam unggul yang mana ALLAH Subhanahu Wata'ala akan berikan anugerah besar pada tiga malam, iaitu

1. Awal malam Rajab;
2. Malam Nisfu Sya'ban;
3. Malam 'Idil fitri;
4. Malam 'Idil Adha; dan
5. Malam Jumaat.


Semoga ALLAH berikan kepada kita taufiq dan hidayah untuk beribadah pada malam-malam tersebut, dan diterima segala amal ibadah kita....
Aamiin ya Robb... اللهم آمين. اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى وآله وصحبه وسلم. والحمدالله رب العالمين




No comments:

Post a Comment

Popular Posts