Saturday, 18 February 2017

Kembara 2017 : Trip London - Turki - Iran (3) : Athens - London

Athens - London

Bismillah... penerbangan yang ketiga ni... dah hampir 24 jam kami berkelana dalam flight dan airport.  Penerbangan dari Athens ke London ni akan makan masa selama 4 jam.



Kitorang ni, bantal memang tak tinggal... tapi malangnya baru ku sedar masa angkat backpack masuk perut kapal ni tadi yang bantal ku dah hilang... Ku tinggalkan skejap je beg atas kerusi (bantal diikat pada beg) yang di depan kedai mart kat tempat boarding tadi untuk beli air mineral... huhuuuu... u'waaaaaa... letihlah kepala ku lepas ni, terkehel sana terkehel sini nanti.. Tapi nasib baik jugak duduk sebelah geng, kalau terlentok kat bahu dorang pun tak kisah lah kan..




Belek-belek flight magazine Aegeans ni, sebab member sorang tu nak beli model kapalterbang Aegeans untuk souvenir dia sendiri, tetiba nampak pulak ada jual Tasbih... wahhh, teruja pulak rasanya.. heheheee...


yeay..yeayyy... makan sudah mari...
memang order seafood jugak.
tapi tak lah berselera sangat sebenarnya, sebab tak pedassss... huhuuu..



biskut ni sedap :))




Dah kenyang, member 2 orang tu terus zasssssss... tidorrr. Aku jugak yang terkelip-kelip mata kat situ. Kalau perut kenyang, susah sikit ku nak tidur.


Akhirnyaaaa.... setelah lebih 4 jam masa berlalu,
Alhamdulillah... landed safely in Gatwick, London :))
Syukur Ya Allah..






Okeyyy... pertama sekali, kami kena beli oyster card untuk public transport yang akan kami gunakan nanti. Harganya £23 sekeping.  



Selepas ni, kitorang akan naik train pulak.. bilalah nak sampai nya kan?

hahaha... seorang member dah terhilang pulak kat sini. Sebab kat depan tadi ada 2 lorong, so tak sure yang mana satu. Leader tu plak jalan laju dan ramai orang lalu lalang, so mungkin member yang sesat tadi tak prasan. Puas pulak lah leader kitorang gi mencarinya.. tak jumpa jugak. Last-last kita try masuk je ke lorong yang ni... haaaaa.. nampak dah.. tu dia.. wajahnya mempamirkan perasaan nak nangisss "feeling lost" gitu.. heheheeeee....



ok, train dah sampai... jom naik..


Nak ke mana ni? Tungguuuuu...



Friday, 17 February 2017

Kembara 2017 : Trip London - Turki - Iran (2) : Tehran - Athens

Tehran - Athens

Berlepas dari airport Tehran dengan menaiki pesawat Aegeans untuk ke Athens, Greece...

Penerbangan dari Tehran ke Athens mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih , cuaca pulak kurang elok pada 1 jam yang akhir.

Memasuki pesawat ini aje, suka pulak tengok uniform pramugari tu, sangat kemas, tampak elegant sekali... setuju tak?


Pesawat Aegeans ini agak luas jugak... dan selesa.



Pramugara yang ini sangatlah friendly nya. suka tengok dia beramah mesra dengan semua orang, very helpful dan tak lokek dengan senyuman.


Belum pun stengah jam flight berlepas, member sorang tu, yang kanan sekali tu.. dah sampai ke bulan kot.. heh heh hehhh..


Kali ini aku memilih menu seafood memandangkan menu yang lain itu tidak halal...


Alhamdulillah, after few hours.. akhirnya sampai ke Athens International Airport "Eleftherios Venizelos", yang terletak di Spata Greece. Di sini kami cuma transit saja selama 4 jam. Rugi kan tak dapat keluar berjalan-jalan sebab visa hanya boleh diberi kalau transit lebih dari 6 jam rasanya.

