Friday, 9 March 2012

MEMORI JUMAAT & RAHSIA AMALANNYA





JUMAAT adalah satu-satunya hari yang Allah pilih untuk menjadi hari besar bagi umat Islam dalam seminggu. Ia digelar 'sayyidul ayyam' (penghulu bagi semua hari). Pada hari ini kehidupan manusia dimulakan dan akan diakhiri nanti iaitu terjadinya hari kiamat. 
















Perkara-perkara besar yang berlaku pada hari Jumaat, antaranya: 


1)  Pernikahan antara Nabi Adam AS dan Hawa.
2)  Pernikahan antara Nabi Yusuf AS dan Zulaikha.
3)  Pernikahan antara Nabi Musa AS dan Shafura binti Nabi Syuaib AS
4)  Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Khadijah binti Khuwailid RA
5)  Pernikahan antara Nabi Sulaiman AS dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'.
6)  Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar RA.
7)  Pernikahan antara Ali bin Abu Talib RA dengan Fatimah binti Muhammad SAW.


Beberapa Fadhilat dan keutamaan hari Jumaat
penghulu segala hari (sayyidul ayyam):


1)  Diwajibkan Solat Jumaat


2)  Memotong Kuku dan Menggunting Misai
      
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  
biasa memotong kuku & menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.








3)  Didoakan oleh  
    Malaikat
      Nabi Muhammad SAW  
      bersabda yang bermaksud:
      "Siapa yang membaca Surah  
      Ali Imran  pada hari  Jumaat,  
      maka dia akan  didoakan oleh malaikat sehingga malam".


4)  Diampunkan Dosa
      Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
     "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh; 
     "Astaghfirullahalladzii laailaaha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaihi," (3x).      
      nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di      
      laut".


5)  Hari Berbuka
      Dari Abu Hurairah RA katanya, dia  
      mendengar Rasulullah SAW bersabda  
      yang bermaksud:
      "Janganlah kamu berpuasa pada hari 
      Jumaat, melainkan bersama satu hari  
      sebelum atau sesudahnya".


6)  Saat-saat Mustajab
      Pada hari Jumaat, ada saat mustajab doa  
      dan tiada seseorang berdoa bertepatan dengan 
      saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau   
      memutuskan hubungan keluarga.


7)  Mandi Sunat
      Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
     "Siapa yang berwudhuk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik  
      (memadai) tetapi sesiapa yang mandi maka adalah terlebih baik".


8)  Membaca Selawat
      Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : 
      "Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka 
      perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku kerana bacaan selawatmu itu terus 
      disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."




EMPAT KEISTIMEWAAN :


Imam al-Ghazali rahimahullah ada berpesan mengenai hari Jumaat: 


"Dan hendaklah engkau bahagikan masamu di hari Jumaat dari selepas solat Subuh sehingga terbit matahari kepada 4 bahagian:
                              
1)  Berdoa 


2)  Berzikir dan Bertasbih

3)  Membaca al-Quran

4)  Bertafakkur

Dan ketahuilah bahawasanya seseorang hamba itu dipandang daripada sudut agamanya terbahagi kepada  3 darjat:


1)  Salim; ertinya orang yang selamatiaitu orang yang hanya menunaikan amalan fardhu dan meninggalkan maksiat.


2)  Rabih; ertinya orang yang beruntung iaitu orang yang menunaikan amalan fardhu dan meninggalkan maksiat dan menambah dengan melakukan berbagai-bagai ketaatan yang sunat.


3)   Khasir; ertinya orang yang rugi iaitu orang yang cuai daripada melakukan segala amalan fardhu. 




HARI AGUNG DAN SUCI


Hari Jumaat dikhabarkan sebagai hari 'agung' yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya 5 peristiwa yang penting, iaitu Allah menciptakan Nabi Adam AS, Allah turunkan Nabi Adam AS ke bumi, Allah mewafatkan Nabi Adam AS, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi dia tidak meminta sesuatu yang haram.







Pada hari itu akan terjadinya hari kiamat. Dan padanya tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
         
(dipetik dari buku : Memori Jumaat - Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya 
  - Abu Ahmad Yasin)




sharing is caring....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts