Thursday, 26 November 2015

Trip Indochina - Phnom Penh, Cambodia To Bangkok, Thailand

Trip Indo-China

Day #10 - Part 1

Phnom Penh, Cambodia - Bangkok, Thailand

Kembara trip Indochina diteruskan lagi. Perjalanan dengan bas selama 12 jam, menaiki sleeper bas "The Blue Bus" pada jam 9 malam tadi dari Phnom Penh. Harga tiket bas ini ialah USD25

Sebenarnya semasa nak membeli tiket bas di agensi, kami diberitahu ada 3 pilihan sleeper bas ni iaitu yg biasa usd23, VIP usd24 dan diberitahu oleh agency, ada syarikat bas terbaru iaitu The Blue Bus dengan harga usd25. 



Memikirkan dengan kelebihan yang terdapat pada the blue bus ini, pasti akan lebih selesa sebagaiamana yang diberitahu iaitu..

1) bas baru, jadi lebih selesa. 
2) bas orang vietnam, jadi lebih lancar
3) perjalanan ke Bangkok akan menjadi lebih pendek iaitu dari yang kebiasaannya 15 jam, akan di cut short kepada 12 jam saja. Bila ditanya bagaimana? begini jawapannya.. bas ini ialah bas express dan tidak akan berhenti di mana-mana tempat untuk mengambil penumpang dah, bas ini tidak akan membawa muatan barang-barang lain, hanya penumpang dan barang penumpang bas saja.
4) Orang syarikat akan membantu dan guide ke tempat immigresen border Thailand
5) mempunyai 2 orang pemandu bas dalam perjalanan.
6) ada wifi

Maka, atas sebab-sebab ini lah kami memilih sleeper bus dari syarikat "The Blue Bus". Tapi alangkah terperanjat dan kecewanya kami ketika kami melangkah naik ke dalam bas ini, tidak langsung seperti yang digambarkan.. 

- Sleeper bus ini adalah seperti bas biasa, kerusinya biasa saja yang cuma boleh diturunkan sedikit bahagian kepala saja dan agak sempit, diberikan dengan 1 biji bantal dan 1 helai selimut. Bayangkan bagaimana jika kami terpaksa duduk berdua di kerusi yang sempit itu sehingga berbelas-belas jam! Nasib baik tidak ramai penumpang dan kami dapat 2 seat untuk seorang, maka bolehlah tidur baring juga walau tak selesa.

- Surprise yang ke2.. setelah bas mula bergerak kira-kira 15 minit, mereka berhenti pula di sebuah tempat dan bebrapa orang tempatannya mula mengangkut naik ke bas..berkilo-kilo jenis sayur-sayuran, buah mangga dan entah buah apa lagi dan meletakkannya penuh padat di bahagian belakang bas dan juga diletakkan di bawah-bawah seat penumpang juga. Bawah seat partner akak tu pun penuh dengan buah mangga..besau..besau! Kami memang terperanjat betul dengan keadaan ini.

Kami juga agak risau tika itu melihatkan jalan-jalan yang dilalui oleh bas ini..tidak ada kelihatan kereta-kereta persendirian mahu pun teksi atau motosikal. Yang hanya nampak di atas jalan yang teruk berlubang-lubang itu hanyalah lori!

- Wifi ? Jangan harap! memang tak ada langsung dalam bas ini tidak seperti yang diberitahu oleh agensi iaitu ada wifi di dalam bas, cuma kadang-kadang bila bas bergerak, wifinya tak berapa bagus.

- cuma yang nampak betulnya ialah no.4 & no.5 saja yang di atas. Memang kena banyak-banyak bersabar ni!

Bas berhenti di rest area. ajak travel partner turun, dia nak tidur. so, akak turun seorang je lah sebab nak pergi toilet. Jalan ke toiletnya terletak agak jauh ke belakang dan sunyi dan malap pulak tu..hmmm.. terpaksa jugaklah dah tak tahan... cepat-cepat masuk, tengok-tengok air dalam kolah kecilnya tu penuh dengan belalang! pelik betul.. dan ada bebrapa ekor belalang di dinding bilik air tu. Sepantas kilat lah akak nak keluar.


Ketika hampir sampai di daerah PoiPet iaitu sempadan Cambodia-Thailand, kami diarahkan oleh driver bas untuk turun dan ditukarkan menaiki van pula untuk dibawa masuk ke sempadan. Rupa-rupanya, bas Vietnam tidak dibenarkan masuk ke Thailand. 













Setelah selesai urusan imigresen, kami dibawa ke cawangan pejabat agensi bas di sempadan itu. Kami diarahkan menaiki van yang lain pula untuk meneruskan perjalanan selama 3 jam lagi untuk sampai ke Bangkok. Van telah penuh kecuali seat row yang agak sempit dibelakang sekali serta dipenuhi dengan beg-beg penumpang. Disitulah kami disumbatkan. Dah lah panas, tak ada aircond... Memang marah betul dan kesal sangat rasanya dengan keadaan itu. Tapi apa nak dibuatkan.. terasa benar bagai di anak tirikan... huhuuu... orang lain dapat seat selesa je semua kat depan tu.







Kesimpulannya memang kami rasa sangat tertipu dengan penerangan manis tapi sebenarnya palsu itu oleh pihak agensi bas. Kepada anda yang ingin travel dengan menaiki bas, janganlah sekali-kali gunakan "The Blue Bus" ini!


Van berhenti untuk mengisi petrol dan di arahkan supaya semua penumpang turun dahulu. Pelik jugak tu...


Setelah dalam setengah jam perjalanan, van berhenti pula di rest area. Dekat situ lama juga, adalah dalam setengah jam..




Cantik jugak tempat ni...


kat sini dapat wifi free... yeayyyy!  :))




Kami pun tak buang masa, terus search dan nak book flight ticket balik KL nanti.

TIBA-TIBAAAAAAAAAAAAA..... jeng jengggg...

partner akak tu cakap dia tak nak balik lagi... adohaiii... dia nak terus lagi ke Hatyai......pulakkkk!  akak pun kebingungan sekejap... nak join sekali, tak dapat dah rasanya sebab dah nak kena balik juga... Akak pujuk dia pun dah tak makan saman dah...hehehee... :))  Padahal malam semalam dah sama-sama agree nak balik KL from Bangkok..sebab partner akak ni dah terlalu homesick dan dah selalu terbayang-bayangkan masakan ibunya...heheee... tu lah yang buat akak tercengang tu.. dalam pada tu dia boleh pulak ubah fikiran tu.. hmmm.. Discuss punya discuss, last-last akak balik sorang je lah nampaknya... huhuhuuuu....

oohhh.. mesti confuse kan? masa di hostel di Phnom Penh tu tak dapat settle booking lagi, sebab wifi nya slow dan selalu hang.. nak buat payment tak lepas.


Dah settle booking flight akak... RM375 (mahal tuuu :'( ), kami naik van balik untuk meneruskan perjalanan ke Bangkok...

bersambung ke final episode ------> [next]


No comments:

Post a Comment

Popular Posts