Saturday, 3 March 2012

AMALAN DARI SURAH AN-NUR - AYAT 35



AMALAN DARI SURAH AN-NUR
Amalan untuk mendapat nur luaran dan dalaman dari Allah s.w.t.
(amalkanlah setiap lepas solat subuh, insyaallah...)


Juzuk : 18Surah : AN-NURNo. Surah 24Ayat : 35



Tafsiran Ar-Rahman
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.   
[Baca ayat ini dengan meletakkan tangan di dada - 1x]

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Allah is the Light of the heavens and the earth. The Parable of His Light is as if there were a Niche and within it a Lamp: the Lamp enclosed in Glass: the glass as it were a brilliant star: Lit from a blessed Tree, an Olive, neither of the east nor of the west, whose oil is well-nigh luminous, though fire scarce touched it: Light upon Light! Allah doth guide whom He will to His Light: Allah doth set forth Parables for men: and Allah doth know all things.



Pengenalan Ringkas Surah An-Nur
Surah An-Nur, merupakan surah yang sinonim dengan wanita. Ini kerana penurunannya juga disebabkan seorang wanita mulia, Saydatina Aishah r.a. Disebabkan kamu munafiqin Ummul Mukminin r.a telah difitnah semasa pulang dari peperangan Bani Mustaliq.
Terkedu, hampa dan sedih. Begitulah jiwa isteri Baginda saw tika itu. Namun Allah menyelamatkan maruah wanita mulia dan menurunkan Surah An-Nur.
Surah An-Nur memang sungguh digalakkan untuk para wanita belajar dan memahaminya. Ia merupakan surah yang diturunkan di Madinah secara ijma’. Surah An-Nur mengandungi pelbagai hukum hakam berkaitan wanita, kekeluargaan dan perkahwinan. Di antaranya, hukum qazaf, li’an, aurat, zina dan pelbagai aspek meliputi hukum berkaitan wanita.
Oleh itu, ajarkan ahli keluarga kita akan surah An-Nur. Ini merupakan wasiat para Salafussoleh untuk kita, generasi terkemudian.
Saidina Umar Al-Khattab telah menulis kepada penduduk Kuffah.
“Ajarkanlah wanita-wanita kamu keluarga Surah An-Nur.”
Manakala Saydatina Aishah ra juga tidak ketinggalan menyampaikan pesanan kepada para wanita di zamannya. Kata Saydatina Aishah r.a
” Janganlah hanya mengajar anak-anak gadis kamu, hal memegang alatan dapur mengajar menulis semata-mata, tetapi ajarkanlah anak-anak gadis kamu Surah An-Nur dan menenun benang” 
dipetik dari http://nisaterengganu.blogspot.com/2009/05/surah-nur-buat-wanita.html


1 comment:

  1. Amalan ayat Surah An-Nur ayat 35 ini telah diajarkan oleh penceramah terkenal Dr.Fatma semasa menghadiri kelas tafsir Quran nya. Amalakanlah ia setiap lepas solat subuh, insyaallah,akan mendapat nur luaran dan dalaman dari Allah s.w.t.

    ReplyDelete

Popular Posts