Sebelum turun, dengan muka baru bangun tertidur sekejap tu, aku sempat bergambar dengan pramugari tu sebab aku suka tengok uniform nya :)) Gara-gara menunggu aku bergambar tu, menyebabkan satu bas menunggu aku kat bawah.. sebab aku adalah passenger yang terakhir turun.. keh keh kehhh.. berlari ku turun tangga!




airport nya nampak agak lengang...


Lihatlah kami yang tak mandi sehari suntuk ini dan muka kami yang kepenatan.


tak dan nak round-round pun, dah kena check-in pulak....


Ok, it's time to continue the journey to London..


bye bye Athens... how I wish could stay longer.. 
well, perhaps.. next time..



Thursday, 9 February 2017

Kembara 2017 : Trip London - Turki - Iran (1) : Kuala Lumpur - Tehran

Kuala Lumpur - Tehran

Kenapa Iran? Itulah yang ditanyakan oleh beberapa orang teman padaku. Aku cuma tersenyum... dalam hatiku berkata, mengapa tidak?

Bila sebut saja negara Iran, tentu kita terbayangkan kaum Syiah, kan? Tak menjadi masalah sebenarnya.. bukan kita nak ikut cara amalan mereka, kita cuma nak lihat negara mereka... ye dak? :)

AirAsia baru lagi membuka laluan penerbangannya ke Tehran, Iran. Mereka tawarkan harga promo... dan sebab tu lah kami grab cepat masa tu...



Dengan Bismillah aku melangkah masuk ke perut kapalterbang AirAsia X. Masa check in tadi, rasa agak hampa sebab tak dapat seat kat isle, seat ku ditengah-tengah.. huhuuuu... terhimpit jadi sndwic lah aku...

Memandangkan masa di boarding hall tadi aku nampak ramai mamat Iran yang sado dan hensem, dalam hatiku berkata, harap-haraplah ada pakwe hensem duk di kiri kananku, tak lah boring nanti, boleh borak. Sekali bila masuk, yang sedia menanti di seat kiri kananku ialah mamat yang bermata sepet.. hambik kor... potong mood betul.. hahahaaaa.. aku buat hal sendiri je lah jawabnya. 

Aku dari dulu memang tak pernah ada chemistry dengan bangsa cina ni.
Journey to Tehran, Iran ni akan mengambil masa selama 8 jam 40 minit. Alaaaa... flight delay pulak.. dalam setengah jam sebab ada problem nak isi minyak tadi, terpaksa tunggu engineer datang untuk rectify problem.

Seperti biasa, sebelum take-off, staff akan demonstrate ciri-ciri keselamatan. Rasa teruja pulak bila di announce yang flight attendant yang bertugas dalam flight ni terdiri dari berbagai negara.. malaysia, thailand, iran dan jepun sebab passenger memang ramai dari 4 negara ni.

Suka pulak aku tengok uniform pramugari dah tukar dari skirt pendek, sekarang dah pakai seluar panjang, nampak sopan gitu. Rupa-rupanya uniform berseluar panjang tu hanya dipakai untuk penerbangan ke Iran saja... bila ku tanyakan pada pramugari tadi.


Selepas take off, cuaca amatlah tidak memuaskan, sentiasa kena pakai seat belt. Agak lama jugaklah aku duduk dalam keadaan stress keras kaku gitu.. 
2 jam lebih, ada rasanya. Tak senang duduk aku dibuatnya. Sambil pejamkan mata, mulutku terkumat kamit berzikir.

Ya Allah, sesungguhnya aku tidak kuat, aku serahkan hidupku dan matiku hanya padaMu. Tiada daya kekuatanku melainkan dengan pertolonganMu.

Sebaik lampu isyarat pasang tali pinggang dimatikan, aku lihat seorang wanita Iran bingkas bangun dan menunaikan solat dalam keadaan solat biasa, berdiri, rukuk dan sujud di kawasan depan flatbed seat. Banyaklah mata yang memerhatikannya.

oh ye, dalam flight ni, ramai jugak aku tengok yang berbangsa cina. Mereka ni memandang dengan pandangan yang peliklah sikit..


