Day #6
Hanoi - Halong Bay, Vietnam
Kami sampai ke train station Hanoi dari Nanning, China pada awal pagi iaitu dalam pukul 5.30 pagi, kalau tak silap mata memandanglah masa tu :) Banyak teksi yang menunggu pelanggan di situ. Kami mula tawar menawar dengan beberapa orang teksi driver. Akhirnya, kami menaiki sebuah teksi dengan mengenakan meter. Kami sebenarnya belum book hotel lagi. Tapi ada kawan akak yang bagi nama-nama hotel di city centre. Bila ditunjukkan nama hotel-hotel tu, dia orang ni tak tau pulak.. blurrr jer... Maka kami menyuruh driver teksi menghantar kami ke kawasan budget hotel. Haaaaaa....dah sampai pun, caj yang dikenakan ialah 150,000 dong... eloklah tu, dia bawa ke tempat backpacker :))
Memandangkan waktu itu masih awal pagi lagi, maka kami juga terus booking trip ke Halong Bay. Harga pakej ialah usd25 + usd5 lagi untuk aktiviti berkayak.
View cantik di sepanjang perjalanan, dipenuhi dengan sawah padi... Rumah2 di sini semuanya bentuk tinggi dan slim je.. Serta kedudukannya menyenget.
Bas berhenti di rest area selama lebih kurang setengah jam di sini..
Harga tiket naik boat ialah 120,000 dong
Halong Bay...here I come!
Segarnya pemandangan dari atas boat ini, terasa hilang segala masalah yang dikendong..
Hạ Long Bay, in northeast Vietnam, is known for its emerald waters and thousands of towering limestone islands topped by rain forests. Junk boat tours and sea kayak expeditions take visitors past islands named for their shapes, including Stone Dog and Teapot islands. The region draws scuba divers, rock climbers and hikers, the latter favoring mountainous Cát Bà National Park.
Lunch diberi, tapi akak tak makan..
akak cuma makan gajus ini je yang akak beli di rest area tadi..
Lepas makan ramai pulak naik atas ni..berposing bagai..
Beli tiket ke gua Thien Cung...
Gua Dong Thien Cung ni dikatakan yg paling cantik di Vietnam, baru dibuka pada tahun 2009 sbg tourist attraction.. Harga tiket masuk gua.. 50,000 dong
Untuk sampai ke gua ini, harus menaiki tangga yang agak banyak. Maklumlah tempatnya tinggi. Batu-batu yang turun menjuntai dari atas dan tumbuh dari bawah menghiasi ruangan gua itu. Itulah Stalagtites dan Stalagmites. Udara di dalam gua juga sangat sejuk seperti berada di dalam ruangan yang berhawa dingin.
Ternyata gua ini benar-benar bersih dan sejuk. Tiada sedikit pun tulisan-tulisan vandalisme di sini. Beberapa bahagian lantai gua yang saya pijak juga ada yang terasa basah dan agak licin akibat titisan-titisan air yang jatuh dari atas gua. Maka, haruslah berhati-hati ketika berjalan di situ.
Berbagai-bagai bentuk Stalagmites yang tumbuh dari lantai gua akibat titisan air yang mengandungi batu kapur dari atap gua. Ada yang berbentuk cendawan, juga bentuk brokoli yang bertingkat-tingkat dan ada juga yang bentuk seperti patung orang.
Bersyukur kerana dapat melihat salah satu keindahan keajaiban alam semulajadi ciptaan Tuhan.
Subhanallah... indah nya pemandangan...
ada kedai souvenirs...
Naik balik ke kapal...
Habis tempoh masa yang diberikan, kami dipanggil naik balik ke kapal untuk dihantar balik ke pelabuhan...
watching the beautiful sunset in Ha Long Bay...
namun ia harus pergi jua tanpa boleh ditahan lagi...
Hatiku rasa sedih saat ditinggalkan pergi...
Lepas ni kami dihantar ke pelabuhan dan seterusnya menaiki van balik ke hotel. Perjalanan balik ku rasa teramat-amatlah panjangnya... maklumlah badan dah penat sangat...
No comments:
Post a Comment