Trip Cambodia-Laos ini adalah selama 8 hari iaitu pada 21/1/2016-28/1/2016. Flight ke Siem Reap pada awal pagi iaitu 7:50 pagi membuatkan akak tak lena tidur..ye lah memikirkan kena ada di airport pukul 5:50 pagi. Pukul 4.45 pagi teksi yang ditempah datang menjemput.
Sebenarnya, akak dah banyak kali pergi bercuti ke Siem Reap sebelum ni. Kali ini akak pergi bertiga.. bersama cousin akak dan seorang kawan yang nak mengikut akak travel. Mesti anda tanya, best sangat ke sampai pegi banyak kali? kannnn.. :)) Tak tau lah pulak apa yang menarik sangat sebenarnya di situ, tapi cousin akak tu suka sangat masuk ke dalam Angkor Wat sebab dia tu pencinta sejarah...tau aje lah Angor Wat tu adalah world heritage.
Som swa kom ka mok dol cambodia..
Maksudnya..selamat datang ke cambodia
Setelah selamat sampai, kami terus ambil teksi untuk mencari hotel di city centre. Sepatutnya, driver tuk tuk yang akak selalu guna servisnya datang jemput. Tapi disebabkan dia berada di hospital ketika itu dan telah terlupa pula dengan kedatangan kami, maka kami terpaksa mencari alternatif lain.
Setelah pusing-pusing, akhirnya kami check-in ke Hotel Ponlue Angkor Siem Reap Villa, yang terletak di tengah bandar.. hmmmm...not bad juga hotel nya. Kami mendapat sebuah bilik untuk 3 orang dengan harga 25usd semalam.
Selepas check-in, kami pergi sightseeing sekejap naik tuk tuk... sebenarnya nak beli buah-buahan. Maklum...kat sini buahnya sangat fresh dan sedap serta besar pula..
Ini ialah kerang yang digoreng bercili... tak tau macamana rasa..tak halal ni..
Dahagalah pulak...
ok lah kami nak balik hotel dulu
bolehlah nak berehat sekejap sebab pukul 1.30 pm nanti kami nak ke Cultural Village pula...
haaaaa...inilah buah-buahan yang kami borong tadi :))
-->>[Next] <<--
No comments:
Post a Comment