Day #8
Ho Chi Minh - Vietnam (Part 2)
Haaaaa.... Selepas dah penat merangkak bagai di Cu Chi Tunnel tadi, kami dibawa lunch ke tempat makanan halal serta boleh bersolat sekali di situ.. Alhamdulillah.. itulah yang pentingnya ikut pakej muslim... kalau ikut pakej biasa yang ditawarkan di kebanyakan agency tu, jangan haraplah nak makan...tak halal punya... gigit jari punya!
ayam goreng berempah tu..
Makanan sedap.. serba cukup.. alhamdulillah...
Ok, dah kenyang, jom balik terus ke hotel.
Sampai di hotel, kami pun menyewa kembali bilik hotel untuk separuh hari lagi dan bayar sewa bilik sebanyak usd 15 (RM66) hingga pukul 11 malam, Dapatlah kami berehat, kepala dah memang naik lalok jadinya dek kepenatan :))
Pada sebelah malam pula, acara jalan-jalan cari makan sebelum berlepas ke Phnom Penh, Cambodia.
rindu nak makan kueyteow sup di Restoran Halal Amin
Dah kenyang, window-window shopping jap, cuci mata di night market sebelum balik ke hotel untuk check out.
Kami check out dari hotel Song Anh dan pergi ke tempat bas dengan menaiki teksi.. dekat je, bayar pun RM5 saja.
Terima kasih Zul.. dah tolong dapatkan tiket bas sleeper ke Phnom Penh, Cambodia.
Harga tiket bas ialah usd 13
ok, jumpa lagi bila tiba di Phnom Penh nanti... bye!
No comments:
Post a Comment