Friday 12 June 2015

Melancong Ke Batam Kepulauan Riau (Part 4)

Melancong Ke Batam (Part 4) - Shopping!

Keesokan paginya selepas breakfast, kami turun ke bawah untuk meninjau-ninjau di kedai yang berhampiran. Ibu ku berhasrat untuk membeli handbag...


haaaa..dah dapat yang berkenan di hatinya..
Semalam dah beli 1 handbag, pagi ni beli 1 lagi handbag, kulit buaya okeyyy :))
juga 1 beg pakaian LV ... pergghhh !






Selesai beli beberapa barang, akak menghantar ibu ke bilik. Kemudian akak keluar duduk di lobby untuk dapat akses internet. Baru beberapa minit duduk di situ, datang pula beberapa orang dari grup kami bercerita tentang pakaian muslimah di mall citywalk yang mereka pergi malam tadi, lalu setelah berbincang, kami berlima pun setuju untuk mengambil teksi ke mall itu.


Malangnya, apabila kami tiba di situ, mall itu belum dibuka lagi. Maka, supir teksi mencadangkan kami pergi ke pasar saja kerana menurutnya ada juga menjual pakaian muslimah di situ, dan kami setuju untuk pergi. Bayaran yang dikenakan oleh teksi itu ialah Rp.120,000 untuk pergi dan balik. 


Kami agak hampa kerana tidak menjumpai apa yang dihajati, lagi pun dengan keadaan yang tergesa-gesa, kami tidak berapa selesa untuk shopping. Kami harus pulang ke hotel sebelum jam 10.30 pagi kerana harus check-out. 

Sewaktu nak menaiki teksi, tiba-tiba seorang pelancong lelaki telah jatuh ke atas jalan. Rupa-rupanya dia terkena sawan. Akak lihat menggeletar seluruh tubuhnya. Berderau jugak darah tengoknya. Ramai yang mengerumuni lelaki itu tapi malangnya, tak ada sesiapa pun yang membantu. Selepas beberapa minit, alhamdulillah.. akak tengok lelaki tu baru pulih. Lega rasanya. Kami pun meninggalkan kawasan itu.


 Sampai saja di hotel, akak berlari ke bilik, kelam kabut juga packing barang...


Seperti biasa, 4 buah van sedang menunggu kami. Pak supir semua sedang sibuk menyusun beg-beg kami yang menimbun, semua ahli telah beranak-ranak beg nya! :)) Dah settle semua, kami pun berangkat meninggalkan hotel itu...Kami diberitahu bahawa lepas check-out, akan dibawa ke 2 buah mall pula untuk shopping sebelum kami dihantarkan ke Sekupang Ferry Terminal.

Ok, bye-bye Hotel Sari Jaya!













Kami dibawa ke kawasan yang ada pasaraya "Jodoh Centre". .. wowww..namanya hebat loh! :) Kami diberi masa selama 2 jam untuk shopping di situ.


hmmm... tak ada apa yang menarik bagi akak dalam pasaraya tu, lalu akak pun turun dan langsung ke kedai-kedai yang berhampiran pula... 




Di sini, akak membeli beberapa helai blouse muslimah...



Di kaki lima, akak rasa pelik melihat banyak batu-batu yang berwarna-warni dijual di situ. Lalu akak bertanya pada si penjual, untuk apakah batu itu. Rupa-rupanya, batu-batu itu adalah batu untuk dibuat cincin.. ooohhh.. baru lah akak tahu... heheheee.... lepas tu baru ternampak banner Gemstone tu :)





 Siap mak akak suruh ambik gambar dia tengah pilih batu tu (eksen je, tak beli pun )



Sedang kami memilih barang, AJK persatuan datang untuk memberitahu kami yang orang lain semua dah tunggu dalam van untuk pergi ke shopping mall Nagoya pula (walaupun masa tu baru 1 jam je). Kami pun bergegas lah ke tempat parking van.

Apabila dikira bilangan ahli yang di dalam van, ada 2 orang lagi yang tak cukup. Ajk pun turun untuk pergi mencari mereka, tapi tak jumpa. Lama juga mereka mencari. Kami agak panik jugak sebab tak jumpa-jumpa yang 2 orang itu. Lalu AJK mengambil keputusan untuk menghantar kami dulu ke satu shopping mall dan mereka akan kembali lagi ke situ untuk terus mencari 2 orang yang hilang tu.





Sampai di 1 mall (akak lupa namanya, gambar pun tak ambik), emak akak beli keropok malinja 2 kilo, yang high qualiti berharga Rp.70,000 sekilo, Akak pulak beli tempeyek sekilo (harga dah lupa).. sedap.. rangup sangat.. 


Selepas itu, akak singgah di satu kedai yang menjual tudung, murah harganya untuk tudung yang eksklusif gitu (sori, lupa ambik gambar) kalau di KL, harganya dalam RM50-RM60 sehelai. Di situ dia bagi akak RM18 sehelai. Apa lagi, akak pun terus borong sampai 5 helai, berbagai warna dan design menarik serta batu perhiasan yang berkualiti. Rasa cukup puas hati... heheheeeee...


Selepas itu, kami dibawa ke Nagoya Hill Shopping Mall pula... 




Di sini, kami diberi masa cuma 1 jam saja. Maka, akak pun tak shopping dah, cuma beli kek aje di samping lunch... sebab orang lain semua dah lunch di mall sebelum ini, yang mana akak sibuk shopping tudung tadi.











Ibuku dah lapar... makan nasi campur... murah jugak.. lauk ku udang goreng cili api, tempe goreng serta ayam goreng.. sedap, pedas! Ibu ku punya lauk, tak ingat sudah...
tapi 2 pinggan nasi campur tu harganya Rp. 41,000 je..



ada sambungannya sikit lagi, tengah tunggu gamborrrr... :))





No comments:

Post a Comment

Popular Posts