Selepas keadaan reda, barulah makanan dihidangkan. yeayyy.. Nasi lemak pak nasser sudah mari.. itulah pun makanan yang selalu ku order dan coffee buat menyegarkan mata. Perutku memanglah tengah lapar, apa lagi.. blasahlah nasi lemak panas-panas tu serta air kopi...



Alhamdulillah, dah kenyang makan nasik lemak, mata mulalah berat pulak. Tidurlah jawabnya... dapatlah jugak lena 2-3 jam.. Agak terganggu tidur ku ini dengan setiap kali ada announcement.. hmmm.. ok lah, ni dah dibangunkan dengan breakfast yang dihidangkan pula... smoked chicken pizza.



Alhamdulillah, kenyang... walau pun tak berapa lapar lagi, aku makan je lah..

Beberapa minit selepas tu, kapten announce.. lagi 15 minit nak landing, tapi ada strong wind... arghhh.. risau jugak rasanya.. start lah rasa seram sejuk badan. Ya Allah.. permudahkanlah nak landing nanti.. suhu di luar ialah 6°C

Akhirnya, touch down pukul 12.09 pagi di Tehran Imam Khomeini Airport, Alhamdulillah... bermakna ada masa 4 jam je utk urusan check in Aegean flight ke Athens.


Bagus kat sini, ada disediakan drinking water...



Masa clear immigration tadi, seorang kawanku paspotnya ditahan seketika untuk disiasat, tak tahu lah apa yang di check nya sebab masa dipulangkan, bila ditanya.. dorang tak jawab pun, sebaliknya dengan muka serious, terus cakap thank you. Kami agak terpinga-pinga mikirkannya.

Ada yang bagi tau, kalau ada pegi us, tak dibenarkan masuk Iran. nasib baik aku dah tukar paspot baru. Jadi, tak banyak cerita...







Di sini aku gunakan duit usd je untuk beli minuman sebab belum tukar ke matawang dorang iaitu riyal atau pun toman. Tika ku memesan orange juice, ternampak pulak benda kuning berkilau macam swarovski ni di depan cash machine nya. Lalu aku bertanyakan apa benda nya ni. Aku diberitau bahawa itu adalah gula untuk diletakkan dalam minuman samada teh atau kopi... heheheeee.. jakun nau aku ni..


Aku diberi sebatang gula tu untuk merasa. Wahhhh.. sedap jugak rasanya, taklah terlampau manis.. mungkin ada campur honey kot.. aku suruh semua kawanku jugak untuk merasanya.


Selepas minum, dah kena check-in untuk penerbangan seterusnya iaitu ke Athens. Lalu depan kedai Duty Free tu, jeling-jeling aje mata dari luar.. tak sempat nak meninjau ke dalam kedai pun...



Proses check in di Iran ni sangatlah lamanya... macam-macam nak check. Ada pulak dia mintak IC kitorang. Aku terkebil-kebil je sebab kali ini lah pulak yang aku tak bawak ic, selaluya memang bawak. Aku katakan pada mereka yang aku memang tak bawak IC sebab di luar negara memang tidak menggunakan IC langsung, akhirnya mereka diam saja dan check IC dua orang kawanku yang bawak tu.

Nasib baik berat lagej diberi 23kg, ngam-ngam je lah untuk lagej ku. Alhamdulillah.



Bye-bye Tehran... jumpa lagi nanti..





Wednesday, 8 February 2017

Kembara 2017 : Trip London - Turki - Iran

Salam Kembara!

Sebetulnya kepala saya ni masih mamai-mamai.. masih lagi jetlag. Maklumlah baru 2 hari balik sini. Bayangkan je lah selama 12 hari, badan yang dah tak brapa nak muda ni dilanyak dan dilonyaikan non-stop.. sabor je lah.. heheheee..

Route Pengembaraan saya kali ini bersama 3 orang rakan travel adalah seperti berikut..

KL - Iran - Athens - London - Turki - Iran - KL

Masa banyak betul dihabiskan dalam flight dan bas dalam trip kali ni..

