Friday 5 June 2015

Hat Yai (Part 1)

Thailand - Hat Yai (Part 1) - Grand Plaza Hotel

Dah sampai pun kami berjalan kaki ke Grand Plaza Hotel. Alhamdulillah, walau pun masih pagi lagi.. namun bilik akak (family room) telah pun ready untuk masuk. Yeayyy.. seronok! Sementara ada beberapa rakan yang lain, bilik mereka belum dapat disediakan lagi, maka mereka harus menunggu di lobby. Maaf ye, akak masuk dulu...

Hmmmm... nampak eksklusif juga hotel yang bertaraf 3 bintang ini. Kalau nak tahu lebih detail tentang bilik family yang akak tinggal tu, boleh baca akak tulis review hotel ni di sini.



Di sebelah hotel Grand Plaza ni, ada hotel yang ada tempat shopping sekali, nama hotel itu ialah Lee Gardens Plaza Hotel. Di sini, terdapat banyak kedai kasut dengan berbagai pilihan tawaran kasut yang menarik...



Sempatlah jugak akak meninjau-ninjau kasut tu dan terrr..beli beberapa pasang kasut dan selipar selepas balik dari mendaftar Hat Yai International Marathon tadi. Kopak lagi..






On the way keluar, ternampak pulak 2 orang budak perempuan sedang di mekap kan... comel :))




Dengar kata, di Swensens ini, harga aiskrim nya sangat murah... nak juga try nanti..heheheeee.. maklumlah akak ni memang peminat aiskrim sebenarnya :))

Apabila menjelang lewat petang, kaki lima berhampiran dengan hotel Grand Plaza ini dipenuhi dengan penjual berbagai street food.





Geram pulak tengok buah mangganya yang besar besarrrr...



Kalau datang ke Thailand, jangan lupa untuk mencuba pulut mangga ni..
hmmmm.. memang sedap! isssshhhh..meleleh pulak air liur akak ni ;)








Harga nya agak mahal jugak ni... udang goreng 1 bekas tu ada 4 ekor, harganya lebih kurang RM20.







Dah macam-macam barang dan makanan beli dah ni, sampai berat tangan mencibitnya... 
Akak nak balik hotel lah dulu ye nak melurus-luruskan kaki ni... :)




Sambung lagi nanti.. tungguuuuuu...!



-next-




No comments:

Post a Comment

Popular Posts