Day #2 (31/10/2015)
Changsha - Zhangjiajie, China.
tiket bas di tempat yang betul. Harga tiket bas ialah 100 yuan=RM67
Kami dibawa menaiki local bus dulu dengan bayaran tiket 2 yuan, tak jauh.. dalam 15 minit je agaknya sebelum kami diarahkan turun untuk menaiki bas express ke Zhangjiajie.
yang pakai baju petak tu lah orang company bas express ke Zhangjiajie...
Perjalanan ke Zhangjiajie mengambil masa selama lebih kurang 5 stengah jam dalam cuaca yang teramat sejuk. Menggigil dalam bas dibuatnya.
Menyesal sungguh tak bawak jaket tebal! Dah sampai di bandar Zhanjiajie, kena cari pula transport yang nak ke hotel...ini pun problem jugek. Sebelum turun, tanya pada driver bas, mcm biasa..ayam itik bagai..last2 dia tulis kat kertas..tulisan cina! Punah harapan... nasib.. nasibbb...
Nasib baik pun driver bas tu sanggup antar ke tempat teksi. Selepas tu, mulalah kami melilau lagi tanya sana tanya sini dalam cuaca yang dibawah 10'C.. bargain harga. Badan dah menggigil.. Ada yg nak 120 yuan, 100 yuan...ada pulak yang bermotor besar pun offer..dlm hati ingatkan..wah best ni dapat ride motor besar naik bukit..sekali tu..mak aiiiii..dia nak sampai 100 yuan sorang!..so I say bye2..tapi dia kejar lagi..akak geleng2 kepala je lah jawabnya.
Alhamdulillah.. dah check in ke Hunan Pipaxi Hotel, Zhiangjiajie... yang kami book semasa di KL lagi dengan booking.com
esok sambung cerita ke Tianmen Mountain ye :))
No comments:
Post a Comment