Thursday, 3 December 2015

7 Tips Bagi Muslimat Memasuki Raudhah, Masjid Nabawi Madinah al-Munawwarah

Menjadi impian bagi setiap umat Islam untuk menunaikan Umrah dan Haji bagi melengkapkan Rukun Islam yang ke5. Namun bagi kaum wanita yang berusia di bawah 45 tahun, kerajaan Saudi (jika tak silap saya, berkuatkuasa dari tahun 2013) telah meletakkan syarat iaitu wanita memerlukan mahram (suami, ayah kandung, adik beradik kandung lelaki sahaja) bagi memasuki kota Madinah dan Mekah. Sebelum itu, boleh saja menumpang mahram orang lain dalam grup. Maka, perbanyakkanlah berdoa agar niat suci anda dipermudahkan Allah swt..

Bagi anda yang ingin berkongsi pengalaman akak ketika mengerjakan haji, boleh klik di sini

Kali ini akak hanya menyentuh tentang Masjid Nabawi. Satu hal yang selalu menjadi masalah bagi kaum wanita ialah untuk dapat memasuki ke kawasan Raudhah di Masjid Nabawi kerana ada waktu yang tertentu sahaja yang dibuka untuk wanita sedangkan bagi lelaki ianya dibuka 24 jam, tiada masalah.



Akak akui, memang bukannya mudah..dengan ditolak, ditarik oleh bangsa arab, Iran, India dan Afrika. Mereka ni sangat kuat dan besar saiz badannya. Akak sendiri, selama beberapa kali menunaikan umrah dan haji, juga berhadapan dengan masalah ini. Pernah sekali, ketika sedang solat di barisan kedua dari depan sekali berhadapan makam nabi di Raudhah, ketika akak sedang rukuk, telah ditolak hingga jatuh tersungkur... pernah juga ketika bersujud, orang duduk atas kepala akak... mmm..akak redha je lah..

Apakah yang dimaksudkan dengan Raudhah ini?

Antara Rumahku Dan Mimbarku Terdapat Raudhah (Taman) Syurga

Terdapat riwayat dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, bahwa beliau bersabda, 
ما بين قبري ومنبري روضة من رياض الجنة (المعجم الأوسط للطبراني، 2/120) 
"Di antara kuburanku dan mimbarku terdapat taman (raudhah) di antara taman surga." 
(Al-Mu'jam Al-Ausath, Thabrani, 2/120) 

Kalau dilihat dari luar masjid Nabawi, kawasan Raudhah ini ditandai dengan sebuah kubah hijau.



Dibawah inilah terletaknya makam Nabi Muhammad SAW serta 2 orang sahabat karib baginda, Abu Bakar Ash Shiddiq dan Umar bin Khattab iaitu di sebalik pagar besi ini..





Raudhah” bererti taman. Raudhah merupakan salah satu ruangan di Masjid Nabawi yang banyak dimasuki jamaah untuk memanjatkan doa. Ia terletak di antara kamar Nabi dan mimbar untuk berdakwah.  Luas Raudhah dari arah Timur ke Barat sepanjang 22 m dan dari Utara ke Selatan sepanjang 15 m

Satu area di dalam masjid yang dinamakan Raudhah ini ditandai tiang-tiang putih dengan ornamen kaligrafi yang khas dan juga karpet warna hijau yang menutup lantainya. Warna karpet di Raudhah ini berbeza dengan warna karpet lain dalam Masjid Nabawi yang semuanya berwarna merah. Area Raudhah ditandai dengan karpet hijau. Membentang dari rumah Rasulullah SAW (yang kini menjadi makam beliau) hingga ke mimbar. Sekitar 26 x 15 meter.



Selain area Raudhah (karpet hijau), semua area solat dalam masjid Nabawi berkarpet merah. Jadi selama mana anda masih berpijak di karpet merah, maknanya anda belum lagi sampai di kawasan Raudhah, harap anda dapat menunggu dengan penuh kesabaran.




Di bawah ini akak kongsikan 7 Tips untuk masuk ke Raudhah, yang baru akak dapat tadi yang akak kira cukup bagus (dari Kak Pau, akak copy paste terus)

Tips untuk masuk ke Raudah

Waktu Raudah dibuka setiap hari ialah pada pukul  7.15 pagi hingga ke pukul 1 pagi (ditutup waktu solat fardhu..)..ni tempat wanita..tmpt lelaki kakpau tk pasti..jumaat tutup awal utk solat jumaat.

1. mulakan masuk ke pintu 25 masjid Nabawi dgn kaki kanan sambil berdoa..."ya Allah ya Tuhanku..bukakanlah pintu2 rahmat buat ku ya Allah..bukakanlah pintu2 rezeki juga utk ku ya Allah..."..kemudian terus masuk menuju ke Raudah

2. Sebelum masuk Raudah, solat sunat tahyatul masjid dulu di depan Raudah ( carpet merah) dan isikan masa dgn berzikir atau membaca dan cuba hafal doa Raudah sementara menunggu turn utk masuk.( selalunya petugas Raudah akan suruh kita tunggu hingga turn kita..kalau nasib baik dapat terus masuk)

3. Masuk ke Raudah (carpet warna hijau) dan cuba nyelit nyelit hingga ke paling depan sbb jika kita solat di tgh2 Raudah nanti kena himpit atau pijak

4. mulakan dgn memberi Salam pd Nabi dan 2 sahabat Nabi
* assalamualaika Ya Rasulallah, assalamualaika ya Nabi Allah..assalamualaika ya habiballah
* baca selawat atas Nabi (tahiyat akhir) pastu baca fatihah
* pastu baca assalamualaika ya Abu Bakar Siddiq dan Assalamualaika Omar Khattab...(makam Nabi bersebelahan dgn 2 sahabat ini)
barulah mula solat sunat 2 rakaat.

INGAT..!!!!!!!

5. doa sebanyak yg boleh semasa sujud rakaat kedua..minta apa yg kita nak..insyallah dimakbulkan..jgn angkat kepala selagi belum habis berdoa.Jgn angkat tgn dan berdoa selepas solat sbb nanti kena halau dgn jemaah lain atau petugas Raudah..

6. selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam..berdoa dlm hati...ya Allah..jauhkan aku dari api neraka..jauhkan aku dari siksaan kubur..hindarkan aku dari fitnah hidup dan mati dan hindarkan aku dari fitnah Dajjal..barulah bagi salam.Selalunya selepas salam, kakpau sujud semula utk berdoa dlm beberapa minit..

7.Bangun dan bg peluang pd org belakang kita pula utk solat..terus keluar sambil terus berdoa hingga keluar dari karpet hijau..


Oh ye... 1 tips dari akak... yang baru akak praktikkan pada tahun 2014 iaitu pakai purdah hitam serta jubah hitam seperti orang arab ketika pergi ke Masjid Nabawi, in shaa Allah mudah sedikit kerana petugas-petugas di situ memberi 'proriti' ketika kita masuk melalui pintu masjid bahagian wanita serta bila queue, tika dah hampir memasuki ke Raudhah, penjaga di situ menyuruh kita masuk cepat sebab ingat kita ni orang arab :))



Semoga anda mendapat serba sedikit info bagi membantu anda sebelum sampai ke Raudhah nanti dan semoga perjalanan anda dipermudahkan ..amiin...


1 comment:

  1. subhanallah...thanks kakpau tuk tips ni...
    moga saya diberi kesempatan menjadi tetamuNya...I.Allah..

    ReplyDelete

Popular Posts