Friday, 20 November 2015

Trip Indochina - Sightseeing Hanoi - Vietnam

Trip Indo-China

Day #7 

Jalan-jalan di bandar Hanoi - Vietnam

Selamat pagi ! :))
Lapar ni.. maklum lah semalam gi Halong Bay makan ngutip-ngutip je, tak de halal food.. huk..hukk.. Akak breakfast roti di backpackers hostel ni dengan berselera sekali.. nampak special kan? Roti nya gebuuuu..dalamnya ada telur dadar.. hmmm..sedapnya!



Oh lupa nak bagi tau... malam semalam lepas balik dari Halong Bay, lepas mandi dan solat, akak tidur pengsan terus...kepala pun rasa pening sikit. Nasib baiklah partner akak tu walaupun letih, tapi masih boleh uruskan flight ticket ke Ho Chi Minh dengan orang reception hotel. Harga tiket flight dari Hanoi ke Ho Chi Minh ialah usd 70. Mula-mula plan kami untuk menaiki train ke Ho Chi Minh tetapi memandangkan tiketnya agak mahal iaitu usd90 dan kebetulan nampak flight Jetstar ada offer, maka kami grab je ler... lagi elok, boleh pendekkan masa daripada naik train yang berbelas-belas jam tu kan...

Ok, perut dah kenyang...jom kita ronda-ronda bandar Hanoi pagi ni. Nasib baik partner akak ni pandai bawak motor..nak harapkan akak..urghhhh..tak yah lah! Kami sewa motor ni dengan harga 120,000 dong (lebih kurang RM20). Sebelum keluar, akak bayar bilik dulu untuk extend hours hingga kul 6 petang, sebelum check out ke airport, fly ke Ho Chi Minh. Caj tambahan usd10 .

Hanoi, the capital of Vietnam, is known for its centuries-old architecture and a rich culture with Southeast Asian, Chinese and French influences. At its heart is the chaotic Old Quarter, where the narrow streets are roughly arranged by trade. There are many little temples, including Bach Ma, honoring a legendary horse, plus Dong Xuan market, selling household goods and street food.


Inilah lorong masuk ke hostel kami..


Hati-hati bawak motor ye..














Akak jadi tertarik pulak tengok backpack yang disusun meninggi kat pokok ni
























Buah apa ni?


Sedang bargain harga kasut..last-last tak beli..kah..kah..kahhh...










[credit photo: Gerard M]


[credit photo: Gerard M]


[credit photo: Gerard M]


[credit photo: Gerard M]


[credit photo: Gerard M]


[credit photo: Gerard M]


[credit photo: Gerard M]


Adakah ini menunjukkan perasaan lapar agaknya?
Puas dah tanya sana sini kedai makan halal...huhuuuu...


Kat sini memang kelakar...
Kami sedang lalu kat situ, tiba-tiba kami ditarik oleh 2 orang wanita vietnam yang berniaga di tepi tu lalu terus meletakkan gandar kayu yang berisi buah nenas di atas bahu kami dan suruh kami bergambar dengannya. Akak rasa curiga...apa motifnya..lalu akak tanya pada dia, "do I have to pay?" dia jawab "No" akak tanya lagi sekali.. "are you sure?" dia jawab yesss... akak pun senang hati lah bergambar, tapi dalam pada tu masih ada rasa curiga jugak di atas kebaikannya tu. Bila dah bergambar, akak kata thank you kat dia, lepas tu dia paksa pulak beli buah nenas yang dah potong tu.. mak aii..mahai nya.. dia nak 100,000 dong! akak kata "No, I don't want". Dia paksa lagi.. dan turun-turun kan harga nenas tu.. last-last akak tinggi kan suara cakap.. "not enough money, I don't want" ..lepas tu apa lagi... cabut lariiiiiiii !!!


















 Singgah ke sebuah travel agency, saja je nak survey-survey jer..hikkk..
Memang teringin sangat nak pegi ke Sapa sebenarnya, tapi tak kesampaian. Tak pe, mu tunggu..ku datang lagi Hanoi...next time untuk ke Sapa pulak.









 Akhirnya.... ternampak Halal Food! yeayyyyyyy...hati berbunga-bunga :))


baru 7 hari tu tak dapat nasi.. :))


Steam rice
Chicken Masala
Fish Curry
usd 17.40




Dah kenyang perut, baru boleh balik... :))

Alhamdulillah, dah sampai ke hostel dengan selamatnya :))  Kecut jugak perut akak tadi, maklumlah kat vietnam ni sistem jalanraya nya teruk sekali. Semuanya bersimpang siur dengan motor..tak tau sapa yang patut jalan dulu.. ada masa-masa tu, akak terpaksa pejam mata.. seremmm!


Petang terpaksa check out awal, pukul 6pm, lepak di lobby hostel hingga pukul 7pm baru ambil teksi ke airport dengan caj nya usd 10 . Flight kalau tak silap pukul 10pm.

Dah sampai airport Hanoi...


 check in...

alamak...flight delay lah pulak...


terpaksa sabar menanti...

ok jumpa lagi!





No comments:

Post a Comment

Popular Posts