Friday 30 September 2016

Salam Maal Hijrah 2016/1438H

Selamat menyambut Maal Hijrah 1438 kepada semua umat Islam. 1 Muharram 1438 akan jatuh pada hari Ahad ini, 2 Oktober 2016. Tema pada tahun ini pula ialah Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah
Marilah kita bersama-sama membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah bersempena dengan Maal Hijrah nanti.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."




Manakala Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 2 Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."



Bulan Muharram

Muharram adalah bulan pertama dalam kalender Islam. MUHARRAM bermaksud 'diharamkan', Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pun pertumpahan darah. Larangan ini telah ditamatkan setelah pembukaan kota Makkah (surah Al-Baqarah:91)

Al-Hassan Al-Basri berkata:
"Sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah terdapat bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram."

Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dan lebih bertaqwa. 
Salam Maal Hijrah 1438.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts