Showing posts with label holiday in london. Show all posts
Showing posts with label holiday in london. Show all posts

Wednesday, 22 February 2017

Kembara 2017 : Trip London - Turki - Iran (7) : London, The Harry Potter Shop at Platform 9 3/4

Harry Potter Shop, King's Cross St. Pancras Underground Station.


Rupanya, naik aje dari metro King's Cross tu... 
terus nampak kedai Harry Potter, berdepan dengan escalator


Ramai jugak yang beratur untuk ambik gambar dengan scene 'Platform 3/4' dalam movie Harry Potter. Harga untuk sekeping gambar ialah 9.5 pound. Ada jugak yang berminat tu.. haaaa.. silalah beratur ye.. tak pe, hakak bagi laluan... heheheeee :))





Jom masuk dalam kedai Harry Potter ni.
wahhh.. banyak jugak barangnya, siap lah kalau peminat movie tu. Harganya kalau dah convert duit kita... huhuuu lah jawabnya...

Opening Hours:
Monday 8am - 10pm
Tuesday 8am - 10pm
Wednesday 8am - 10pm
Thursday 8am - 10pm
Friday 8am - 10pm
Saturday 8am - 10pm
Sunday 9am - 9pm







sementara menunggu dorang tu still kat dalam kedai, 
melilau lah dulu dekat-dekat situ...




Ok dah tu... jom jom cepat.. 
kita dah kena gerak ke Victoria bus station plak ni, karang terlepas naik bas nak ke Liverpool, pucat muka....



Kembara 2017 : Trip London - Turki - Iran (6) : London, Poppies Fish & Chips

Poppies Fish & Chips, London


Dah penat shopping souvenirs tadi, tibalah masa untuk mengisi perut yang dah berkeroncong tu.. tekak kami terasa nak makan Fish & Chips. Restoran ni letaknya tak jauh dengan area Camden Market tadi.


Hiasan restoran ni classy...

Poppies Fish & Chips Restaurant, London.

Traditional fish-and-chip shop decorated with 1950s memorabilia, offering table service or takeaway.

Address: 6-8 Hanbury St, London E1 6QR, UK
11AM – 11PM


 Fish & Chips dihidangkan... wowww... portion nya besar.
Ada 2 jenis ikan untuk pilihan semasa order tadi. Harganya pun wowww... kalau tak silap dalam 12 pound. Makanan dihidangkan dengan mayonise dengan krim apatah, tak ingat sudah.. diletakkan dalam botol kecik tu. Boleh tahan sedaplah jugak rasanya tu...



Selesai makan, terasa nak ke tandas. Tandasnya pulak terletak di tingkat bawah. Menuruni tangga je nampak banyak gambar-gambar tergantung buat hiasan dinding. Tapi dorang ni biasalah.. gambar-gambarnya menjolok mata... buat derkkk je lah kan...



Nampak klasik sangat set mangkuk tandas tu.. 
heyyy.. apa daaaaa.. sampai ke tandas pun nak ambik gambar.. 
hahahahaaaa... hobi! :))


Makanan yang tak habis tadi dibungkus. 
Cantik pulak paper beg dorang ni..


Selesai perut diisi dan kenyang, kami ada satu lagi tempat persinggahan, iaitu ke Harry Porter Shop yang terletak dekat dengan King's Cross St. Pancras metro station sebelum kami ke Victoria bus station. 


haaaaa.. dah sampai..
Jom naik... tengok apa yang ada kat situ...



Saturday, 18 February 2017

Kembara 2017 : Trip London - Turki - Iran (3) : Athens - London

Athens - London

Bismillah... penerbangan yang ketiga ni... dah hampir 24 jam kami berkelana dalam flight dan airport.  Penerbangan dari Athens ke London ni akan makan masa selama 4 jam.



Kitorang ni, bantal memang tak tinggal... tapi malangnya baru ku sedar masa angkat backpack masuk perut kapal ni tadi yang bantal ku dah hilang... Ku tinggalkan skejap je beg atas kerusi (bantal diikat pada beg) yang di depan kedai mart kat tempat boarding tadi untuk beli air mineral... huhuuuu... u'waaaaaa... letihlah kepala ku lepas ni, terkehel sana terkehel sini nanti.. Tapi nasib baik jugak duduk sebelah geng, kalau terlentok kat bahu dorang pun tak kisah lah kan..




Belek-belek flight magazine Aegeans ni, sebab member sorang tu nak beli model kapalterbang Aegeans untuk souvenir dia sendiri, tetiba nampak pulak ada jual Tasbih... wahhh, teruja pulak rasanya.. heheheee...


yeay..yeayyy... makan sudah mari...
memang order seafood jugak.
tapi tak lah berselera sangat sebenarnya, sebab tak pedassss... huhuuu..



biskut ni sedap :))




Dah kenyang, member 2 orang tu terus zasssssss... tidorrr. Aku jugak yang terkelip-kelip mata kat situ. Kalau perut kenyang, susah sikit ku nak tidur.


Akhirnyaaaa.... setelah lebih 4 jam masa berlalu,
Alhamdulillah... landed safely in Gatwick, London :))
Syukur Ya Allah..






Okeyyy... pertama sekali, kami kena beli oyster card untuk public transport yang akan kami gunakan nanti. Harganya £23 sekeping.  



Selepas ni, kitorang akan naik train pulak.. bilalah nak sampai nya kan?

hahaha... seorang member dah terhilang pulak kat sini. Sebab kat depan tadi ada 2 lorong, so tak sure yang mana satu. Leader tu plak jalan laju dan ramai orang lalu lalang, so mungkin member yang sesat tadi tak prasan. Puas pulak lah leader kitorang gi mencarinya.. tak jumpa jugak. Last-last kita try masuk je ke lorong yang ni... haaaaa.. nampak dah.. tu dia.. wajahnya mempamirkan perasaan nak nangisss "feeling lost" gitu.. heheheeeee....



ok, train dah sampai... jom naik..


Nak ke mana ni? Tungguuuuu...



Popular Posts