KL-Tehran (flight .. jam)
Tehran - Athens (flight .. jam)
Athens - London (flight .. Jam)

London - Liverpool (bas .. Jam)
Liverpool - Chester (bas ..jam)
Manchester - London (bas .. jam)

London - Istanbul (flight .. jam)
Istanbul - Cappadocia (bas 11 jam)

Cappadocia - Istanbul (flight .. jam)
Istanbul - Teheran (flight 2 jam 25 minit)
Teheran - KL (flight 7 jam 15 minit)


Persediaan sebelum trip yang paling utama adalah perkiraan budget. Selain itu pakaian yang sesuai dengan musim di negara yang kita nak pergi. Selain itu juga tukaran currency. Kali ini, agak berat juga bagi saya kerana terpaksa tukar currency pada 4 negara... UK-pound, Athens-euro, Turki-lira, Iran-usd. Hurghhh.. tak ke pening tu..


Sebenarnya, nak kabor di sini.. hihihiii.. 
Plan asal trip kami ni ialah nak ke Iceland! Ye lah.. masa kami plan tu, tengah hot cerita Dilwale.. kan penggambaran view cantik nya di Iceland.. sangat teruja waktu tu... tu yang jadi berkobar-kobar nak ke Iceland :)

Kami beli flight ticket ni sikit-sikit, tengok bila ada promo, kami grab 1. Tunggu lain kali promo pulak, grab lagi 1.. macam tu lah.. tapi bila dah beli flight ticket ke London, puas kami cari dan tunggu ticket harga promo ke Iceland, namun tak kunjung tiba! 

Kami mula bimbang sebab dah tinggal sebulan je lagi... dan survey pulak harga hotel di sana. Adohaiiii.. terlampau mahal tu. Total yang diperlukan untuk perbelanjaan di Iceland saja, ialah dalam RM5,000 tidak termasuk tiket flight! huhuhuuuu... mahalnyerrr... 

2 orang dari kawan travel ku itu dah buat keputusan tidak mahu meneruskan plan asal ke Iceland. Maka, kami yang 2 orang lagi ni ikut je lah... Disebabkan itulah, kami terpaksa mengubah plan route asal dari London ke Iceland, ubah dari London ke Turki pula.

Seperti selalu, memang aku akan tiba ke airport awal sebab takut lambat dek jem atau apa sekali pun sebab dah serik..pernah kena tinggal flight ke Perth, Australia.. terlewat sampai stengah jam je, walau puas merayu tetap tak boleh dah.. terpaksalah aku beli tiket baru tanpa harga promo.. apa lagi.. meratap hiba lah kat situ...


Selepas check in, kami pergi meninjau-ninjau tentang modem wifi dan jumpalah modem wifi yang boleh disewa di airport ni dengan harga RM400+ untuk 12 hari iaitu selama perjalanan kami, boleh digunakan untuk 3 buah negara tu except Iran. Memang susah jugak ye Iran ni, maklumlah negara yang berperang. Harap-harap ianya akan berfungsi dengan baik lah.. first time nak try ni.

Deposit yang dikenakan ialah RM200 dan akan dipulangkan apabila balik ke malaysia nanti. Wifi ini adalah unlimited usage untuk sosial media. woww... bagus kan?


Oh ye, sehari sebelum tarikh berlepas ni, kawan ku sibuk mencari travel insurance yang boleh cover di negara Iran sekali. Memang payah mencarinya sebab kebanyakannya tak cover Iran. Akhirnya dapatlah juga. Insurans Chubb dengan bayaran premium nya RM115 seorang.

Selepas itu, kawanku maklumkan pula pada setiap embassy tentang lawatan kami tu dengan emel, ye lah.. takut in case apa-apa jadi kan..


Inilah kami berempat travel buddies yang berkumpul di KLIA2 untuk memulakan pengembaraan kami yang ala-ala backpackers ni pada 26 Jan 2017... cewah :))

Ok, tunggu story seterusnya...



Popular Posts